Sunday, March 8, 2009

Mengelak Kemalangan

PANDUAN ELAK KEMALANGAN
SETIAP tahun puluhan ribu kemalangan jalan raya dicatatkan, terutama ketika musim perayaan
yang bukan saja menyebabkan kehilangan nyawa, malah turut menyebabkan kerugian harta
benda, bayaran ganti rugi oleh syarikat insurans, siasatan polis, kes mahkamahn serta tekanan
emosi di kalangan mangsa. Sebahagian kemalangan itu boleh dielak jika semua pemandu
mengambil langkah berjaga-jaga, termasuk memastikan keadaan kenderaan sentiasa sempurna,
terutama sebelum perjalanan jauh, mendapat rehat secukupnya sebelum memulakan perjalanan,
bersabar dan mematuhi peraturan lalu lintas. Kadang-kadang, hanya kerana mahu berjimat atau
suka bertanggung, tidak menukar tayar atau pad brek yang sudah haus menjadi punca
kemalangan maut, menyebabkan kehilangan orang tersayang. Menjelang musim perayaan yang
bakal tiba tidak lama lagi, berikut ialah sedikit panduan yang diharap dapat membantu pembaca
menjadi pemandu berhemah.
 SENTIASA memakai tali pinggang keledar ketika memandu dan tegaskan penggunannya kepada
penumpang.
 JANGAN memandu melebihi had kelajuan. Patuhi dan sentiasa kekalkan pemanduan pada had
kelajuan dibenarkan dalam apa jua keadaan.
 SENTIASA kekalkan jarak selamat antara kereta dengan kenderaan di hadapan. Jika memandu
ketika hujan lebat, kekalkan lebih jarak antara kereta dengan kenderaan di hadapan atau
belakang.
 KETIKA memandu, kita tidak dapat menjangkakan ada pemandu lain yang melakukan kesilapan.
Jangan bergantung kepada pengguna jalan raya lain untuk memastikan keselamatan anda

JANGAN pandang secara tepat lampu kereta dari arah bertentangan kerana ia menyilaukan mata. Pandu lebih ke
bahagian kanan dan menjadikan garisan putih sebagai panduan sehingga kereta bertentangan berlalu.
• SENTIASA peka dan berhati-hati jika sebuah kereta membelok dengan tiba-tiba untuk mengelakkan lopak air atau
lubang besar di jalan raya atau mengelakkan kon pembahagi jalan atau kereta rosak.
• MEMANDU dalam keadaan cuaca buruk terutamanya ketika hujan lebat sangat sukar. Tayar kereta mungkin hilang
kuasa tarikan pada permukaan jalan basah. Pandulah kereta dengan perlahan jika jalan dipenuhi air.
• KETIKA memandu di lebuh raya, sentiasa berjaga-jaga kerana pemandu lain mengubah lorong dengan tiba-tiba untuk
keluar.
• JANGAN biarkan emosi menguasai gaya pemanduan anda kerana ia menyebabkan keburukan dari kebaikan. Awasi
tahap panas baran ketika menggunakan jalan raya.
• ELAK memandu jika letih. Jika penat, berhenti dan keluar dari kereta seketika dan lakukan senaman ringan
menyegarkan badan atau berhenti menikmati secawan kopi yang pastinya membuatkan diri lebih segar dan peka.
• ANDA dinasihatkan memandu kenderaan diselenggara dengan baik. Periksa sistem penyejukan, sistem brek, tahap
cecair brek, tali sawat, tayar, minyak enjin, lampu dan pengilap cermin sekurang-kurangnya sekali setiap minggu.
• PERHATIKAN kereta di hadapan selama 15 hingga 20 saat atau lebih untuk melihat dan menyedari sesuatu situasi
merbahaya atau sebarang masalah bagi mengelakkannya, supaya anda boleh menekan brek dengan pantas.
• JIKA anda ingin mengubah lorong, sentiasa pandang ke belakang menerusi cermin supaya mendapat kelegaan dan
keyakinan berbuat demikian.
• PERIKSA keadaan tayar kereta anda. Pastikan tekanan angin mencukupi dan corak bunga tayar masih ada untuk
mendapat pemanduan serta cengkaman baik. Ia menjamin keselamatan anda ketika di jalan raya terutama sekali
sewaktu memandu dalam cuaca buruk.
• TEMPAT paling selamat untuk kanak-kanak ialah bahagian tengah tempat duduk belakang. Kanak-kanak yang berusia
lima tahun ke bawah haruslah ditempatkan dalam tempat duduk khas dan dipasangkan tali pinggang keselamatan.

