Thursday, September 10, 2009

PERTOLONGAN CEMAS / BANTU MULA

Definisi:

Pertolongan segera yang diberikan kepada pesakit dengan tidak mengira bangsa atau keturunan sebelum mendapat rawatan dari doktor atau pihak hospital.

Prinsip-prinsip pertolongan cemas:

  1. Menyelamatakan nyawa
  2. Mengurangkan kesakitan
  3. Mengelakkan daripada keadaan bertambah teruk
  4. Mendapat bantuan doktor atau menghantar pesakit ke hospital
Peraturan Am Pertolongan cemas:
  1. Memberi pertolongan kepada mangsa yang cedera teruk dahulu.
  2. Keutamaan kepada mangsa yang tidak sedar - menjaga, terutamanya pernafasan pesakit itu
  3. Jangan sekali-kali menanggalkan pakaian mangsa hanya sekadar melonggarkannya

  4. sahaja dgn tujuan untuk memudahkan pernafasan mangsa dan pembantu mula
    memerhatikan pergerakan pernafasan mangsa.
  5. Membuat pengurusan bagi menghantar mangsa ke hospital.
Tindakan serta merta pertolongan cemas:
  1. Menentukan pernafasan mangsa berkeadaan baik.
  2. Memberikan rawatan renjatan dengan segera.
  3. Cuba memberhentikan darah jika mangsa berdarah.
  4. Memberikan rawatan yang rapi dan sempurna .

  5. Arahan am untuk memberi rawatan bantu mula:

    Bertindak dengan cepat dan tenang. Dapatkan bantuan orang yang berhampiran untuk membuat panggilan ke polis, ambulans, keluarga dll.

    Bertindak berdasar DRABC [Danger Response Airways Breathing Circulation] iaitu:

  6. Keluarkan mangsa dari kawasan yang merbahaya [D]
  7. Pastikan mangsa bertindakbalas dengan memanggil mangsa atau bertanya dengannya jika mangsa sedar. [R]
  8. Pastikan mulut dan hidung mangsa tidak tertutup atau tersembut - jika ada keluarkan dan letakkan mangsa dalam kedudukan yang selesa [A]
  9. Pastikan mangsa bernafas dan jika tidak, lakukan EAR - External Air Resuscitation [B]
  10. Pastikan nadi mangsa berfungsi - semak di nadi karotid atau di leher [C], jika tidak lakukan CPR [Cardio Pulmponary Resuscitation].


  11. Teknik-Teknik RAWATAN Pertolongan Cemas

    Luka/Pendarahan

    1. Tekan kawasan yang berdarah dengan kain yang bersih sehingga pendarahan berhenti [darah membeku]
    2. Jika darah masih mengalir balut kawasan yang berdarah atau tambahkan tekanan ke atas kawasan yang luka
    3. Pastikan kawasan yang cedera berada dalam keadaan yang lebih tinggi dari jantung dan otak. Praktikkan teknik RICE.
    4. Tenangkan mangsa.
    5. Hantar mangsa dengan segera ke hospital.

    Keracunan

    Tanda-tanda:

  12. maklumat dari mangsa
  13. mangsa sakit dengan tiba-tiba
  14. kesan terbakar di sekeliling mulut atau bibir
  15. anak mata menguncup ke saiz mata jarum peniti.

  16. Rawatan:
    1. Larutkan racun dengan memberi segelas air atau susu jika mangsa sedar dan tiada tanda-tanda sawan. JANGAN beri minuman jika mangsa muntah.
    2. Simpan bekas racun bagi tujuan analisis.
    3. Segera hubungi hospital
    4. Jangan cuba meneutralkan racun tersebut dengan cuka atau air limau

    Terkejut

    Tanda-tanda:

  17. badan berpeluh
  18. pucat
  19. rasa nak pengsan
  20. resah
  21. nafas kerap tapi tipis
  22. kadar nadi bertambah tapi lemah

  23. Rawatan

  24. Baringkan mangsa
  25. Lembabkan bibir mangsa dengan air jika ia dahaga
  26. Jika tidak sedar, baringkan dalam posisi 'recovery'
  27. Jika sedar, baringkan secara terlentang dengan muka dipusing ke tepi dan kaki ditinggikan
  28. Selimutkan jika suhu badan menurun
  29. Segera hantar ke hospital

  30. Terbakar

    Klasifikasi terbakar
    1. First Degree - dipermukaan kulit sahaja
    a. Kemerah-merahan atau hilang warna
    b. bengkak sedikit dan rasa sakit
    c. cepat sembuh

    2. Second Degree - melibatkan hujung-hujung saraf
    a. merah
    b. ada tanda-tanda gelembung [blisters]
    c. bengkak yang nyata [beberapa hari]
    d. kulit basah akibat lelehan plasma yang keluar dari lapisan kulit yang rosak.

    3. Third Degree
    a. kerosakan tisu lebih dalam
    b. kemusnahan pada lapisan kulit luar
    c. tisu-tisu dalam dapat dilihat.

    Important!!!! Orang dewasa yang 15% permukaan badan dan kanak-kanak 10% permukaan badan terbakar perlu dimasukkan ke hospital

    Rawatan

  31. Sejukkan dengan serta merta dengan air sejuk
  32. tutup bahagian yang terbakar dengan air bersih
  33. baringkan mangsa
  34. jangan gerakkan bahagian yang terbakar
  35. beri minuman sedikit bagi mangsa yang sedar
  36. hantar segera ke hospital

  37. Melecur

    Rawatan

  38. sejukkan dengan air sejuk
  39. jika baju tidak melekat pada kulit dan masih lembab, tanggalkan pakaian
  40. rawat seperti mangsa terbakar

  41. Kejutan Elektrik

  42. putuskan hubungan elektrik
  43. periksa pernafasan, beri pemulihan pernafasan [EAR] jika pernafasan mangsa terhenti
  44. rawat bagi terbakar jika ada

  45. Terseliuh [dislocation]
    Kecederaan di bahagian sendi akibat daya dari luar yang kuat menyebabkan ligamen tertarik atau koyak. Kawasan kecederaan biasa di pergelangan tangan atau kaki serta lutut.

    Rawatan: RICE

  46. Rehatkan kawasan yang cedera [Rest]
  47. Letakkan ais yang telah dibungkus didalam kain ke tempat cedera [Ice]
  48. Balut tempat yang cedera [Compression]
  49. Tinggikan tempat cedera dari paras jantung [Elevation]
  50. Hantar ke hospital

  51. Ketegangan Otot
    Kecederaan apada otot akibat terregang berlebihan, akibat terlebih guna atau mengangkat benda yang berat. Tanda dan alamat - sakit yang tajam di tempat cedera dan diikuti dengan bengkak.

    Rawatan: RICE

    Terkehel
    Kecederaan di sendi yang melibatkan tulang terkeluar dari kedudukan asalnya. Biasanya di bahu, siku, jari dan rahang. Terkehel mungkin diikuti dengan patah tulang. Tanda-tanda: Sakit tidak boleh menggerakkan bahagian yang cedera, cacat bentuk anggota tersebut.

    Rawatan:
    1. Berikan rawatan renjatan.
    2. Jangan sekali-kali cuba memasukkan sendi yang terkeluar itu ke tempat asal.
    3. Jangan lakukan banyak pergerakan.
    4. Balut dengan padding atau anduh di tempat yang cedera.
    5. Hantar segera ke hospital.

Wednesday, August 19, 2009

Sejarah, Pengertian dan Definisi Konservasi

Pada mulanya, usaha pemantapan konservasi di dunia ini telah bermula sejak beribu tahun dahulu. Naluri manusia untuk mempertahankan diri, meneruskan kehidupan dan berinteraksi dengan alam dilakukan dengan pelbagai cara. Salah satu contohnya ialah berburu. Aktiviti ini telah dilakukan sejak sekian lama. Aktiviti berburu merupakan suatu kegiatan yang sihat sebagai alat untuk memenuhi keperluan hidup. Mereka berburu untuk mendapatan makanan, kulit untuk dijadikan pakaian ataupun sebagai satu hobi mahupun hiburan.
Di Asia Timur, konservasi sumber daya alam hidupan (KSDAH) dimulakan semasa pemerintahan Raja Asoka (252 SM). Pada masa itu diumumkan bahawa suatu pihak perlu melakukan sesuatu untuk melindungi hidupan liar. Perlindungan terhadap hidupan liar termasuk ikan dan hutan ini sangat penting. Sedangkan di Inggeris, Raja William I (1804 M) telah pun memerintahkan para pembantunya menyiapkan sebuah buku berjudul Doomsday Book yang berisi inventori dari sumber daya alam milik kerajaan.
Kebijaksanaan kedua raja tersebut dapat disimpulkan sebagai suatu bentuk konservasi sumber daya alam hidupan pada masa tersebut dimana Raja Asoka melakukan konservasi untuk kegiatan pengawetan. Manakala Raja William I melakukan pengelolaan sumber daya alam hayati atas dasar adanya data yang tepat. Namun dari sejarah tersebut, dapat dilihat bahawa sejak zaman dahulu, konsep konservasi telah ada dan diperkenalkan kepada manusia meskipun konsep konservasi tersebut masih bersifat konservatif dan eksklusif (kerajaan). Konsep tersebut adalah konsep kuno konservasi yang merupakan peneraju kepada konsep moden konservasi. Konsep moden konservasi menekankan pada usaha memelihara dan memanfaatkan sumber daya alam secara bijaksana.
Konservasi itu sendiri merupakan perkataan yang berasal daripada Conservation yang terdiri atas kata con (together) dan servare (keep/save) yang memiliki pengertian mengenai usaha memelihara apa yang kita punya (keep/save what you have), namun secara bijaksana (wise use). Idea ini dikemukakan oleh Theodore Roosevelt (1902) yang merupakan orang Amerika pertama yang mengemukakan tentang konsep konservasi.
Menurut Rijksen (1981), konservasi merupakan suatu bentuk evolusi kebudayaan. Pada masa duhulu, usaha konservasi lebih buruk dan sangat lemah daripada sekarang. Konservasi dapat dilihat dari segi ekonomi dan ekologi. Konservasi dari segi ekonomi bererti cuba memperuntukkan sumber daya alam untuk sekarang. Manakala dari segi ekologi, konservasi merupakan peruntukan sumber daya alam untuk sekarang dan masa yang akan datang.
Apabila merujuk pada pengertiannya, konservasi didefinisikan dalam beberapa bahagian, seperti berikut :
1. Konservasi adalah menggunakan sumber daya alam untuk memenuhi keperluan manusia dalam jumlah yang besar untuk satu jangka masa yang lama (American Dictionary).
2. Konservasi adalah peruntukan sumber daya alam antara waktu (generasi) yang terbaik atau menguntungkan (optimum) secara sosial (Randall, 1982).
3. Konservasi merupakan pengurusan udara, air, tanah dan mineral ke organisma hidup termasuk manusia sehingga dapat meningkatkan kualiti kehidupan manusia. Ia termasuk dalam kegiatan pengurusan, tinjauan, penelitian, pentadbiran (administrasi), pengawetan (preservasi), pendidikan, permanfaatan dan latihan (IUCN, 1968).
4. Konservasi adalah pengurusan penggunaan kawasan bumi di mana wujudnya hidupan (biosfera) oleh manusia sehingga dapat memberikan atau memenuhi keuntungan yang besar dan dapat diperbaharui untuk generasi-generasi yang akan datang (WCS, 1980).


Memelihara kemasukan optimum aliran tenaga dari matahari melalui pertumbuhan dan aktiviti haiwan dan tumbuhan

Memelihara kebolehan alam tumbuhan mencapai klimaks/kemuncak

Memaksimumkan aliran tenaga pada iklim dan keadaan fizik tertentu

Memelihara populasi binatang yang telah beradaptasi dengan peringkat kebolehan tumbuhan tertentu

Komuniti terganggu?

