Friday, February 10, 2012

Litar A.T

PENGENALAN

Litar elektronik memerlukan voltan arus terus untuk berfungsi. Arus terus merupakan arus yang mengalir dalam satu arah sahaja. Contoh bekalan arus terus ialah sel kering. Sebuah sel kering dapat membekalkan voltan arus terus sebanyak 1.5V. Sebuah litar asas arus terus, biasanya terdiri daripada bekalan voltan arus terus, suis, pengalir dan beban. Beban pada litar asas arus terus boleh terdiri dari perintang atau lampu. Rajah 1.1 menunjukkan sebuah litar asas arus terus.



Rajah 1.1: Litar Asas Arus Terus

1.1 SIFAT-SIFAT PENGALIR DAN PENEBAT

Pengalir adalah bahan yang boleh membenarkan pengaliran arus elektrik melaluinya dengan mudah. Biasanya, pengalir terdiri daripada logam. Pengalir yang baik biasanya mempunyai elektron valansi kurang daripada 4 elektronnya.
Contoh bahan pengalir adalah seperti di Jadual 1.1.

Jadual 1.1: Contoh Elemen Pengalir

Kumpulan

Elemen

Simbol

Bilangan Atom

Elektron valansi

Pengalir

Emas

Au

79

+1

Perak

Ag

47

+1

Kuprum

Cu

29

+1

Besi

Fe

26

+2

Aluminium

Al

13

+3

Sumber: Basic Electronics, (1987)

Daripada Jadual 1.1, jelas menunjukkan bahawa pengalir yang baik seperti emas, perak dan kuprum mempunyai elektron valansi +1 . Oleh itu, elektron valansi ini mudah digerakkan dari satu atom ke atom yang lain. Oleh yang demikian, pengalir mempunyai rintangan yang amat rendah dan kealiran yang sangat baik.
Rajah 1.2 menunjukkan struktur atom kuprum.



Rajah 1.2: Struktur atom kuprum

Penebat ialah bahan yang menghalang pengaliran arus elektrik melaluinya. Penebat boleh dikelaskan sebagai unsur bukan logam. Biasanya penebat mempunyai 8 elektron valansi. Ini menyebabkan atom tersebut stabil dan elektronnya susah digerakkan dari orbit valansi. Keadaan ini menyebabkan penebat mempunyai rintangan yang sangat tinggi dan ini menyebabkan tiada arus elektrik dapat mengalir melaluinya. Penebat diguna sebagai pelindung pengalir. Ini boleh mengelakkan pengalir daripada memintas sesama sendiri. Contoh penebat ialah kaca, mika, getah, seramik, plastik dan kayu.


1.2.1 Arus

Arus elektrik ialah pergerakan elektron bebas di antara atom-atom. Unit pengukuran arus elektrik ialah ampere (A). Satu ampere bersamaan satu coulomb cas elektrik yang bergerak melalui satu titik dalam satu saat. Di sini, satu coulomb(Q) cas bersamaan dengan 6.25 × 1018elektron.

Formula untuk menentukan cas ialah

I =Q/t

Di sini, I adalah mengaliran arus, Q ialah cas elektrik dan t ialah masa dalam saat.

Simbol arus ialah I dan unitnya adalah ampere (A).

Contoh:
Kira jumlah cas apabila arus elektrik 2A mengalir dalam masa 5 saat.

Q=It

= 2A x 5s

= 10 coulomb

1.2.2 Voltan

Voltan ialah tenaga keupayaan yang membolehkan arus mengalir dalam litar. Tenaga keupayaan ini dipanggil daya gerak elektrik. Daya gerak elektrik memberi tekanan berbentuk medan elektrik hingga menyebabkan arus mengalir melalui beban dalam litar. Arus akan mengalir dari titik tekanan tinggi ke titik tekanan rendah.

Daya gerak elektrik dan beza upaya diukur dalam unit volt. Simbolnya adalah V.

1.2.3 Rintangan

Rintangan merupakan kuantiti yang menghadkan pengaliran arus elektrik dalam sesuatu litar. Jumlah pengaliran arus dalam litar adalah bergantung kepada nilai rintangan yang terdapat pada litar tersebut. Rintangan yang rendah dalam litar membolehkan pengaliran arus yang tinggi manakala rintangan tinggi membenarkan pengaliran arus yang rendah.

Kita juga harus ingat bahawa pengalir yang panjang akan menghasilkan rintangan yang lebih daripada pengalir yang pendek.

Unit bagi rintangan ialah ohm (Ω). Simbolnya ialah R.

1.3 LITAR ASAS ELEKTRIK

Subtopik ini menjelaskan litar asas elektrik yang menyentuh hukum ohm, litar siri, litar selari dan litar siri-selari.

1.3.1 Hukum Ohm

Hukum Ohm diperkenalkan oleh George Simon Ohm. Beliau merupakan seorang ahli fizik Jerman. Dengan menggunakan hukum Ohm kita boleh menentukan nilai arus, voltan, rintang dan kuasa dalam sesuatu litar arus terus.

Takrif Hukum Ohm

Hukum Ohm menyatakan bahawa arus (I) yang mengalir melalui beban dalam litar adalah berkadar terus dengan voltan (V) manakala berkadar songsang dengan rintang (R) beban.

Hukum Ohm dirumuskan sebagai V = I ´ R.