Friday, March 6, 2009

Reka Bentuk dan Teknologi
ASAS MEREKA BENTUK
Proses Mereka Bentuk
Mengenal pasti Masalah
Tiada produk di pasaran
Produk sedia ada terdapat kegagalan dan kelemahan
Produk sedia ada susah dikendalikan
Produk di pasaran besar dan berat
Produk sedia ada tidak praktikal dalam cuaca negara ini
Produk sedia ada mahal
Produk sedia ada tidak menjimatkan masa atau terhad penggunaannya
Mendapatkan maklumat dan mengumpul idea
Data dan maklumat yang diperolehi dengan
menyiasat
membaca
membuat lawatan
melayar internet
temuramah
Semua maklumat dan data hendaklah direkodkan dalam buku idea.
Buku idea ialah buku yang merekodkan tarikh, lakaran, senarai bahan, butir penemuan dan lain-lain perkara yang berkaitan
Menilai dan memilih idea yang terbaik
Kumpulkan semua idea dan lakarkan idea tersebut
Analisa dan pilih satu idea yang terbaik
Pembinaan (perlaksanaan idea)
Rancang carta aliran kerja
Pilih idea dan lakaran , sediakan bahan yang diperlukan
Tentukan bahan dan pengikat yang akan digunakan
Pasang setiap bahagian dan bahan dengan tepat dan kukuh
Pilih kemasan yang sesuai
Gunakan kemasan sewajarnya dan pastikan ia menarik
Pengubahsuaian
Pengubahsuian perlu dilakukan sekiranya
Terdapat beberapa bahagian produk tidak berfungsi
Keseluruhan produk tidak berfungsi
Terdapat bahagian produk tidak selamat dan berbahaya kepada pengguna
Ingin membuat penambahan kepada produk sedia ada
Ingin membuat tukaran bahan atau jenis pengikat
Pendokumentasian Satu laporan lengkap secara bertulis
Butiran Laporan mestilah mengandungi
Tajuk
Latar belakang
Objektif
Deskripsi projek
Rujukan
Lampiran
Faktor Reka bentuk
Fungsi» Berfungsi ­
Rupa bentuk» Menarik
Kesesuaian bahan» Mudah didapati
Kaedah Pembinaan » Tidak merumitkan » Tidak membazirkan masa
Ketahanan » Tahan ketika digunakan » Tahan ketika disimpan » Tidak mudah rosak, patah atau pecah
Kos produk» berpatutan
Kemasan» bersesuaian dengan penggunaan
Faktor Keselamatan» mesra pengguna dan mesra alam Tidak boleh mencederakan dan membahayakan pengguna
Faktor Kormersial» Boleh dipasarkan » Mampu manarik pembeli
Pencetusan Idea
Mengenal pasti Masalah
Mendapatkan maklumat dan mengumpul idea
melalui pembacaan
melayari internet
membuat lawatan dan kajian
Menilai dan memilih idea yang terbaik
Melakar
Tujuan Melakar membantu memperjelaskan rupa dan bentuk cadangan rekaan secara 3D atau 2D
Ciri-ciri Lukisan LararanLukisan lakaran dibuat dengan menggunakan pensil
Lukisan Lakaran yang baik haruslah mengandungi
maklumat bahan
ukuran panjang dan lebar
ukuran tinggi dan tebal
jenis penyambung yang digunakan
tarikh lakaran
Skala
Dimensi
Nama individu/kumpulan
Nama projek
Jenis lukisan lakaran
Lukisan Oblik
Lukisan 3 dimensi yang menggunakan 1 garisan mendatar dan 1 garisan serong bersudut 45º darjah sebagai paksi
Lukisan Isometrik
Lukisan 3 dimensi yang menggunakan 2 garisan tapak 30º darjah sebagai paksi
Lukisan perspektif
Lukisan yang didasarkan kepada suatu titik lenyap atau garis ufuk
JENIS BAHAN
Kecacatan kayu I. Meleding II. Melengkung III. Berspring IV. Berpintal V. Berpusar VI. Retak
Kayu
Jenis Kayu
Kayu Keras
Cengal
Kayu Lembut
Kayu Getah
Jelutung
Saiz Kayu
Papan Tebal»Tebal 38 mm - 100 mm» Lebar 150 mm ke atas » Panjang 3 m - 6 m
Papan Nipis» Tebal 10 mm - 38 mm» Lebar 76 mm ke atas» Panjang 3 m - 6 m
Kayu BerotiTebal 38 mm - 100 mm» Lebar 75 mm - 150 mm» Panjang 3 m - 4 m
Kayu Jerjak» Tebal 20 mm - 38 mm» Lebar 25 mm - 76 mm» Panjang 3 m - 6 m
Kecacatan Kayu
Meleding
Berspring
Berpiuh
Berpintal
Berpusar
Merekah
Ciri-ciri kayu
Boleh di dapati dalam pelbagai saiz
Mempunyai ira dan urat kayu yang menarik
Boleh dibina dengan pelbagai jenis tanggam
Boleh mengecut jika tidak dikeringkan dengan betul
Mudah diserang serangga perosak
Papan Lapis Papan Lapis terdiri beberapa lapisan kayu yang dipotong nipis disusun secara berselang-seli dan diglu dan dimampatkan bersama-sama melalui proses kilang
Papan lapis dijual dalam saiz yang besar seperti 4' x 8' dan digredkan berdasarkan ketebalan