Ya

Pengurusan

Tidak

Pengawetan

Kawasan Berlindung/ Menumpang/Suaka Alam

Kawasan Pelestarian/Pemapanan Alam
Rajah 1.1

Secara keseluruhan, Konservasi Sumber daya Alam Hidupan (KSDAH) adalah pengelolaan sumber daya alam hidupan yang dimanfaatkan secara bijaksana untuk menjamin kesinambungan persediaannya dengan tetap agar dapat digunakan untuk masa sekarang dan akan datang. Konsep ini juga memelihara dan meningkatkan kualiti nilai dan kepelbagaiannya. Prinsip dasar konservasi ini dapat digambarkan melalui rajah 1.1.
KSDAH ataupun konservasi biologi pada dasarnya merupakan bahagian ilmu dasar dan ilmu terapan yang berasaskan pada pelestarian kemampuan dan penggunaanya secara serasi dan seimbang. Tujuan konservasi adalah untuk mewujudkan kelestarian sumber daya alam hidupan serta kesinambungan ekosistemnya sehingga dapat lebih menjayakan usaha peningkatan kesejahteraan masyarakat dan mutu kehidupan manusia.
Bagi tujuan tersebut, pelbagai strategi dan juga cara perlaksanaan perlu dilakukan. Kegiatan konservasi mestilah dilaksanakan secara bersama oleh pemerintah dan masyarakat, mencakupi masyarakat umum dan swasta. Strategi konservasi nasional telah dirumuskan ke dalam tiga perkara mengikut kaedah pelaksanaannya, iaitu :

1. Perlindungan sistem penyangga kehidupan (PSPK)
a. Penetapan wilayah PSPK.
b. Penetapan pola dasar pembinaan program PSPK.
c. Peraturan cara permanfaatan wilayah PSPK.
d. Peraturan penggunaan dan pengelolaan tanah dalam wilayah PSPK.
e. Peraturan maksimal perusahaan di perairan dalam wilayah PSPK.
2. Pengawetan pelbagai jenis tumbuhan dan haiwan beserta ekosistemnya
a. Pengawetan pelbagai tumbuhan dan haiwan beserta ekosistemnya
b. Pengawetan jenis tumbuhan dan haiwan (in-situ dan eks-situ konservasi).
3. Penggunaan secara lestari sumber daya alam hayati dan ekosistemnya.
a. Permanfaatan keadaan lingkungan kawasan pelestarian alam.
b. Permanfaatan jenis tumbuhan dan haiwan liar (dalam bentuk : pengkajian, penelitian dan pengembangan, perdagangan, perburuan, peragaan, pertukaran, amalan (budidaya)).
Kawasan pelestarian alam ataupun kawasan dilindungi ditetapkan oleh pemerintah berdasarkan pelbagai kriteria yang sesuai dengan kepentingannya. Hampir di setiap negara mempunyai kriteria/kategori sendiri untuk penetapan kawasan dilindungi. Setiap negara mempunyai tujuan yang berbeza dan cara yang mungkin berbeza juga.
Namun diperingkat antarabangsa seperti Commission on National Park and Protected Areas (CNPPA) iaitu suruhanjaya untuk taman negara dan kawasan dilindungi yang berada di bawah IUCN memiliki tanggungjawab khusus dalam pengelolaan kawasan yang dilindungi secara umum di dunia, sama ada untuk kawasan daratan mahupun perairan.
Sebanyak 124 negara di dunia telah menetapkan sekurang-kurangnya satu kawasan koservasi sebagai taman negara (bentuk kawasan dilindungi yang popular dan dikenali). Walau bagaimanapun dasar penetapan, peringkat perlindungan yang sah dan tujuan pengelolaannya di negara masing-masing adalah berbeza.
Jika suatu negara tidak memiliki kawasan dilindungi yang khusus kerana sukar untuk memenuhi piawai yang ditetapkan, maka mereka boleh mengelola kawasan alternatif seperti hutan produksi/pengeluaran yang diubah sebagai kawasan dilindungi sehingga penurunan/pengurangan plasma nutfah (air mani) dapat ditekan.
Kategori pegelolaan harus dirancang agar manfaatnya seimbang dan tidak lebih mementingkan salah satu fungsi dengan meninggalkan fungsi yang lain. Berikut ialah pertimbangan yang harus dilakukan dalam kategori penetapan kawasan dilindungi:
a. Ciri khas kawasan yang didasarkan pada kajian ciri-ciri biologi dan ciri lain serta tujuan pengelolaan.
b. Kadar perlakuan pengelolaan yang diperlukan sesuai dengan tujuan pelestarian.
c. Kadar toleransi atau kerapuhan ekosistem atau spesies yang terdapat di dalamnya.
d. Kadar penggunaan kawasan yang sesuai dengan tujuan peruntukan kawasan tersebut.
e. Tingkat permintaan pelbagai jenis penggunaan dan mudah melaksanakan pengelolaan.
Secara umum, ciri-ciri suatu kawasan ditetapkan sebagai kawasan dilindungi adalah :
1. Ciri keunikan ekosistem, misalnya ekosistem hutan hujan dataran rendah, fauna endemik, ekosistem pegunungan tropika, dan lain-lain.
2. Spesis khusus yang diminati, mencakupi nilai/potensi dan terancam, misalnya bersabit dengan habitat jenis haiwan seperti badak, harimau, beruang, dan lain-lain.
3. Tempat yang memiliki pelbagai spesies yang bernilai tinggi.
4. Lanskap/ciri geofizik yang bernilai estetik, dan penting untuk ilmu pengetahuan misalnya glasier, mata air panas, kawah gunung berapi dan lain-lain.
5. Tempat yang berfungsi sebagai perlindungan hidrologi, tanah, air dan iklim mikro.
6. Tempat yang berpotensi untuk pengembangan rekreasi alam, penjelajahan dan pelancongan, misalnya danau, pantai, pegunungan, haiwan liar yang menarik, dan lain-lain.
7. Tempat peninggalan budaya / lagenda / sejarah, misalnya candi, galian purbakala, situs, dan lain-lain.
Secara umum, tujuan utama dari pengelolaan kawasan dilindungi adalah :
1. Penelitian ilmiah.
2. Perlindungan daerah liar/rimba.
3. Pelestarian pelbagai spesies dan genetik.
4. Pemeliharaan jasa-jasa lingkungan.
5. Perlindungan fenomena-fenomena alam dan budaya yang khusus.
6. Rekreasi dan penjelajahan alam.
7. Pendidikan (lingkungan).
8. Penggunaan lestari dari sumber daya alam yang berasal dari ekosistem alami.
9. Pemeliharaan ciri budaya dan tradisi.
Berdasarkan tujuan pengurusan tersebut, maka kawasan dilindungi dikelolakan dalam pelbagai kategori pengelolaan kawasan dilindungi. Kategori tersebut ditetapkan oleh IUCN (1994) sebagai berikut :
1. a. Perlindungan alam mutlak (strict nature protection)
b. Daerah liar/rimba (wilderness area)
2. Konservasi ekosistem dan rekreasi, misalnya taman negara.
3. Konservasi fenomena alam, misalnya monumen alam.
4. Konservasi melalui kegiatan pengurusan aktif misalnya kawasan pengelolaan habitat.
5. Konservasi menerangkan / menghuraikan alam, laut dan rekreasi.
6. Permanfaatan lestari ekosistem alam.
Kriteria umum bagi pelbagai kawasan yang dilindungi adalah :
1. Taman Negara, yaitu kawasan luas yang relatif dan tidak terganggu yang mempunyai nilai alam yang menonjol dengan kepentingan pelestarian yang tinggi, potensi rekreasi besar, mudah dikunjungi oleh pengunjung dan terdapat manfaat yang jelas bagi wilayah tersebut.
2. Perlindungan alam, umumnya kecil, dengan habitat rapuh yang tidak terganggu oleh kepentingan pelestarian yang tinggi, memiliki keunikan alam, habitat spesies yang jarang ditemui (langka) tertentu, dan lain-lain. Kawasan ini memerlukan perlindungan mutlak.
3. Haiwan margasatwa, secara umumnya kawasan yang berukuran sedang atau luas dengan habitat stabil yang relatif sempurna serta memiliki kepentingan pelestarian dari peringkat sederhana hingga tinggi.
4. Taman penjelajahan/pelancongan, kawasan alam atau lanskap yang kecil atau tempat yang menarik dan mudah dikunjungi pengunjung. Nilai pengekalan rendah atau tidak akan terganggu oleh kegiatan pengunjung dan pengelolaan yang berorientasikan rekreasi.
5. Taman buru, habitat alam atau semi alami berukuran sederhana sehingga besar, yang memiliki potensi haiwan yang boleh diburu iaitu jenis haiwan besar (babi hutan, rusa, sapi liar, ikan, dan lain-lain) yang populasinya cukup besar. Terdapat minat untuk berburu, kemudahan berburu yang memadai, dan lokasinya mudah dikunjungi oleh pemburu. Keadaan seperti ini mestilah memiliki kepentingan dan nilai pelestarian yang rendah yang tidak akan terancam oleh kegiatan perburuan atau pemancingan.
6. Hutan lindung, kawasan alami atau hutan tanaman berukuran sederhana sehingga besar, di kawasan yang curam, tinggi serta mudah terhakis. Penutup tanah berupa hutan adalah mutlak dan perlu untuk melindungi kawasan tadahan air bagi mencegah hakisan. Keutamaan pelestarian tidak begitu tinggi untuk diberi status perlindungan.

Taman NEGARA

Taman Negara didefinisikan sebagai kawasan pelestarian alam yang mempunyai ekosistem asli, dikelolakan dengan sistem zon/kawasan. Taman negara dimanfaatkan untuk tujuan penelitian, ilmu pengetahuan, pendidikan, menjadi tunjang kepada usaha/amalan yang memberi hasil, pelancongan dan rekreasi (Undang-Undang Nomor 5 Tahun 1990 tentang Konservasi Sumber daya Alam Hidupan dan Ekosistemnya).
Pembahagian zon meliputi zon inti, zon rimba dan zon permanfaatan intensif. Zon inti adalah zon yang paling peka kerana memerlukan perlindungan secara ketat. Pada dasarnya semua kegiatan dilarang dilakukan di dalam zon inti, kecuali penelitian dan usaha yang berbentuk program pendidikan konservasi yang telah diizinkan.
Zon rimba mempunyai tujuan utama sebagai tempat untuk pelestarian, tetapi tidak sekeras pada zon inti. Kegiatan ringan seperti mendaki, penjelajahan alam terbatas, pemulihan (rehabilitasi) dan pembangunan sarana / infrastruktur (jalan setapak, papan petunjuk, shelter, dan lain-lain) secara terbatas dapat dilakukan.
Zon permanfaatan intensif adalah zon yang diperuntukkan bagi kepentingan terutama penjelajahan alam, pendidikan lingkungan/sempadan, penelitian, dan lain-lain. Di dalam zon ini pembangunan sarana dan prasarana dibolehkan. Namun kegiatan yang dimaksudkan adalah dengan merujuk pada peraturan perundangan.
Taman Negara mempunyai kawasan hutan tadahan hujan dan ekosistem hutan alamnya memiliki peranan penting dengan pelbagai fungsi, di antaranya :
1. Sebagai wahana penelitian dan pendidikan lingkungan.
2. Mendukung pengembangan budidaya tumbuhan dan penangkaran haiwan.
3. Sebagai wahana kegiatan rekreasi dan eko-pelancongan.
4. Merupakan habitat bagi ‘plasma nutfah’, pelbagai jenis tumbuhan dan haiwan.
5. Pengatur sistem air dan iklim mikro serta sumber mata air.

Halangan Dalam
1. Pencapaian rendah, iaitu : keadaan fizik lapangan berupa topografi yang bergunung-ganang, jalan menuju kawasan sebahagian besar (berbatu), kemudahan pengangkutan umum sangat terbatas.
2. Sarana dan prasarana terbatas, iaitu meliputi sarana dan prasarana untuk kegiatan penjelajahan alam, pengamanan kawasan, mahupun untuk kepentingan penelitian/penyelidikan dan pengelolaan.
3. Sumber daya manusia (SDM) terbatas, terutama dari segi kualiti dan pembahagian di lapangan.
4. Penyebaran dan promosi kawasan konservasi masih belum optimum, sama ada untuk skala tempatan, negara mahupun antarabangsa. Termasuklah data, informasi dan material promosi belum pun tersedia dengan cukup.
5. Keadaan sistem sempadan di arena konservasi tidak jelas.
6. Peraturan yang bersifat teknik belum lengkap.

Halangan Luar
Taraf pendidikan dan kesadaran masyarakat masih rendah menyebabkan persepsi mereka tentang peranan dan kepentingan konservasi sebagai pelestarian alam masih terbatas.
2. Terbatasnya keterampilan dalam bidang profesional dan berpendidikan tinggi menyebabkan sebahagian besar masyarakat sekitar kawasan tergantung pada sumber daya hutan sebagai sumber ekonomi mereka. Hal ini selalu meningkatkan usaha pengambilan hasil hutan kayu dan bukan kayu secara haram.
3. Terdapat potensi lambang emas di sekitar dan di dalam kawasan perlindungan yang menarik minat masyarakat sekitar kawasan mahupun pendatang luar untuk melakukan kegiatan perlombongan emas secara berleluasa.
4. Secara tradisional, sebagian besar masyarakat di sekitar kawasan melakukan pemburuan haiwan liar di dalam kawasan hutan dan juga melakukan penebangan hutan.
5. Penyelarasan belum dilakukan secara optimum, dibeberapa peringkat terlibat seperti Pegawai Daerah, Jabatan Pelancongan, Pekerja Awam / swasta, Bahagian Perindustrian, Pertanian dan Perkebunan, Koperasi dan lain-lain.

Cara Mengatasi / Pengelolaan
Dengan memperhatikan potensi dan halangan yang ada agar kawasan perlindungan, pengawetan dan permanfaatan dapat diwujudkan dan berfungsi secara optimum maka landasan strategi pengelolaan dan pengembangan diarahkan kepada tiga aspek berikut:
1. Peningkatan Fungsi Ekologi, iaitu bagaimana pengelolaan dan pengembangan kawasan konservasi tetap mempertahankan kelestarian sistem penyangga kehidupan dan pengawetan keanekaragaman hidupan dan ekosistemnya.
2. Peningkatan Fungsi Permanfaatan, iaitu bagaimana pengelolaan dan pengembangan kawasan konservasi mampu mewujudkan kegiatan penjelajahan alam atau eko-pelancongan, kegiatan penyelidikan/penelitian dan pendidikan konservasi. Malah juga mampu mewujudkan amalan bermanfaat yang membawa hasil (budidaya) dengan tetap mempertahankan kelestarian dan ekosistem hutan.
3. Peningkatan Pembudayaan Masyarakat Sekitar, iaitu bagaimana pengelolaan dan pengembangan kawasan konservasi mampu meningkatkan peranan ekosistem yang harmoni dan kesejahteraan masyarakat sekitar.

USAHA PENGELOLAAN DI TAMAN NEGARA

Pemantapan Kawasan
Salah satu halangan yang cukup rumit yang dihadapi di kawasan konservasi adalah mengenai sistem sempadan kawasan yang masih belum jelas dan juga mengenai bentuk kawasan yang menyerupai jari-jari tangan manusia. Disebabkan bentuknya yang tidak teratur serta sistem sempadan yang belum jelas, merumitkan lagi usaha pengelolaan. Ketidakjelasan sistem sempadan sering menimbulkan konflik antara petugas pihak konservasi dengan pihak lain, baik dengan masyarakat mahupun dengan pihak swasta. Oleh kerana itu, dalam rangka pemantapan kawasan tersebut, maka dilakukan pelbagai usaha, seperti :
1. Pembinaan semula sistem sempadan, adalah penyusunan sempadan kawasan. Usaha dilakukan melalui kerjasama perhutanan dengan Pegawai Daerah dan melibatkan pula persetujuan masyarakat setempat.
2. Penyusunan Sempadan Zon, adalah penyusunan sempadan berdasarkan fungsi kawasan yang mencakupi zon inti, zon rimba dan zon permanfaatan intensif.
3. Mengkaji penentuan Kawasan Hutan dalam rangka cadangan perluasan kawasan konservasi.

Pengelolaan Sumber daya Alam
Usaha pengelolaan sumber daya alam mencakupi aktiviti penelitian/penyelidikan, inventori/senarai, pengawasan dan evolusi terhadap potensi flora, fauna dan ekosistemnya termasuk sumber daya air. Data potensi yang diperoleh dari kegiatan penelitian atau inventori tersebut dijadikan database untuk menyokong perkembangan Sistem Informasi Management (SIM) dan sekaligus untuk kepentingan dalam penentuan rencana dan kebijaksanaan pengelolaan.
Dalam rangka mengoptimumkan pengurusan sumber daya alam, maka pihak konservasi berusaha melibatkan dan bekerjasama dengan pihak-pihak lain yang bertanggungjawab seperti, Jabatan Perhilitan, Jabatan Perhutanan, Badan Pendidikan, yang berkait dengan kegiatan penyelidikan, cara pembangunan dan pengawasan. Di samping itu, pihak konservasi juga memberikan banyak kemudahan kepada pihak lain ( mahasiswa atau pengkaji ) yang ingin melakukan kegiatan di kawasan yang telah gazetkan sebagai kawasan perlindungan. Saranan dan prasarana untuk menyokong program penyelidikan telah mula dikembangkan, misalnya dengan membangunkan Institut Biodiversiti Jabatan Perhilitan yang dilengkapi dengan pelbagai peralatan makmal dan konservasi yang mencukupi. Demikian juga untuk penyelidikan ekosistem tajuk hutan, telah pelbagai tersedia kelengkapan.

Perlindungan dan Keselamatan
Perlindungan dan keselamatan adalah usaha untuk mencegah dan membasmi kerosakan flora dan fauna serta ekosistemnya akibat daripada gangguan kawasan. Gangguan kawasan konservasi yang disebabkan oleh perbuatan manusia seperti, penambahan kawasan, pencurian kayu, perburuan haram, dan lain-lain. Di samping itu, gangguan kawasan boleh disebabkan kerana hama dan penyakit atau akibat bencana alam.
Usaha pihak yang bertanggungjawab terhadap gangguan kawasan dilakukan dengan pendekatan secara kawalan dan bersifat menekan (menindas). Kawalan yang dilakukan merupakan tindakan pencegahan yang dilakukan melalui kegiatan operasi gabungan, rondaan rutin secara intensif, mengembangkan kawalan keselamatan, dan lain-lain. Manakala secara penindasan/hukuman (represif) pula, dilakukan melalui usaha penafian oleh pihak yang melanggar undang-undang secara langsung berdasarkan peraturan perundangan yang telah ditetapkan.

Pengembangan Penjelajahan Alam
Kawasan konservasi dengan segala potensi keindahan, kekayaan alam, dan budaya masyarakat setempat pada dasarnya memiliki nilai komersial yang tinggi sebagai objek penjelajahan. Dengan kata lain, usaha pengembangan penjelajahan alam konservasi menjanjikan kepuasan dan berpeluang membangun dan berkembang serta mampu menjadi pemacu utama pertumbuhan ekonomi dan sumber pendapatan bagi masyarakat di sekitar kawasan sekitar.
Kesan Buruk Akibat Pengabaian Konservasi ke Atas Alam Sekitar.
Pertanian
Penukaran tanah dari hutan kepada pertanian telah mengakibatkan berlakunya penebangan hutan secara meluas. Selain daripada mengurangkan jumlah hutan asal dan biodiversiti hutan dan hidupan liar, penebangan hutan juga turut menyumbang kepada hakisan tanah, pemendapan, kerosakan cerun dan tanah runtuh di Malaysia
Penebangan hutan yang berterusan dan kemusnahan hutan di kawasan tadahan air akan menjejaskan bekalan air dan kualiti sumber air, menjejaskan kemampuan pengambilan semula air bawah tanah dan menyebabkan lebih banyak banjir di kawasan tanah rendah.
Pembangunan pertanian menyokong US$30 bilion nilai jualan racun makhluk perosak setiap tahun diseluruh dunia. Kira-kira 40% daripada jumlah ini dibelanjakan di negara membangun untuk sebatian toksik seperti DDT, orgonofosfat dan organoklorin.
Menurut Repetto dan Baliga (1996), Malaysia merupakan salah sebuah negara yang paling banyak menggunakan racun makhluk perosak yang paling intensif di Asia. Jumlah racun makhluk perosak yang digunakan bagi setiap hekter tanaman untuk tahun 1992 dilaporkan 9.2 kilogram/hektar iaitu hampir sepuluh kali ganda jumlah yang digunakan di Thailand untuk tempoh yang sama.
Selain menimbulkan masalah pencemaran air akibat penggunaan secara intensif ini, rakyat Malaysia yang menggunakan penyembur serta operator mesin penyembur racun makhluk perosak akan menghadapi risiko akibat pendedahan terutamanya melalui kulit, apabila menggunakan peralatan yang tidak sempurna untuk mencampurkan atau menyembur racun makhluk perosak.


Perlombongan
Kekayaan ekonomi boleh dicapai dari pembangunan industri perlombongan dengan mengurangkan kerosakan kepada alam sekitar, tidak lebih daripada bentuk pembangunan lain. Kebanyakan operasi perlombongan menjalankan penilaian kesan alam sekitar.
Satu dasar berkaitan dengan galian telah pun dirangka untuk mengambil kira faktor alam sekitar melaui penggunaan bon prestasi dan langkah fizikal lain. Bagaimanapun, perlombongan skala kecil dan operasi kuari perlu diperbaiki segera terhadap pengurusan alam sekitar mereka.
Penyelidikan menunjukkan lombong emas skala kecil boleh mengganggu dengan tetap sumber air semula jadi, menyebabkan masalah pemendapan teruk di bahagian hilir operasi dan menyebabkan saliran lombong berasid. Tambahan pula, operasi perlombongan pasir di dataran serta tebusguna tanah dan lain-lain pembangunan di sepanjang pantai meningkatkan ancaman kepada ekologi marin. Terutamanya terumbu karang, hutan bakau dan rumput laut sepanjang pantai yang menjadi sumber perikanan.
Pengembangan kawasan perbandaran dan pembangunan industri secara langsung telah menyebabkan perubahan yang besar kepada ekosistem semula jadi berbanding dengan pembangunan hutan, perlombongan atau pertanian.
Isu alam sekitar berkaitan dengan perbandaran dan pembangunan industri, adalah lebih kompleks dan sering lebih sukar untuk ditangani, Ini termasuklah sisa buangan dan pembetungan, pemuliharan kawasan hijau di dalam perbandaran, maslah haba perbandaran serta pencemaran air dan udara.

Sisa buangan/pembentungan
Perkhidmatan pembentungan dan sisa buangan telah diswastakan di Malaysia untuk memperbaiki pengurusannya. Bagaimanapun, masih terdapat kebimbangan berkaitan dengan kesan alam sekitar daripada kemudahan ini. Di antaranya ialah kemungkinan pencemaran air bawah tanah di kawasan tapak pembuangan sampah lama majlis perbandaran dengan bahagian permukaan yang tidak sesuai serta pencemaran air sungai akibat pembuangan sisa kumbahan daripada penempatan dan kemudahan rawatan kumbahan yang tidak mencukupi.
Ketiadaan dasar untuk mewajibkan kitar semula dan kekurangan insentif untuk menggalakkan penggunaan semula melemahkan usaha majlis perbandaran untuk mengurangkan sisa buangan. Akibatnya beberapa kawasan pembuangan sampah secara terbuka akan meningkat dengan cepat dan risiko pencemaran air dan air bawah tanah mungkn juga akan meningkat.
Pembuangan industri telah menjadikan masalah toksik dan sisa buangan bahaya lebih teruk lagi. Masalah ini dan kesannya yang menjejaskan kesihatan manusia hanya dikenal pasti sejak awal 1990an. Masalah ini termasuklah pencemaran logam berat, nitrogen dan sulfur oksida, hidrokarbon petrolium, bahan partikel, polychlorinated, biphenyls (PCBs), sianida dan arsenik.
Pencemaran tanah dan air bawah tanah akibat pembangunan industri perlu dijelaskan dan diklasifikasikan dengan cara yang lebih sistematik di Malaysia. Dalam usaha untuk mengadakan kawalan sisa bahaya dan toksik yang berkesan, industri seharusnya diwajibkan menyimpan rekod jenis dan jumlah sisa buangan yang dihasilkan oleh mereka serta tarikh dan cara ia dilupuskan. Oleh kerana pembuangan sisa ini menelan belanja yang tinggi, memerlukan kemudahan khas dan kontraktor serta kontraktor kecil mereka seharusnya berhati-hati kerana insentif untuk menipu amat banyak.