Saiz : » panjang dan lebar = 2 440 mm x 1220 mm Tebal = dari 3 mm hingga 32 mm
Jenis : » Kalis air » Tidak kalis air
Kegunaan : Untuk membuat dinding bilik, perabot, pintu, rak dan kotak
Kelebihan : » Mudah dipotong» Tidak retak dan meleding» Kukuh dan tahan
Keburukan : » Mudah lekang apabila terkena air » Hanya boleh digunakan di dalam rumah
MDF Medium Density Fibreboard (MDF) ialah bahan komposit yang berasaskan serat kayu lembut dan kayu terbuang. Ia terhasil daripada proses pemampatan dan glu
Kegunaan : digunakan dengan meluas dalam industri perabot dan perumahan moden
Saiz : 2 440 mm x 1 220 mm
Kelebihan :
Tahan haba
Tidak retak
Tidak mudah bengkok dan meleding
Permukaannya lebar dan rata
Mounting Board Ia adalah sejenis kertas keras
Kegunaan
Saiz : Ketebalan 2 mm. Dijual dalam saiz 610 mm x 1 220 mm atau 610 mm x 910 mm
Kelebihannya : » Diwarnakan dengan warna-warna yang menarik » Mudah dilengkungkan » Mudah dipotong dan dibentuk
ALATAN TANGAN
Pembaris Keluli
Kegunaan : Mengukur dan memindahkan jarak
Saiz : 30 cm dan 15 cm
Binaan : Dibuat daripada keluli
Pita Pengukur
Kegunaan : Mengukur jarak
Saiz : 3 M dan 6 M
Sesiku L
Kegunaan :
Untuk membuat garisan lurus bersudut tepat
Untuk menguji kerataan
Untuk menguji ketepatan
Untuk menguji kepersegian
Saiz : Ditentukan mengikut panjang bilahnya
Binaan : Bilahnya dibuat daripada kelulu. Badan dibuat daripada kayu atau logam.
NT Cutter
Kegunaan : Untuk memotong papan lapis yang dinipis atau mounting board
Saiz :
Gergaji Tangan
Kegunaan : Untuk memotong kayu, papan, papan lapis dan MDF
Saiz: Ditentukan oleh panjang bilahnya dan bilangan gigi dalam setiap 25mm
Gergaji Puting
Kegunaan : Untuk memotong lurus kayu dan papan bersaiz kecil
Saiz: Ditentukan oleh panjang bilahnya
Gergaji Lengkung Halus
Kegunaan : Untuk memotong lengkung pada kepingan papan nipis dan papan lapis
Saiz : Ditentukan jarak antara mata gergaji dengan bingkai
Gergaji Besi
Kegunaan : Untuk memotong rod besi dan PVC
Saiz : Ditentukan oleh panjang
Gerudi Tangan
Kegunaan : Untuk membuat lubang di atas kepingan logam nipis dan papan yang nipis
Mata gerudi pintal digunakan bersama gerudi tangan
Mata Gerudi Pintal
Kegunaan : Untuk membuat lubang
Saiz : ditentukan oleh diameter
Gerudi Engkol
Kegunaan : Untuk membuat lubang di atas kayu ,kepingan papan dan papan lapis
Digunakan bersama dengan mata gerudi gerimit
Tukul Kuku Kambing
Kegunaan : Untuk mengetuk paku dan mencabut paku
Saiz : Ditentukan oleh berat kepalanya
Tukul Warington
Kegunaan : Untuk mengetuk paku kecil di tempat yang sukar
Ragum Kakak Tua
Kegunaan : Untuk mencabut paku
Gandin Kayu
Kegunaan : Untuk mengetuk hulu pahat atau menanggalkan cantuman papan projek
Kikir Parut
Kegunaan : Untuk mengikir dan membentuk hujung kayu
Apit G
Kegunaan : Mengapit papan projek pada meja ketika kerja memotong dan menggerudi
Saiz : terdapat dalam saiz seperti 1' dan 6'
MESIN GERUDI
MESIN GERUDI LANTAI
Kegunaan Mesin gerudi digunakan untuk menggerudi lubang pada kepingan kayu dan logam
Bahagian dan fungsinya
Penutup = Melindungi tali sawat dan takal
Suis = Menghidup dan mematikan motor
Bindu = Memutar mata gerudi
Mata gerudi = Membuat lubang pada kayu atau logam
Meja gerudi = Menempatkan ragum gerudi
Pelaras Meja = Melaraskan aras meja gerudi
Tuas Pemasuk = Menurunkan dan menaikkan bindu
Motor = Memutar bindu
Pengunci Bindu = Mengetatkan dan melonggarkan bindu
Ragum Gerudi = Memegang objek ketika kerja menggerudi
Peraturan Keselamatan ketika menggerudi
Penggunaan mesin hendaklah dilakukan oleh pelajar dengan pengawasan guru
Hanya seorang sahaja mengendalikan mesin
Pakai pakaian yang sesuai
Pakai gogal untuk melindungi mata
MESIN GERUDI TANGAN ELEKTRIK
Kegunaan:
Mengerudi lubang kayu atau kepingan logam
Bahagian dan fungsinya
Bindu = memegang dan memusingkan mata gerudi
Suis = menghidup dan mematikan motor
Pemegang = memegang dan mengendalikan mesin
Kabel = menghantar arus elektrik
Cara Menggunakannya
Mengerudi secara menegak
Menggerudi secara mendatar
BAHAN PEMASANGAN