Aktiviti lain
Keadaan suhu pada umumnya lebih tinggi di kawasan bandar kerana haba yang dikeluarkan oleh perumahan, pengangkutan dan industri serta termal dari bangunan dan jalan. Suhu pada waktu malam di persimpangan Jalan Ampang-Jalan Tun Razak di Kuala Lumpur di dapati meningkat kira-kira 4 darjah F antara 1972 dan 1980 akibat peningkatan jumlah lalu-lintas.
Suhu pada waktu malam juga berubah dalam 3-4 darjah juga direkodkan di kawasan perumahan. Kawasan perumahan lama dengan lebih banyak kawasan hijau dan pertumbuhan pokok didapati suhunya lebih sederhana berbanding dengan kawasan perumahan baru. Oleh sebab itu kepupusan kawasan hujau di bandar mestilah dihentikan segera.
Keperluan semasa di bawah Akta Perancangan Bandar dan Desa 1970 (Semakan 1995) untuk mengekalkan semua pokok dengan lilitan melebihi 80 cm dalam sebarang perojek pembangunan mungkin boleh menyumbangkan kepada keadaan kecil terhadap pemuliharaan kawasan hijau di bandar dan kawalan terhadap suhu di kawasan bandar.
Pencemaan udara di kawasan bandar merupakan salah satu contoh di Malaysia di mana ia telah melebihi paras kritikal dan dengan itu menjejaskan potensi pembersihan sendiri alam sekitar. Sumber utama pencemaran udara di Lembah Klang ialah kenderaan bermotor yang menyumbangkan kepada partikel karbon (PM-10). Sumber lain termasuklah pembuangan industri dan aktiviti pembinaan (JAS, 1993)
Perbandaran juga mempengaruhi paras jumlah partikel terampai (TSP) dalam udara (JAS, 1993). Selain sumber daripada luar sempadan dalam tempoh tertentu setiap tahun, sumber utama TSP ialah pembakaran secara terbuka daripada pembangunan perumahan dan pertanian. Pencemaran udara di Lembah Klang tidak akan diperbaiki melainkan langkah-langkah kawalan dilaksanakan dengan segera.
Hakisan Tanah
1 . Aktiviti-aktiviti pembinaan , perlombongan dan pembalakan yang tidak terkawal menyebabkan kawasan tanah terdedah . 2 . Kawasan tanah yang terdedah dihakis oleh angin dan air hujan .
Membunuh Haiwan Di Bawah Tanah
1 . Racun serangga yang disembur meresap masuk dan berkumpul dalam tanah . 2 . Haiwan yang hidup di bawah tanah mati akibat pengumpulan racun ini .
Menjejaskan Kesihatan
1 . Sampah-sarap yang dibuang di kawasan-kawasan lapang menjadi tempat pembiakan kuman penyakit. 2 . Tikus, lipas dan lalat tertumpu di kawasan ini dan menyebarkan kuman-kuman penyakit ke tempat-tempat lain. 3 . Jika makanan yang dihinggapi lalat atau dimakan lipas, kita mungkin diserang penyakit .
Kekurangan Tanah Subur
1 . Pembinaan rumah-rumah dan bangunan-bangunan menyebabkan kesusutan tanah. 2 . Manusia menghadapi kekurangan tanah subur untuk pertanian.
LANGKAH-LANGKAH MENGATASI PENCEMARAN ALAM SEKITAR
Untuk menyelamatkan alam sekitar daripada bahaya pencemaran, kita perlu mengambil langkah-langkah untuk mengatasi pencemaran. Di antara langkah-langkah yang diambil ialah :
( a ) mengharamkan pembakaran sampah-sarap di kawasan terbuka
( b ) menguatkuasakan undang-undang untuk mengawal pembebasan gas-gas beracun dari kilang-kilang dan kenderaan.
( c ) membina kilang-kilang jauh dari kawasan perumahan
( d ) mengawal aktiviti pembinaan, perlombongan dan pembalakan
( e ) menyedarkan orang ramai supaya menjaga kebersihan alam sekitar
( f ) menjalankan proses kitar semula bahan-bahan buangan.

Pengolahan Alam Hidupan
Mengolah Alam Hidupan Dengan Bertanggungjawab
1. Manusia mengolah alam sekitar dan hidupan untuk mendapatkan keperluan asas hidupnya (makanan, pakaian dan tempat kediaman) dan mendirikan tempat rekreasi.
2. Dalam usaha memenuhi keperluannya, manusia telah membuka hutan untuk pertanian, perumahan, industri perlombongan, membina empangan dan mengeringkan hutan paya bakau. 3. Aktiviti-aktiviti manusia ini menukar dan mencemarkan alam persekitaran serta menhapuskan habitat semula jadi, banyak spesies tumbuhan dan haiwan. Ini merupakan ancaman yang terbesar terhadap kemandirian hidupan liar.
4. Tumbuhan dan haiwan yang juga diolah untuk keperluan manusia seperti sukan, makanan, ubatan, kulit dan bulu turut susut bilangannya. 5. Beribu-ribu spesies tumbuhan dan haiwan menghadapi kepupusan kerana pupolasi mereka adalah terlampau rendah akibat aktiviti manusia. 6. Spesies tumbuhan atau haiwan yang terpupus akan hilang dari bumi ini selama-lamanya . Contohnya, burung dodo, harimau bali, dan harimau kaspia adalah diantara beribu-ribu hidupan yang telah pupus dari permukaan bumi.
7. Manusia perlu mengolah alam hidupan dengan lebih bertanggung jawab kerana kemandirian manusia juga berkait rapat dengan kemandirian tumbuhan dan haiwan.


Kepentingan Pemeliharaan dan Pemulihan Haiwan dan Tumbuhan
1. Makanan: manusia bergantung pada tumbuhan dan haiwan untuk makanannya. Masih banyak spesies tumbuhan dan haiwan yang belum diterokai tetapi berpotensi untuk membekalkan makanan kepada populasi manusia dunia yang semakin meningkat.
2. Ubat-ubatan: Semua ubat-ubat tradisi dan sebahagian besar daripada bahan kimia ubat moden diperoleh daripada haiwan dan tumbuhan. Masih terdapat banyak spesies tumbuhan dan haiwan yang belum sempat dikaji tetapi mempunyai potensi untuk merawat penyakit-penyakit seperti barah, AIDS dan sebagainya.
3. Sumber bahan mentah:
( a ) Kayu balak merupakan satu sumber yang sangat penting dalam pembinaan rumah dan perabot serta membuat kertas.
( b ) Hasil keluaran seperti kulit haiwan, madu, rotan, damar dan sebagainya berasal daripada tumbuhan dan haiwan.
4. Keseimbangan alam sekitar :
( a ) Tumbuhan dan haiwan memainkan peranan yang sangat penting dalam siratan makanan dan keseimbangan alam. ( b ) Tumbuhan hijau menolong mengekalkan kandugan gas oksigen dalam atmosfera yang perlu untuk haiwan dan manusia bernafas. Sebaliknya haiwan dan manusia membebaskan gas karbon dioksida yang diperlukan oleh tumbuhan dalam fotosintesis. ( c ) Tumbuhan menapis kebanyakan debu dalam udara serta menyerap gas kasbon dioksida dan dengan itu membantu mengawal pencemaran udara. ( d ) Tumbuhan memperlahankan aliran air hujan dan dengan itu mengelakkan banjir, hakisan tanah dan tanah runtuh daripada berlaku semasa hujan turun. ( e ) Tumbuhan melindungi permukaan bumi daripada sinaran langsung cahaya matahari, langsung mengurangkan penyejatan air dan membantu menyejukkan permukaan bumi.


5. Sumber air: Tumbuhan dalam hutan hujan merupakan kawasan tadahan air yang sangat penting untuk mengisi empangan dan membekalkan keperluan air kepada manusia.
6. Rekreasi: Kepelbagaian haiwan dan tumbuhan mengekalkan keindahan semula jadi alam sekitar untuk aktiviti riadah dan rekreasi manusia . juga ia menjadi satu daya tarikan kepada pelancong dan menyumbang kepada ekonomi negara .
7. Ekonomi: hasil keluaran tumbuhan dan haiwan seperti hasil tanaman, hasil tangkapan ikan, kayu balak, damar, ubat-ubatan, kulit dan sebagainya memberikan pendapatan kepada negara .
KEPUPUSAN HAIWAN DAN TUMBUHAN
1. Di Malaysia, pemusnahan habitat dan pencemaran alam sekitar mengancam banyak spesies hidupan ini adalah seperti : ( a ) Spesies tumbuhan yang dikenali dan belum dikenali dalam hutan hujan tropika (bunga pakma, orkid-orkid liar dan pisang liar). ( b ) Burung-burung (misalnya burung enggang, bangau dan helang bahu hitam). ( c ) Haiwan (misalnya tapir, harimau, badak Sumatera, orang utan, siamang, lutong dan ular sawa). ( d ) Serangga. ( e ) Penyu (misalnya penyu belimbing dan penyu hijau)
2. Contoh hidupan lain di dunia yang menghadapi kepupusan : ( a ) Panda gergasi hanya terdapat di satu kawasan kecil di China. Kini, terdapat kurang 200 ekor yang masih tinggal. ( b ) Gorila gunung Afrika Barat juga terancam dengan kepupusan kerana pemusnahan habitatnya akibat aktiviti pertanian serta diburu untuk bulu dan untuk dijadikan ubat-ubatan. ( c ) Ikan paus biru, haiwan yang terbesar, terancam dengan kepupusan kerana diburu untuk daging dan lemaknya.


Usaha Pemeliharaan dan Pemuliharaan Hidupan Liar 1 . Pemuliharaan hidupan liar ialah usaha pengurusan hidupan liar secara bijaksana supaya hidupan ini dapat dikekalkan untuk generasi yang akan datang. 2 . Sumber Bumi adalah terhad. Dengan penambahan populasi dunia, lebih makanan dan keperluan lain diperlukan daripada sumber hidupan liar. Pada masa yang sama, kita perlu mengekalkan spesies hidupan yang ada. 3 . Usaha-usaha pemuliharaan hidupan liar termasuk : ( a ) Mewujudkan kawasan hutan simpanan untuk memelihara hidupan liar . Contohnya, hutan dara, hutan simpanan, dan taman negara (T.N. Pahang; T.N. Kinabalu di Sabah; T.N. Bako, T.N. Mulu dan T.N. Niah di Sarawak). ( b ) Memindahkan tumbuhan yang diancami kepupusan untuk ditanam di kebun khusus atau aboretum dalam usaha pemeliharaan. ( c ) Melindugi hidupan liar di hutan paya bakau dengan mewujudkan hutan simpanan paya bakau , misalnya di Matang (Perak) dan Pulau Kukup (Johor). ( d ) Mendirikan pusat pembiakan haiwan yang terancam dengan kepupusan, seperti ikan dan penyu (di pantai timur), tuntung (Perak) dan orang utan (Sabah dan Sarawak). Pusat-pusat ini akan membiakkan haiwa -haiwan tersebut untuk dikembalikan kepada habitat asalnya. ( e ) Taman marin didirikan untuk melindungi hidupan laut . Taman-taman marin: Pulau Redang, Pulau Tioman, Pulau Paya, Pulau Perhentian dan Pulau Tinggi. ( f ) Mengisytiharkan hidupan yang terancam dengan kepupusan sebagai spesies terpelihara dan tiada siapa pun dibenarkan menangkap, menembak atau menjualnya. Antara spesies-spesies terpelihara ialah orang utan, siamang, kera, badak Sumatera dan harimau. ( g ) Menguatkuasakan undang-undang untuk melindungi hidupan liar. ( h ) Mengawal aktiviti pembalakan untuk mengurangkan kemusnahan habitat hidupan liar. ( i ) Penghutanan semul, iaitu menanam semula hutan dengan anak benih baru setelah pokok balak ditebang. ( j ) Pendidikan : Mendidik pelajar sekolah dan orang ramai tentang kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan hidupan liar. ( k ) Mengawal pencemaran sungai dan laut , memusnahkan habitat hidupan air.
BAHAGIAN PERUNDANGAN KONSERVASI ALAM
Enakmen Perlindungan Alam Sekitar 2002. Enakmen Perlindungan Alam Sekitar 2002 telah digubal pada 2002. Walaubagaimanapun, Enakmen berkenaan belum lagi dikuatkuasakan. Pada masa ini, Jabatan masih menguatkuasakan Enakmen Konservasi Alam Sekitar, 1996. Pengumuman lanjut akan diberikan kelak ke atas tarikh penguatkuasaan Enakmen Perlindungan Alam Sekitar, 2002
Enakmen Perlindungan Alam Sekitar (Pindaan) 2004. Enakmen ini dinamakan Enakmen Perlindungan Alam Sekitar (Pindaan) 2004 dan hendaklah mula berkuat kuasa pada tarikh yang akan ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta.
Enakmen Konservasi Alam Sekitar,1996. Enakmen Konservasi Alam Sekitar telah digubal pada tahun 1996, dan dikuatkuasakan pada 1 Ogos 1998 secara serentak dengan penubuhan Jabatan. Enakmen tersebut seterusnya dipinda pada bulan April 1998. Pindaan lanjut telah dibuat sekali lagi pada bulan Ogos 1999 untuk memperkukuhkan dan memperkemaskan lagi beberapa peruntukan tertentu Enakmen, antaranya, memperuntukan hukuman yang lebih berat kerana menyebabkan degradasi alam sekitar yang serius.
Kaedah-Kaedah Konservasi Alam Sekitar (Mengkompaun Kesalahan-Kesalahan), 1999. Kaedah-kaedah mengkompaun telah dibuat di bawah Seksyen 22(bb) Enakmen Konservasi Alam Sekitar 1996 dan dikuatkuasakan pada 13 Mei 1999. Peraturan ini memberikan kuasa kepada Pengarah untuk mengkompaun kesalahan-kesalahan tertentu di bawah Enakmen.
Perintah Konservasi Alam Sekitar (Aktiviti-Aktiviti Yang Ditetapkan),1999. Perintah ini dibuat di bawah Seksyen 5 Enakmen Konservasi Alam Sekitar 1996 dan berkuatkuasa pada 1 September 1999. Perintah ini menghendaki EIA sebagai satu keperluan mandatori sebelum aktiviti-aktiviti yang tersenarai di bawah Jadual Pertama dilaksanakan.
Perintah Yuran Alam Sekitar 2002. Perintah ini dinamakan Perintah Yuran Alam Sekitar, 2002 dan hendaklah mula berkuatkuasa pada tarikh penyiarannya dalam Warta (13 Februari, 2003). Versi Bahasa Melayu dan Inggeris adalah dalam satu dokumen.

Monday, June 22, 2009

FOR YOUR INFO
KERACUNAN RACUN MAKHLUK PEROSAK
Pengenalan
Racun makhluk perosak adalah bahan yang digunakan untuk
memusnah dan mengawal serangga atau tumbuhan perosak.
Contoh racun makhluk perosak ialah racun parakuat,
organofosfat, organoklorin, glifosat dan karbamat. Racun
makhluk perosak berguna untuk mengawal makhluk perosak dan
meningkatkan penghasilan pertanian tetapi ia juga berbahaya
kepada manusia.
Bagaimana keracunan boleh berlaku?
Seseorang boleh terdedah kepada keracunan racun
makhluk perosak melalui 3 cara:
1. Tertelan makanan atau minuman yang dicemari racun
makhluk perosak.
2. Sentuhan kulit dengan racun makhluk perosak.
2. Terhidu racun makhluk perosak.
Pekerja yang berisiko
Siapakah pekerja yang berisiko?
Contoh pekerja yang berisiko adalah;
• Peladang/petani
• Pekerja ladang/estet
• Pekerja kilang racun makhluk perosak.
Gejala
Pendedahan kepada racun makhluk perosak boleh
menyebabkan kecederaan kepada badan, antaranya seperti
berikut:
• Kesan serta-merta seperti sakit kepala, loya,
berpeluh, kulit merengsa dan kematian.
• Kesan jangka masa panjang seperti tangan
mengeletar, kelupaan, kurang daya ingatan, kurang
daya tumpuan, kekuningan mata serta keletihan.
Komplikasi
Apakah yang paling teruk boleh terjadi akibat keracunan ini?
• Kerosakan kekal fungsi ginjal (buah pinggang), hati,
paru-paru dan saraf serta kemandulan.
•Kematian.
News Updates
NNIIOOSSHH U: p Vdoaltuems e: 2V,o Nluummeb 2e,r N 1u0m, b2e0r0 190, 2009
FOR YOUR INFO
Rawatan
Rawatan kecemasan perlu diberi serta merta untuk
menyelamatkan nyawa mangsa.
• Bawa mangsa terlibat ke tempat yang selamat yang
mempunyai pengudaraan yang baik seperti kawasan lapang
• Tanggalkan pakaian yang tercemar
• Jangan cuba memaksa pesakit untuk muntah
• Bersihkan bahagian tubuh atau anggota yang tercemar
dengan racun makhluk perosak menggunakan air yang
banyak selama 15-20 minit.
• Hantarkan mangsa terlibat ke hospital dengan segera.
• Jangan lupa, bawa bekas racun yang terlibat ke hospital
bersama pesakit.
Pencegahan keracunan racun makhluk perosak
Bagaimanakah saya boleh mencegah kejadian keracunan racun
makhluk perosak?
• Pastikan anda tahu jenis racun makhluk perosak yang
digunakan
• Patuhi setiap arahan pengendalian racun makhluk perosak
yang dibekalkan oleh pengeluar setiap masa
• Amalkan teknik pengendalian yang selamat
• Labelkan bekas racun makhluk perosak dengan betul
• Simpan racun makhluk perosak di tempat yang berkunci
dan berasingan dari barang-barang lain.
• Jangan pindahkan racun makhluk perosak ke dalam bekas
lain; gunakan bekas yang asal sahaja.
• Jangan gunakan semula bekas racun makhluk perosak
yang telah kosong.
• Lupuskan semua bekas racun makhluk perosak yang
kosong dengan menanam dalam tanah yang sesuai atau
hantar kepada pihak tertentu yang dilantik.
• Gunakan alat pelindung diri yang sesuai dengan cara yang
betul.
Apakah amalan pengendalian yang selamat?
 Memakai pakaian dan peralatan pelindung diri yang sesuai.
 Sentiasa menggunakan sarung tangan semasa membancuh racun makhluk perosak.
 Jangan makan, minum atau merokok semasa mengendalikan racun.
 Semburan racun makhluk perosak mestilah menurut arah angin.
 Basuh bahagian badan yang terdedah SEGERA dan mandi selepas setiap kali mengendalikan racun
Apakah amalan pengendalian yang selamat?
 Memakai pakaian dan peralatan pelindung diri yang sesuai.
 Sentiasa menggunakan sarung tangan semasa membancuh racun makhluk perosak.
 Jangan makan, minum atau merokok semasa mengendalikan racun.
 Semburan racun makhluk perosak mestilah menurut arah angin.
 Basuh bahagian badan yang terdedah SEGERA dan mandi selepas setiap kali mengendalikan racun
Apakah pakaian yang sesuai dan selamat semasa mengendalikan racun makhluk perosak?
 Baju berlengan panjang dan seluar panjang.
 Topi
 Apron plastik
 Kasut/but keselamatan
 Sarung tangan getah
 Topeng muka
 Kacamata pelindung mata
Notifikasi
 Mengikut Peraturan 2004, Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Notifikasi Kemalangan, Kejadian
Berbahaya, Keracunan dan Penyakit Pekerjaan), adalah menjadi tanggung jawab:
 Majikan
 Pengamal perubatan yang merawat
 Untuk notifikasi penyakit pekerjaan kepada Jabatan Keselamatan dan Kesihatan.

Thursday, June 4, 2009

Rancangan Pelajaran Harian

Nama Guru.

Darjah.

Tarikh: Masa:

Bil Pelajar:

Tajuk: Mempromosi Jualan Mata Pelajaran: K. Hidup

Ringkasan Pelajaran:

Mendedahkan pelajar perbezaan pembungkusan yang menarik dan kurang menarik

Isi kandungan:

  • Maksud promosi
  • Tujuan promosi
  • Jenis pembungkusan
  • Ciri pembungkusan yang menarik

Strategi/Kaedah/Aktiviti:

  • Tunjuk cara

Elemen bestari yang dapat diterapkan:

  • Berhati-hati ketika memilih barangan dan membuat pemilihan yang tepat ketika membeli barangan

Penilaian hasil pembelajaran:

  • Apabila murid dapat membezakan di antara dua produk yang sama iaitu dengan menyatakan produk yang lebih menarik
  • Apabila murid memilih produk yang ingin di beli dan kenapa mereka memilih produk tersebut

Hasil Pembelajaran

Murid-murid dapat membanding beza bungkusan yang menarik dan kurang menarik Aras : 2

Objektif pelajaran( Kognitif,psikomotor,& afektif )

Selepas P&P, murid-murid dapat:

  1. menyatakan empt jenis pembungkusan
  2. membandingbeza bungkusan yang menarik dan kurang menarik
  3. menyatakan sekurang-kurangnya tiga ciri pembungkusan yang menarik

Pengetahuan sedia ada: Murid-murid pernah melihat pelbagai jenis pembungkusan

Nilai murni/Pendidkan alam sekitar/Kajian Masa depan/Kemahiran berfikir/Langkah Keselamatan: Berhati-hati memilih barangan.

Bahan Bantu Mengajar: Krim Mandian,krim mandian isian semula,minuman dalam kotak,minuman dalam tin,gambar jenis pembungkusan.

Langkah-langkah (masa )/tajuk/Isi Kandungan. Aktiviti Catatan

Set induksi (5 minit) Guru meminta murid

Membandingbeza bungkusan yang membezakan diantara dua produk

menarik dan kuran menarik. A dan B

Produk mana yang lebih disukai Guru menyoal murid produk mana

dibeli dan mengapa? yang lebih disukai dan akan dibeli,

seterusnya kenapa memilih produk
tersebut.
Langkah 1
Ciri-ciri produk Murid membandingkan dua produk
yg mempunyai kandungan yg sama
tetapi pumbungkusan berbeza
Jenis pembungkusan Guru menanya kpd murid pembung
- kotak kusan yg biasa dilihat
- tin Guru menunjukkan jenis-jenis
- botol pembungkusan
- plastik























































Sunday, April 26, 2009

tugasan BM 1, PSV dan KPLI Julai 08

Arahan Tugas BM 1 dan PSV
1. Anda dikehendaki menulis sepanjang sekurang-kurangnya 1000 perkataan berkaitan dengan Pertanian di Malaysia.

Arahan Tugas KPLI Julai 08 P.Khas.
1. Anda dikehendaki menyatakan peranan anda semasa praktikum berkaitan dengan pertanian untuk pendidikan khas

Friday, April 24, 2009

Ikan Hiasan

Ikan Angel
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: navigasi, gelintar
Ikan Angel
[[Imej: frames260px]]
Pengelasan saintifik
Alam:
Haiwan
Filum:
Kordata
Kelas:
Actinopterygii
Order:
Perciformes
Famili:
Cichlidae
Genus:
Pterophyllum
Spesies:
Pterophyllum scalare