Keterangan Gambar
I
Mata Gerudi Benam
II
Pemutar Skru Biasa/Rata
III
Pemutar Skru Philips
IV
Gunakan saiz mata pemutar yang tepat dan sesuai

keterangan Gambar
V
Menggerudi Engsel
VI
Skru Alur Rata, Kepala Benam dan Kepala Bulat
VII
Skru Philips


i. Paku Panel ii. Paku Kepala rata
Paku
Kegunaan : mencantum dua keping papan/kayu atau bahan lain kepada kayu
Saiz : ditentukan panjang batangnya
Jenis
Paku Kepala Rata
Kegunaan : untuk mencantumkan dua keping papan atau kayu
Saiz ditentukan oleh : Panjang
Apabila membeli paku nyatakan : jenis dan panjangnya
Paku Panel
Digunakan : untuk pembinaan perabot
Mempunyai kepala benam
Paku Payung
digunakan untuk memaku papan lapis dan kepingan zink
Kelebihan :Senang digunakan. Murah
Keburukan Sukar ditanggalkan. Papan mudah pecah dan retak
Skru
Digunakan : untuk memegang dan merapatkan kepingan kayu dan engsel
Jenis: Skru dibahagikan kepada beberapa jenis mengikut alur dan jenis kepala
Skru Alur Rata/Biasa
Skru Alur Philips
Skru Kepala Bulat
Skru Kepala Benam
Kebaikan skru :
Boleh ditanggalkan semula dan boleh digunakan ke atas kayu yang keras
Memberi cengkaman lebih kuat
Glu PVA
Digunakan : untuk melekatkan dua keping bahan secara kekal
kebaikan skru : Boleh digunakan ke atas dua bahan yang berbeza. Contoh MDF dengan Papan Lapis
PEMBINAAN PROJEK
Proses Mengukur Mengukur berdasarkan maklumat kertas projek
Proses Menanda Menanda ukuran panjang, lebar dan tebal
Proses Memotong Memotong kayu dan bahan kepada ukuran yang dikehendaki. Memotong kayu dan bahan kepada beberapa bahagian
Proses Membina dan Mencantum Membina tanggam dan mencantuk menggunakan bahan cantuman
i. Tanggam Lekap Palang
ii. Tanggam Lekap T
iii.Tanggam Temu
iv. Tanggam Temu
Membuat tanggam
Pilih tanggam yang sesuai
Ikuti langkah-langkah yang betul
Setelah siap pasang dan uji ketepatan dan kekuatan tanggam
Mengglu
Pilih glu yang sesuai dengan bahan yang digunaan
Pastikan bahagian-bahagian yang perlu telah dipasang
Biarkan bahagian yang diglu kering sekurang-kuarangnya satu hari semalam
Memaku
Gunakan paku yang sesuai , jika papan nipis paku yang kecil dan pendek
Menskru
Jika papan atau kayu tebal hendaklah ditebuk lubang dengan gerudi terlebih dahulu
Jika papan nipis hendaklah dibuat lubang pandu dengan menggunakan senggerek atau alat lain yang sesuai
KEMASAN PROJEK
I = Cat Licau II. Tepung Penyumbat III. Syelek IV. Cat Semburan V. Spirit
Bahan kemasan
Tepung Penyumbat
Kegunaan : untuk menyumbat liang-liang kayu
Kelebihan : cepat kering dan mudah digunakan
Cara menggunakannya : boleh dicairkan dengan menggunakan air dan turpentine
Cat Alas
Kegunaan : untuk menjadikan permukaan kayu lebih licin dan menjadi alas sebelum menggunakan cat licau
Kelebihan
Cara menggunakannya
Cat Licau
Kegunaan : untuk menutup liang-liang kayu dan kecacatan kayu disamping mencantikkan kayu dengan warna terpilih
Kelebihan :
Permukaan berkilau, licin dan mempunyai warna yang menarik
Memberi ketahanan dan perlindungan kepada kayu