Ikan Angel (Pterophyllum Sclare) berbentuk pipih dan hujung mulutnya tajam. Sirip dorsal dan analnya terbuka lebar ke arah ekor. Di bahagian dada terdapat sepasang sirip yang terjuntai menjangkau ke ekor berwarna putih. Warna di bahagian bawah tubuhnya kelabu berkilat. Di bahagian atas kepalanya coklat kehitaman. Ikan ini boleh membesar sehingga 15cm. Morfologinya yang berbentuk cakera dan suka berenang di pertengahan akuarium menjadikan ia sangat digemari sebagai ikan hiasan. Ikan ini tahan lasak dan pemakanannya mudah. Ia diberi makan Blood worm, Daphnia sd., Moina sp., jejentik dan pelet. Ikan ini sesuai diternak secara berkumpulan. Ikan jantan mempunyai badan lebih besar daripada ikan betina. Jika dipandang dari atas kelihatan perutnya pipih dan kepalanya lebih besar. Bahagian atas antara mulut dan sirip dorsal (dahi) berbentuk cembung. Warnanya lebih terang. Liang genitalnya kecil panjang dan berbentuk 'V'. Ikan betina bersaiz lebih kecil. Pandangan dari atas kelihatan perutnya lebih besar dan kepalanya lebih kecil. Bahagian antara mulut dan sirip dorsal rata. Warnanya tidak secerah ikan jantan. Liang genitalnya lebih tebal dan membengkak berbentuk 'U' apabila ikan telah matang. Tabiat ikan betina juga kurang agresif daripada ikan jantan.
[sunting] Pembiakan
Apabila ikan angle jantan dan betina yang matang mendapat pasangan yang sesuai ia akan sentiasa berdua-duan, dan akan mencari permukaan untuk bertelur. Ikan angle melakukan pesenyawan luaran. Telur mereka boleh menjangkau hingga 800 biji.
[sunting] Pautan luar
http://agrolink.moa.my/dof/maha2000/teknologi/hiasan/angel.html
Diambil daripada "http://ms.wikipedia.org/wiki/Ikan_Angel"
APA ITU KAEDAH HIDROPONIK?
HIDROPONIK ialah satu kaedah menanam tumbuhan (sayuran,bunga dll.) yang tidak memerlukan tanah. Hidroponik berasal daripada perkataan GREEK bermaksud air yang bekerja. Mengikut sejarah, kaedah ini telah lama digunakan sejak kurun ke 16 Masihi. Taman Tergantung Babylon (The Hanging Garden of Babylon) dipercayai telah menggunakan hidroponik ini sebagai satu kaedah penanaman tanaman. Pada tahun 1937, W.F.Gericke dari Pusat Penyelidikan Pertanian California, Amerika Syarikat telah memperkenalkan kaedah ini ssecara komersil. Sejak itu sistem hidroponik ini diperkembang dan diperkemaskan dengan pelbagai teknik yang direka khas sesuai untuk tujuan komersil. Dalam kaedah hidroponik ini, keseluruhan keperluan nutrien diberikan kepada akar tanaman dalam bentuk larutan. Pokok sebenarnya boleh hidup tanpa tanah. Pokok tidak menyerap tanah sebagai makanan tetapi mengambil zat makanan/nutrien yang tersembunyi dalam tanah. Hidroponik sebenarnya bertujuan untuk membolehkan zat-zat makanan atau nutrien yang diperlukan oleh tanaman diambil terus melalui larutan nutrien yang tersedia. Hidroponik merupakan kaedah/teknik pengeluaran sayur-sayuran moden yang dianggap baru di Malaysia. Akibat kegawatan ekonomi yang melanda negara sejak pertengahan tahun 1997, berbagai kempen telah dijalankan oleh kerajaan agar rakyat menanam sayuran bagi menampung keperluan harian serta menjimatkan perbelanjaan dapur. Kaedah yang mudah dan berkesan yang disyorkan ialah kaedah Hidroponik. Di Malaysia, pengeluaran hasil hidroponik secara komersil masih diperingkat kecil kecilan. Belum ada lagi pengeluar yang besar yang menguasai pasaran atau industri hidroponik setakat ini. Produk hidroponik masih kurang atau tiada langsung di pasaran di beberapa tempat setakat ini. Hasil keluaran hidroponik sebenarnya dijamin bebas daripada sisa racun kulat atau serangga. Ianya selamat dan menjadi pilihan bagi mereka yang mementingkan kesihatan.
Perkara asas yang diperlukan untuk kaedah hidroponik merangkumi :
1. Takung Hidroponik 2. Penutup Takung (Polystyreen) 3. Cawan penyukat baja 4. Bakul media 5. Media (benang dsb) 6. Benih 7. Baja 8. Air
Semua ini dijelaskan dengan terperinci di laman petua hidroponik
APAKAH KEBAIKAN KAEDAH HIDROPONIK?

RINGKAS,MUDAH,MURAH
Kaedah ini sangat praktikal serta mudah dijalankan. Ia tidak memerlukan tanah walau sedikit pun. Penanaman tumbuhan seperti sayuran serta bungaan boleh dilakukan di kawasan yang tanahnya tidak sesuai untuk tanaman atau kawasan yang tidak mempunyai tanah langsung( contoh: rumah pangsa / pangsapuri)
Kawasan tidak menjadi masalah utama kerana kaedah ini hanya memerlukan perancangan serta penyusunan bekas takungan yang sistematik.
Penjagaan tanaman bagi kaedah ini sangat minima tanpa memerlukan pekerja yang ramai walaupun di komersilkan.
Nutrien dapat dikitar semula - menjimatkan penggunaan baja.
Kerja berat yang membebankan dapat dikurangkan.
Tiada masalah rumput di atas batas tanaman.
Penggunaan air dapat dijimatkan.
Hasil keluaran kaedah ini bermutu tinggi melalui kawalan baja yang sistematik.
Serangga / makhluk perosak / penyakit sangat senang dikawal dan dielakkan tanpa menggunakan racun yang berbahaya.
Tiada racun digunakan, oleh itu pengguna tak perlu bimbang tentang keracunan makanan .
Kalau dikomersilkan, kaedah ini memberi pulangan yang sangat lumayan kerana peningkatan penggunaan serta penerimaan ramai terhadap hasil yang bermutu ini.
Penanaman boleh dilakukan pada bila bila masa tanpa mengira musim.
Masa menanam yang pendek ( 3 minggu sehingga 6 minggu) - lebih pusingan tanaman dalam setahun.
Hasil tanaman adalah dianggap "Value for Money"- sedikit modal dengan keuntungan yang berganda kerana alatan boleh digunakan untuk jangka panjang.
Kemahiran serta pengetahuan dalam bidang pertanian bukan merupakan syarat utama untuk menjalankan kaedah ini.
Semua golongan (kanak-kanak atau dewasa) boleh menjalankan aktiviti penanaman melalui kaedah ini.
Boleh mengeratkan ikatan kekeluargaan jika dilakukan bersama. Setiap ahli keluarga mengerjakan takungan masing masing sambil bersaing untuk mendapatkan hasil terbaik.
Tidak menggunakan tenaga elektrik atau alatan yang mahal.
Tiada bau yang tidak menyenangkan seperti bau najis binatang, baja asli dsbnya. Alam sekitar lebih bersih dan harmoni.
Kaedah ini MESRA ALAM.
Oleh itu, apa tunggu lagi, marilah sama sama kita mulakan kaedah ini. Kalau dah bersedia dan ingin mencuba mari kita ke laman petua hidroponik.

Sumber:
Era Hijau (2/98).Hidroponik - Ringkas,Mudah dan Murah.Prof.Madya Dr. Mohd Razi Ismail
Agromedia(3/1998).Tanaman Sayur Sistem Hidroponik. Dr.Mahamud Shahid
Kazz Hidroponik Domestik
menu [laman utama] [iqwanhabib][bits and pieces of me] [my room mate and my kids] [selamat datang ke Terengganu][kampung halamanku] [resepi Kak Wan][apa itu hidroponik?][petua hidroponik][ taman suri][motivation and inspiring quotes][corat coret][galeri foto][my favourite links][english corner ][laman seni] [view my guestbook][sign my guestbook]
geovisit();



PETUA HIDROPONIK SURIKU
Kak Wan dengan hasil tanaman hidroponiknya
Untuk para pengunjung Laman Iqwanhabib dihuraikan serba sedikit kaedah hidroponik yang mungkin boleh dimanfaatkan bersama. Semuga kaedah ini akan dapat membantu anda memulakan hobi bercucuk tanam. Kaedah mudah ini tidak memerlukan perbelanjaan yang banyak. Apa yang penting ialah minat, sedikit kesungguhan / ketekunan serta kesabaran. InsyaALLAH hasil akan dapat dinikmati dalam masa sekurang kurangnya 3 minggu mengikut jenis sayur yang ditanam. Kami menamakan kaedah ini sebagai KAEDAH 3 T Kenapa? Senang saja, kerana ianya memerlukan 3 perkara asas:

PERTAMA
TANAM
KEDUA
TUNGGU
KETIGA
TUAI


PERALATAN DAN PETUA PENYEDIAAN KAEDAH HIDROPONIK 3T SURIKU
PERALATAN asas HIDROPONIK
Kak Wan serta anak anak sedang menyiapkan bekas takungan hidoponik
1) Takung Hidroponik (43x35x13cm) - samada siap pasang dari kedai alat perkebunan atau dibeli secara berasingan dari kedai alatan plastik. 2) Penutup Takung (Polystyreen) - tebal lebih kurang 2cm 3) Bakul Media - bekas bunga telur plastik 4) Media : Benang/Span/Rockwool 5) Baja Hidroponik - cecair atau ketul 6) Cawan Penyukat Baja (250 ml) 7) Biji Benih - pilihan sendiri
*Alatan seperti takung, polystyrene, bakul media dan media (benang) boleh dibeli secara berasingan. Dengan sedikit usaha (Do-It-Yourself), kita boleh menyiapkan satu takungan yang lengkap dengan hanya membelanjakan sebanyak RM 9.00 sahaja. Kalau dibeli set siap pasang akan memakan belanja 2 kali ganda. Oleh itu, kenapa tidak cuba buat sendiri? Pasti menggembirakan.
PENYEDIAAN BAJA HIDROPONIK DAN CARA MENANAM
Bekas takungan yang siap diisi dengan benih sayuran
Petua Pertama
Masukkan air dalam bekas takungan separas 3 suku bekas atau lebih kurang 18 liter.
Peringatan:* Jika air paip atau air dari tangki yang hendak digunakan untuk penyediaan larutan baja hidroponik, biarkan air tersebut didalam bekas takungan semalaman supaya bebas dari klorin. Air hujan juga boleh digunakan tetapi sebaik baiknya mengambil air itu selepas pertengahan hujan untuk mengelakkan daripada ianya mengandungi bahan-bahan asid /toksid yang boleh membantutkan tanaman.
Baja hidroponik kemudiannya dilarutkan didalam 5 liter air dan kacau hingga sebati.
Petua Kedua
Sediakan 18 liter air dan masukkan kedalam bekas takungan hidroponik.
Ceduk 500 ml larutan baja hidroponik yang dilarutkan tadi dengan cawan penyukat yang bersaiz 250 ml sebanyak 2 cawan dan campurkan kedalam takungan hidroponik yang diisikan dengan 18 liter air tadi.
Kacau hingga sebati.
Tutup takung dengan penutup takung yang disediakan.
*Baki larutan baja yang telah dibancuh tadi hendaklah disimpan dalam bekas bertutup dan ia boleh digunakan untuk tanaman seterusnya. Jangan dedahkan kepada cahaya matahari.
Petua Ketiga
Media: Benang atau bahan yang boleh menyerap air diletakkan didalam bakul semaian sebagai media percambahan biji benih.
Tarik dan juntaikan benang tersebut melalui lubang dibawah bakul supaya menjadi sumbu lebih kurang 5 sm. untuk menyerap larutan baja hidroponik.
Pastikan setengah cawan benang masih terdapat dalam cawan.
Celup atau rendamkan bakul yang berisi media tadi ke dalam air larutan baja untuk melembabkan media bagi memudahkan proses percambahan.
Masukkan bakul media di setiap lubang penutup takungan hidroponik.
Pastikan sumbu benang terendam dalam air larutan baja hidroponik supaya ia dapat menyerap baja.
Petua Keempat
Memasukkan benih sayuran ke dalam bakul media
Masukkan 4 atau 5 biji benih diatas benang dalam setiap bakul media.
Pastikan biji benih basah supaya senang bercambah.
Selepas 3 atau 4 hari, jika tidak berlaku percambahan, tukarkan dengan biji benih yang lain. Jika semua biji benih tersebut bercambah selepas 6 hari, tinggalkan cuma sepokok atau 2 pokok sahaja pada setiap bakul media bagi pertumbuhan seterusnya.
Anda telah sedia untuk memulakan tanaman hidroponik.
Petua Kelima
Letakkan set hidroponik ditempat yang sesuai seperti ditepi rumah(koridor), beranda, patio, porch atau di bawah 'greenhouse' .
Pastikan ia mendapat cahaya matahari yang cukup sekurang-kurangnya separuh hari samada pagi atau petang.
Elakkan daripada air hujan terus masuk kedalam takungan hidroponik kerana ia akan menganggu campuran larutan air dan baja.(Air yang berlebihan akan mengurangkan keberkesanan baja terhadap tumbuhan) .
Perhatian
1. Pastikan lubang bakul media ditutup rapat untuk mengelakkan kemasukan dan pembiakan nyamuk ke dalam bekas takungan.
2. Selepas 3 minggu atau bila air kelihatan berkurangan, tambahkan air (tanpa baja) ke dalam takung. Paras air mestilah tidak melebihi 1/2 daripada takung.
Kak Wan sedang memeriksa paras air dalam takungan
3. Oleh kerana jangkamasa matang bagi setiap jenis sayur berlainan, hanya satu jenis tanaman/benih bagi setiap takungan disyorkan.
Contoh:

Jenis Sayuran
Jangkamasa matang
Kangkong
3 minggu
Sawi
4 minggu
Cili
6 minggu
Bayam
4 minggu

4. Biarkan tanaman anda sehingga 4 ke 5 minggu untuk dipungut hasilnya mengikut jenis tanaman tanpa perlu menambahkan larutan baja dan menyiram.
5. Setelah dipungut hasil, basuh takungan, penutup dan bakul media. Gantikan benang dan gunakan semula baki larutan baja yang disimpan dahulu untuk penanaman baru Air baja yang telah digunakan boleh dicurah / disiram pada pokok bunga atau tanaman lain kerana masih ada lagi saki baki baja .
6. Jika larutan baja terlalu pekat, daun akan menjadi hijau tua, melengkung/kerinting, daun tebal dan rapuh. Jika larutan terlalu cair, pokok akan terencat / bantut dan lambat membesar, daun akan kekuningan nipis dan tidak melengkung.
Bayam, Sawi dan Kailan mudah ditanam
Sayuran ditanam secara berperingkat untuk bekalan yang berterusan

MASALAH YANG BIASA DIHADAPI
KEKURANGAN UNSUR PEMAKANAN TUMBUHAN Disebabkan oleh :
Suhu larutan nutrien yang meningkat.
Suhu yang sesuai adalah diantara 25°C - 29°C
Sumbu media tidak mencecah air baja.
GANGGUAN FIZIKAL KEPADA TUMBUHAN Disebabkan oleh :
Kedudukan tanaman yang tidak stabil / seimbang.
Sokongan yang kurang kuat.
Tiupan angin.
Serangan ulat
Kurang mendapat cahaya matahari.
Apa sekali pun, jika anda bertekun dan sering mengambil cakna terhadap tanaman anda, insyaALLAH hasil yang membanggakan akan didapati akhirnya.

Sumber:
Era Hijau (2/98) Hidroponik - Ringkas,Mudah dan Murah.Prof.Madya Dr. Mohhd Razi Ismail
Agromedia(3/1998).Tanaman Sayur Sistem Hidroponik. Dr.Mahamud Shahid
Kazz Hidroponik Domestik
menu [laman utama] [iqwanhabib] [bits and pieces of me] [my room mate and my kids] [selamat datang ke Terengganu] [kampung halamanku] [resepi Kak Wan] [apa itu hidroponik?] [petua hidroponik] [ taman suri] [motivation and inspiring quotes] [corat coret] [galeri foto] [my favourite links] [english corner ] [laman seni] [view my guestbook] [sign my guestbook]
kemaskini: 14 Disember 2000
geovisit();

Hidroponik
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: navigasi, gelintar


Penyelidik NASA memeriksa bawang hidroponik dengan salad Bibb di kirinya dan lobak di kanan


Penyelidik USDA memeriksa strawberi hidroponik


Gambarajah Hidrponik Kaedah Dutch Bucket
Hidroponik adalah kaedah bercucuk tanam dengan meletakkan akar pohon ke dalam air baja (nutrien) tanpa mengunakan tanah sebagai media menanam. Sebaliknya, bahan-bahan seperti bulu mineral, sabut kelapa, pasir, batu bata pecah, habuk kayu dan lain-lain digunakan untuk mengganti tanah.
Penanaman secara hidroponik dilakukan oleh individu-individu sebagai hobi dan juga secara besar-besaran untuk tujuan komersil. Di negara Singapura misalnya, oleh kerana kekurangan tanah, bumbung-bumbung bangunan dijadikan tempat untuk menanam sayur-sayuran seperti bak choy, sawi, kailan dan bayam. Semuanya menggunakan kaedah hidroponik. Begitu juga, untuk penerokaan angkasa lepas, angkasawan-angkasawan boleh bercucuk tanam sayur-sayuran di dalam kapal angkasa. Kaedah yang sama di gunakan oleh tentera-tentera di atas kapal perang, maupun kapal selam. Dengan cara ini mereka tidak perlu membawa bekalan makanan yang banyak, hanya sekadar membawa benih-benih sayur-sayuran dan boleh ditanam semasa dalam perjalanan.
[sunting] Kelebihan
Tidak memerlukan tanah sebagai media tanaman.
Akar pokok boleh dipantau dengan cara mengangkat pasu dan melihat akarnya.
Pembaziran baja tidak berlaku; kerana air baja sentiasa dikitar semula.
Tidak perlu menyiram baja setiap hari.
Hasil tanaman boleh di makan keseluruhanya, sebab akarnya bebas dari kotoran dan penyakit.
Penyakit pokok tanaman dapat dikurangkan kerana banyak penyakit akar/pokok berpunca dari kandungan tanah.
Pengusaha secara komersial tidak memerlukan tenaga pekerja utk tugasan menyiram.
[sunting] Galeri

Pokok Tomato dalam media bulu mineral.

Tomato berbuah - guna media bulu mineral.

Pokok Tomato dalam media pumis.

Tanaman Tomato dalam media bungkah jerami.
[sunting] Pautan luar
KEISTIMEWAAN HIDROPONIK DOMESTIK
Sayuran bersih, enak, berkualiti dan bebas dari sisa baki racun.
Tidak memerlukan kemahiran dan pengetahuan yang tinggi dalam bidang pertanian.
Tidak memerlukan kawasan yang luas.
Tidak menggunakan pam elektrik.
Tidak perlu merumput dan menyiram.
Tidak memerlukan najis haiwan.
Boleh ditanam ditepi rumah, balkoni, porch dan patio.
Penanaman boleh dilakukan pada bila-bila masa - tidak kira musim . (15 kali setahun untuk sayuran berdaun).
Amat mudah untuk mengawal serangga-serangga samada dari tanah atau udara.
Murah serta mudah dikendalikan.
Tenaga kerja yang minima.
Dari golongan muda hingga tua mampu mengendalikannya.
Pulangan modal berganda keuntungannya.
Amat sesuai untuk sekolah-sekolah bagi subjek Kemahiran Hidup dan Sains Pertanian.
TANAMAN YANG SESUAI UNTUK KAEDAH HIDROPONIK
Banyak jenis tanaman boleh ditanam secara hidroponik:
1.Tanaman Sayur-Sayuran seperti Bayam, Kangkong, Kailan, Salat dan sebagainya.
2.Sayuran Jenis Buah dan Kekacang seperti Tomato, Timun, Cili, Terong dan sebagainya.
3.Tanaman Hiasan atau Bunga-Bungaan seperti Ros, Kekwa, Carnation, Puding dan sebagainya.



Baja Hidroponik




Baja Hydroponik
Nutrien (Baja)
Tumbuhan dalam sistem hidroponik adalah sama dengan tanaan yang ditanam atas tanah, masing-masing memerlukan 16 unsur untuk tumbuh dengan baik. ia itu C, H, O, N, P, K, Ca, Mg, S, Zn, Cu, Fe, Mn, B, Mo dan Cl. Dalam sistem hidroponik unsur ini dilarutkan kedalam air bagi diserap oleh sistem akar. Larutan ini dipanggil larutan nutrium atau larutan baja.
Terdapat pelbagai formula larutan nutrien dipasaran. Harga pasaran adalah berasaskan kepada harga bahan mentah yang digunakan. Bahan yang digunakan biasanya dalam bentuk garam mineral atau cecair. Bahan berkenaan mungkin dalam bentuk bahan organik atau bukan organik atau campuran keduanya.
Menggunakan larutan nutrien yang siap dijual di pasaran adalah lebih mudah, cuma ikut sahaja arahan pada lebel yang berkenaan. Walau bagaimanapun menyediakan sendiri larutan nutrien adalah lebih menyoronokkan !. Kekurangan sesuatu unsur akan memberi kesan terus kepada pertubuhan pokok kerana tanaan bergantung sepenuhnya kepada larutan nutrien yang dibekalkan.
PH Larutan Nutrien
PH merujuk samada larutan nutrien berasid atau beralkali. Ukuran yang digunakan ialah nilai 1 hingga 14. Nilai 7 bagi larutan nuteral, jika nilai ph kurang daripada 7 larutan berkenaan adalah berasid. Bagi nilai melebihi 7 larutan berkenaan berasid. Ph yang sesuai untuk pertumbuhan secara umum ialah antara 5.5 hingga 6.5.
Tumbuhan akan menyerap zat makanan dan melepaskan bahan kimia kedalam larutan . Proses ini akan menyebabkan larutan baja akan berubah menjadi lebih berakali. Gunakan pH meter untuk menentukannya. Apabila nilai pH melehi 7, larutan berkenaan adalah beralkali dan perlu diturunkan kepada antara 5.5 hingga 6.5 ia itu nilai yang sesuai untuk pertumbuhan. Untuk mencapai nilai ini campurkan asid sulfrik atau air bateri kedalam larutan nutrien berkenaan. Sekiranya larutan nutrien berasid ia itu nilai pH nya kurang daripada 5.5, ia perlu ditingkatkan sehingga 5.5. Peningkatan pH dapat dilakukan dengan menambah potassium hydroxide (KOH) atau sodium hydroxide (NaOH) atau soda bikarbonat yang digunakan untuk membuat kueh. Gunakan ph meter atau kertas litmus bagi menyukat ph larutan.
PH Untuk Tanaman Terpilih
PH 6.0-6.7
PH 5.5-6.7
PH 5.2-6.7
PH 4.5-6.7
Asparagus
Kekacang
Tomato
Ubi Kentang
Cauliflower
Broccoli
Lobak Merah

Tembikai
Cili



Salad


Kepekatan Larutan
Kepekatan larutan nutrien diukur dengan unit ppm (part per million) atau satu bahagian dalam sejuta. Sukatan ini merujuk kepada nisbah bahagian nutrien dilarutkan kedalam air. Jika 1 miligram baja A dilarutkan dalam 1 litter air bersih, kepekakatan larutan di baca sebagai 1 ppm. Air bersih yang belum dicampurkan baja kedalam nya mempunyai nilai ppm kosong.
Anggaran purata keperluan unsur nirojen untuk pertumbuhan ialah 300 ppm, posforos 80 ppm, kalium 250 ppm, salfur 400 ppm, Magnesium 75 ppm, kalsium 400 ppm, Iron 5 ppm, tembaga 0.5 ppm, Mangam 2 ppm, Molbednum 0.001 ppm dan boron 1 ppm. Nilai standard kerja kepekatan larutan baja hidroponik ialah 1280 ppm, dikira setelah semua unsur yang diperlukan oleh pertumbuhan dilarutkan dalam air.
Bagi menjamin pertumbuhan tanaman yang baik nilai ppm hendaklah sentiasa diukur nilai kepekatan standart kerja ialah 1280 ppm, Jika perlu larutan nutrien hendak lah ditambah bagi mencapai nilai standard kerja yang diperlukan.
Limit Pengunaan Unsur Nutrien Oleh Pokok Mengikut Sukatan PPM
Unsur Makro
Kepekatan (ppm)

Unsur Mikro
Kepekatan (ppm)
N
70-1000

Fe
0.5-10
P
30-100

Mn
0.1-5
K
100-400

H
0.16
Ca
80-400

Cu
0.02-0.5
Mg
24-100

Zn
0.02-1
S
35-1000

Mo
0.01-0.1
Kesan Kekurangan Unsur Nutrien Kepada Pokok
Unsur Nutrien
Kesan (symptoms)
Nitrojan
Daun kecil, warna hijau muda,daun mati pada pokok dan daun sukar gugur.
Posforus
Daun hijau tua. Daun bawah bewarna kuning pada bahagian hujung daun.
Potassium
Daun bawah mati.terutama bahagian antara tulang daun.
Kalsium
Pucuk dan daun muda mati. Daun muda berkedut.
Magnesium
Bawah daun kuning akhirnya mati.
Salfur
Pucuk dan daun muda warna hijau muda
Iron
Pucuk dan daun muda warna kuning, akhirnya mati
Mangan
Mata burung atau tompok warna coklat pada daun.
Boron
Tunas dan pucuk mati
CARA MENYEDIAKAN LARUTAN NUTRIEN (BAJA)
Ada beberapa formula baja yang dapat digunakan untuk hidroponik, tapi dari beberapa formula tersebut yang terpenting adalah kandungan unsur-unsurnya sesuai dengan keperluan tanaman. Karena itu secara praktis, kita sebaiknya memahami berapa banyak unsur nutrien yang diperlukan oleh setiap tanaman. Dari sini kita menyusun formulasi campuran sendiri yang mencukupi keperluan tersebut. Hal ini lebih bermanfaat karena kita boleh jimatkan perbelanjaan membeli larutan baja., kita boleh menemukan keperluan unsur dengan bahan yang murah tapi fungsinya tetap mencapai apa yang kita harapkan.
Larutan nutrien hidroponik telah dibangunkan oleh D. R. Hoagland dari University of California. Larutan ini boleh dibuat sendiri (bagi tujuan hobi) dengan mencampur daripada baja dalam bentuk garam mineral yang terdapat dalam pasaran. Mudah disediakan dan dapat memberi hasil yang memuaskan bagi tujuan hobi..
Bagi tujuan komersial ketepatan penggunaan garam mineral amatlah penting dalam kejayaan projek. Formula yang telah dibangunkan oleh Terengganu Hydroponics Society adalah sebagaimana di bawah:-UNSUR MAKRO