Cara menggunakannya : Dilarutkan dengan turpentine dan di sapu dengan berus
Cat semburan
Kegunaan : untuk mengecat permukaan logam
Kelebihan : cepat kering dan mudah digunakan
Cara menggunakannya : goncangkan bekas cat. Semburkan dengan cara menggerakkan semburan secara berulang-ulang
Syelek
Kegunaan : untuk mecantikkan kayu dan melindungi permukaan kayu
Kelebihan : kos murah dan cepat kering
Cara menggunakannya : larutkan syelek dengan pelarutnya (spirit methil) dan sapukan ke atas permukaan kayu mengikut arah urat kayu
Tona kayu
Kegunaan : untuk mencantikkan kayu dan menyamakan warna ke atas produk yang dibuat daripada pelbagai jenis kayu
Kelebihan :
Mudah digunakan
Cepat kering
Masih kelihatan urat kayu
Setiap bahagian mempunyai warna yang sama
Lekar
Kegunaan : mencantikan permukaan kayu dan melindungi permukaan kayu
Kelebihan : tahan haba dan tahan calar
Cara menggunakannya : dilarutkan dengan 'thinner' . Disapu terus atas permukaan kayu atau atau lapisan syelek
pelekat (Fomika dan stiker)
Kegunaan : Untuk menutup permukaan kayu dengan corak yang cantik dan menarik
Kelebihan : memudahkan kerja pengemasan dan menutup kecacatan permukaan kayu
Cara menggunakannya : Disapukan glu dan diseterika di atasnya
Alatan kemasan
Kerta Las
Kegunaan : untuk melicinkan permukaan kayu
Cara menggunakannya : digunakan dengan bungkah kayu lalu digosokkan mengikut urat kayu. Mulakan dengan gred kekasaran kasar (3,2,1) dan disudahi dengan gred kekasaran yang halus (0, 00)
Pengikis
Kegunaan : untuk mengikis kotoran atau lebihan tepung penyumbat.
Cara menggunakannya : Gerakkan hujung mata pengikir mengikut arah urat kayu
Berus Syelek
Kegunaan : untuk menyapu syelek dan lekar
Cara menggunakannya : bersihkan berus dengan pelarut yang sesuai dan sapu syelek ikut arah urat kayu. Setelah selesai bersihkan semula dengan pelarutnya (contoh spirit methil) dan diikuti dengan air sabun dan keringkan.
Berus Cat
Kegunaan : untuk menyapu cat licau dan cat alas
Cara menggunakannya : cuci berus dengan pelarut dan sapukan berus ke satu arah mengikut arah urat kayu
Penjagaan berus
Berus yang selesai digunakan hendaklah di cuci dengan pelarus yang sesuai
berus syelek dicuci dengan spirit methil, berus cat dicuci dengan turpentine dan berus lekar dicuci dengan thinner.
Berus yang telah dicuci hendaklah digantung dalam tin atau peti untuk menggantung berus

ulam pegaga untuk rawatan tradisional
api-api untuk darah tinggi

DI BENGKEL

Wednesday, March 4, 2009

Gambar-gambar BIG Siri 3/09 - Aktiviti Kembara









BIG SIRI 03/09

Aktiviti Bina Insan Guru pendidikan khas dan pemulihan khas bertempat di Kem Tasik Biru
Cin Cin Jasin Melaka. Tarikh 2/6/09 hingga 5/3/09.







































Tuesday, March 3, 2009

Tugasan 1

  1. Sediakan Lakaran dan Lukisan Kerja untuk rekacipta yang anda pilih.Sediakan senarai bahan untuk projek yang telah anda pilih.

Selamat Datang ke blog Rosli Jasin.

Selamat datang ke blog Rosli Jasin.