Garam Mineral
Gram/1000 liter larutan baja


Nutri Fosfat (P)
18


Nutri Potasium (K)
30


Nutri Nitrat (N)
60


Nutri Magnesium (Mg)
31

Garam mineral mesti dilarutkan dalam air panas secara berasingan dan ditambahkan kedalam tangki larutan. Gunakan bahan grade kimia. Gred baja boleh juga digunakan kerana harganya lebih murah. Garam mineral gred kimia adalah mudah larut berbanding dengan gred baja.
Elemen mikro cuma diperlukan dalam kuantiti yang kecil. Disebabkan sukar untuk disukat kerana keperluan yang kecil, larutan stok perlu perlu dibuat terlebih dahulu. Larutan stok ini kemudiannya untuk ditambah dalam air bagi dijadikan larutan nutrien (baja)

UNSUR MIKRO

Garam Mineral
Gram/1000 liter larutan baja



Nutri Borium (B)
1.7



Nutri Manganes (Mn)
3.2



Nutri Zink (Zn)
0.45



Nutri Cuprum (Cu)
0.28



Nutri Ferrum (Fe)
30




Nutri Molibdenum (Mo)
0.13


Jika air paip digunakan, Nutri zink dan cuprum mungkin tidak diperlukan kerana bahan berkenaan telah hadir dalam air paip.
Elemen mikro cuma diperlukan dalam kuantiti yang kecil. Disebabkan sukar untuk disukat kerana keperluan yang kecil, larutan stok perlu perlu dibuat terlebih dahulu. Larutan stok ini kemudiannya untuk ditambah dalam air bagi dijadikan larutan nutrien (baja)

sumber:

Friday, May 9, 2008
JENIS-JENIS BAJA HIDROPONIK / TYPE OF HYDROPONIC NUTRIENT SOLUTION
Bekalan zat sebagai baja untuk tanaman Hidroponik (termasuk Fertigasi & Aeroponik) boleh didapati dalam beberapa bentuk:
Larutan pati/stok baja yang sudah dibancuh - Ia kemudiannya akan dilarutkan ke dalam air untuk aplikasi pada setiap tanaman. Untuk hidroponik, ia akan didapati dalam 2 bekas berasingan iaitu formula A & Formula B yang bila dicampurkan, mengandungi kesemua elemen-elemen asas zat untuk keperluan tanaman
Serbuk pati baja yang telah dicampur - Ia kemudiannya akan dilarutkan ke dalam air. Kebanyakannya dalam nisbah sukatan campuran 1 sudu teh untuk setiap gelen air. Kebanyakan pengusaha Hidroponik/Fertigasi yang berskala besar serta bagi tujuan komersil, akan membeli kompaun-kompaun zat asas ini secara berasingan dan menyukat serta membancuh sendiri bekalan baja mereka. Ini adalah bertujuan semata-mata untuk mengurangkan kos operasi. Bagi mereka yang menanam tanaman hidroponik secara kecil-kecilan atau untuk hobi, kaedah ini tidak praktikal. Untuk mengetahui formula & nisbah campuran zat2 asas untuk tanaman hidroponik, sila lawati post saya (bulan Oktober 2007) iaitu Di Mana Hendak Mendapat Bekalan Baja Hidroponik/Fertigasi serta post tentang Keperluan Asas Hidroponik/Fertigasi - Baja Hidroponik untuk maklumat asas prinsip baja hidroponik.
Pembahagian Zat-zat Asas Hidroponik:
Makroelemen (atau zat makro iaitu N, P & K untuk tumbesaran pokok) - Selalunya dibeli dalam beg atau bekas 50 lb. Ia dipanggil gred Hortikultur dan ianya perlulah dalam bentuk mudah larut.
Mikroelemen - Ia hanya diperlukan dalam jumlah yang sangat sedikit. Ia boleh didapati dalam bentuk serbuk yang sudah digaul mengikut nisbah bagi keperluan tanaman hidroponik atau boleh dibeli dalam komponen berasingan - Sekurang-kurangnya gred hortikultur dan mestilah dalam bentuk mudah larut.
PERHATIAN: Perhatikan bahawa campuran baja diasingkan kepada 2 bahagian iaitu 'A' & 'B'..Alasannya .. Selalunya, kompaun baja yang mengandungi zat Kalsium diasingkan daripada kompaun Sulfat & Fosfat. Mengapa? Dalam kepekatan yang tinggi, Kalsium akan bergabung dengan Sulfat & Fosfat dan menghasilkan butiran-butiran yang tidak boleh larut.Oleh itu, larutan baja hidroponik lazimnya dibahagikan kepada 3 bekas berasingan;
Tangki untuk zat yang mengandungi Kalsium & Zat Besi (Iron) - Warnanya akan menjadi kemerahan.
Tangki zat yang mengandungi kesemua zat Makro & Mikro (selain Kalsium/zat Besi)
Tangki Asid - Ianya diasingkan untuk persediaan sekiranya perlu mengubah pH larutan baja jika pHnya didapati terlalu tinggi.
___________________________________________________________________
ALATAN KERJA
I. Sudip tangan II. Serampang tangan
1. Serampang- digunakan untuk menggembur tanah
2. Sudip tangan- digunakan untuk menyodok dan mengaul medium/tanah
3. Penapis- untuk menapis bahan-bahan yang tidak diperlukan dan menghaluskan medium
4. Penyiram- digunakan untuk menyiram tanaman
5. Sketuar- digunakan untuk mecantan ranting dan dahan kecil
Sketuar
Penapis
Penyiram
BAHAN-BAHAN
I. Pasu II. Beg poli hitam
Tapak semaian
Beg poli hitam
Pasu
Hormor pengakaran
Baja
Racun
Jenis baja yang digunakan I. Baja kimia II. Baja organik ( najis haiwan )
PEMBIAKAN TANAMAN
Tanaman dibiakkan dengan tujuan seperti :
membanyakkan anak benih dan baka tanaman
memelihara spesis tanaman
memelihara alam sekitar
mendapat keuntungan hasil jualan
Jenis-jenis pembiakan tanaman adalah
a. Pembiakan seksMembiakkan tanaman dengan menggunakan biji benih
b. Pembiakan aseksMembiakan tanaman tanpa menggunakan biji benih
membiakkan dengan menggunakan keratan daun
membiakkan dengan menggunakan keratan batang
membiakkan dengan menggunakan akar
membiakkan dengan menggunakan rumpun
PROSES PEMBIAKAN
anak benih daripada beg poli perlu dipindahkan ke dalam pasu apabila besar
PENYEDIAN MEDIUM
1. Nisbah Campuran
Medium semaian menggunakan nisbah campuran yang diperkenalkan oleh John Innes
bahan yang digunakan ialah tanah loam, bahan organik dan pasir sungai
Bahan organik adalah najis haiwan seperti lembu, ayam dan kambing
Bahan organik atau kompos amat baik digunakan kerana ia dapat
mengekalkan kelembapan medium
membaiki struktur tanah dan saliran
mengurangkan kepadatan tanah
lebih mesra alam dan bebas kesan bahan kimia
Nisbah medium semaian ialah 2:1:1 iaitu 2 tanah loam, 1 bahan organik atau kompos dan 1 pasir sungai
Nisbah medium tanaman ialah 3:2:1 (atau 7:3:2) iaitu 3 tanah loam, 2 bahan organik atau kompos dan 1 pasir sungai
Semua bahan hendaklan ditapis dan digaul sehingga rata
2. Kompos Kompos ialah bahan organik yang telah cukup reput
Bahan campuran medium adalah terdiri daripada I. Tanah loam II. Bahan organik III. Pasir sungai
KERATAN BATANG
Keratan batang boleh dibahagikan kepada 3 bahagianI. Bahagian batang keras II. Bahagian batang sederhana keras III. Bahagian batang lembut
1. Jenis keratan
Bahagian keras
Hendaklan dibuang semua daun
Bahagian sederhana keras
Hendaklah dibuang semua daun kecuali daun paling atas sekali
Bahagian lembut
Hendaklah dibuang daun bahagian bawah sahaja
2. Langkah-langkah penyediaan keratan batang
Pilih batang yang sesuai dan berkeadaan baik
Kerat dengan menggunakan sketuar
Buang daun-daun yang tidak diperlukan
Kerat batang kepada beberapa bahagian
Celupkan hujung keratan ke dalam hormon pengakaran
Cucuk ke dalam medium di tapak semaian atau beg poli hitam
Siram dan letakkan ditempat yang teduh
3. Jenis tanaman keratan batang
Batang keras - Alamanda kuning, Bunga raya, bunga ros dan bunga kertas
I. Bunga ra II. Bunga Alamanda kuning III. Bunga kertas IV. Bunga ros
Semaian keratan batang boleh dibuat di dalam i. tapak semaian dan ii. Beg poli hitam

PENJAGAAN TANAMAN
1. Merumput
Merumput dilakukan dengan tujuan membuang pesaing tanaman
Rumput dan rumpai sekeliling batang pokok tanaman hendaklan dibuang dengan tangan atau dengan menggunakan alatan yang sesuai seperti serampang tangan
Rumput hendaklan dibuang untuk mengelakkan ia bersaing dengan tanaman

2. Menyiram
Tanaman berbatang lembut memelukan air yang lebih

Penyiraman dilakukan 2 kali sehari. Pagi dan petang
3. Menggembur
Mengembur dilakukan dengan tujuan untuk membaiki saliran
Mengembur akan membolehkan air dan udara memasuki rongga medium dengan segera

4. Membaja
Membaja dilakukan dengan tujuan untuk mengekal kesuburan tanaman dan membekalkan nutrien secara berterusan kepada tanaman
Membaja boleh dilakukan sekali dalam 2 minggu
Baja tiruan NPK (Nitrogen, Posforus, kalium) atau baja organik boleh digunakan
Membaja hendahkah dijauhkan sedikit daripada pangkal pokok
5. Pengawalan
Tanaman perlu dilindungi daripada musuh seperti serangga, siput dan kulat
Kawalan boleh dilakukan secara terus dengan membuang serangga atau menggunakan racun yang dibenarkan dan mengikut prosedur yang betul
I. Belalang II. Siput III. Kumbang

Saturday, May 10, 2008
TANAMAN HIASAN
PENGENALAN TANAMAN HIASAN
Tanaman hiasan ialah tanaman yang di tanam di kawasan persekitaran untuk menghiasi kawasan tersebut.Tanaman hiasan ini di tanam di dalam bekas seperti pasu, atau di tanam terus di atas tanah.Tanaman hiasan ada yang berbunga dan ada yang tidak berbunga.

Jenis-jenis tanaman hiasan

Ada pelbagai jenis tanaman hiasan yang di tanam sekitar rumah atau banggunan

Tanaman hiasan berbeza dari segi pokok, bentuk, warna dan jangka masa hayat.

Pokok Naungan - Pokok Naungan ditanam untuk memberikan teduhan suatu tempat. Contohnya Pokok Tembusu, Beringin, dan Angsana





Pokok renek - Pokok renek banyak mempunyai batang dan cabang. ContohnyaPokok Bunga Raya, Pokok Bunga Kertas dan Pokok Bunga Ixora.


Pokok palma - Contohnya Pokok Pinang Raja, Pokok Kelapa Gading dan Pokok Pingang Manila.
Pokok memanjat / menjalar - Contohnya Pokok Bunga Kembang Pagi dan Pokok Bunga Ros Jepun.



Pokok bunga semusim - Tanaman hiasan ini berbunga sekali sahaja. Contohnya Pokok Bunga Balong Ayam, Pokok Bunga Keembung, Pokok Bunga Matahari, Pokok Bunga Butang, dan Pokok Bunga Zinnia.Pokok bunga penutup bumi - Contohnya rumput, Arachis spp
Pokok kaktus - Contohnya Espestoa Lanata dan Cereus Peruvianus

Memilih Biji Benih Pokok Bunga Semusim

Pokok bunga semusim dibiakkan melalui biji benih.Biji benih ini diperoleh daripada induk yang telah matang. Ciri-ciri biji benih yang baik termasuklah:


Berisi
matang
berbentuk normal
tiada tanda serangan penyakit
tidak mempunyai sebarang kecederaan
benih matahari