I

Arus yang mengalir dalam litar

V

Voltan dalam litar

R

Rintangan dalam litar

Untuk memudahkan menghafal formula Hukum Ohm, kaedah berikut boleh digunakan. Untuk menentukan nilai voltan (V) tutup pada huruf V. Maka V = I × R.


Contoh:
Kira jumlah voltan yang susut pada perintang 100 apabila arus yang mengalir melalui perintang ialah 2 A.

Penyelesaian:


Untuk menentukan arus (I) tutup pada huruf I. Maka

http://lms.oum.edu.my/e-content/HBLS3203SMP/content/07173211hbls3203_live/topik1/grafik1/1.3.1.c.jpg


Contoh:
Kira nilai arus yang mengalir melalui perintang 20Ω jika voltan yang susut pada perintang tersebut adalah 10 V.

Penyelesaian:


Untuk menentukan arus (I) tutup pada huruf I. Maka

http://lms.oum.edu.my/e-content/HBLS3203SMP/content/07173211hbls3203_live/topik1/grafik1/1.3.1.f.jpg


Contoh:
Jika punca bekalan adalah 12 V, arus yang mengalir melalui perintang ialah 2 A. Berapakah nilai rintangan tersebut?

Penyelesaian:


1.3.2 Litar Siri

Litar siri ialah keadaan beberapa perintang disambung secara sederet antara satu sama lain. Ini menyebabkan arus yang mengalir dalam litar tersebut adalah sama pada setiap titik. Oleh itu, jumlah voltan yang susut adalah bersamaan:

Vj = V1 + V2 ........ + Vn

Contoh litar siri adalah seperti di Rajah 1.3.



Rajah 1.3: Litar siri

Contoh:
Rajah 1.3 menunjukkan sebuah litar perintang disambung sesiri. Hitungkan nilai:

  1. Jumlah rintangan;
  2. Arus yang mengalir dalam litar; dan
  3. Voltan susut merentas R1 dan R2.

Penyelesaian:

Diberi: R1 = 30Ω

R2 = 70Ω

Vs = 20 V

  1. Jumlah rintangan bersamaan:
  2. Arus yang mengalir dalam litar:
  3. Voltan susut di R1



    Voltan susut di R2

    http://lms.oum.edu.my/e-content/HBLS3203SMP/content/07173211hbls3203_live/topik1/grafik1/1.3.2.d.jpg

http://lms.oum.edu.my/e-content/HBLS3203SMP/content/07173211hbls3203_live/tbl_icons/tbl_activity_left1.jpg

http://lms.oum.edu.my/e-content/HBLS3203SMP/content/07173211hbls3203_live/tbl_icons/tbl_activity_left2.jpg

AKTIVITI 1.3

http://lms.oum.edu.my/e-content/HBLS3203SMP/content/07173211hbls3203_live/tbl_icons/tbl_top_right.jpg

1. Lukiskan sebuah litar siri yang mengandungi 3 buah perintang. Di mana R1 = 100, R2 = 120, dan R3 = 220. VS = 20V.

2. Kira nilai arus dalam litar, jumlah rintangan dan voltan yang susut pada setiap perintang.

http://lms.oum.edu.my/e-content/HBLS3203SMP/content/07173211hbls3203_live/tbl_icons/tbl_bot_left.jpg

http://lms.oum.edu.my/e-content/HBLS3203SMP/content/07173211hbls3203_live/tbl_icons/tbl_bot_right.jpg

Pembahagi Voltan
Litar sesiri boleh digunakan sebagai pembahagi voltan dalam litar elektronik.



Rajah 1.4:
Susutan voltan di litar pembahagi voltan

Merujuk kepada Rajah 1.4, VR1 boleh ditentukan melalui terbitan berikut:

(i)


di mana

(ii)


gantikan persamaan (ii) ke dalam persamaan (i).

(iii)


(iv)


gantikan RJ = R1 + R2 ke dalam persamaan (iii), maka VR1 adalah,

http://lms.oum.edu.my/e-content/HBLS3203SMP/content/07173211hbls3203_live/topik1/grafik1/1.3.2.i.jpg



Rajah 1.5:
Litar pembahagi voltan

Merujuk kepada Rajah 1.5, hitungkan voltan yang susut merentas R1 jika VS bersamaan dengan 15 V.

Penyelesaian:

1.3.3 Litar Selari

Litar selari ialah beberapa perintang disambungkan merentasi punca bekalan. Dalam sambungan litar selari, nilai voltan susut merentasi perintang adalah sama bagi setiap perintang. Oleh itu, jumlah arus dalam litar bersamaan:

Ii = I1 + I2 ........ + In

Contoh litar selari adalah seperti di Rajah 1.6.



Rajah 1.6: Litar selari

Contoh:
Rajah 1.6 merupakan sebuah litar perintang yang disambungkan secara selari. Kira:

  1. Jumlah rintangan;
  2. Jumlah arus; dan
  3. Arus pada setiap cabang.

Penyelesaian:

Diberi: V1 = 10V,

R1 = R13Ω

R2 = 6Ω

  1. Jumlah rintangan bersamaan:


    Oleh itu, jumlah rintangan (RJ) adalah:
    RJ = 2Ω
  2. Jumlah arus bersamaan:

  3. Arus pada setiap cabang pertama:

  4. Arus pada setiap cabang kedua:

1.3.4 Litar Siri-Selari

Litar sambungan siri-selari merupakan gabungan daripda litar siri dan selari. Sebelum kita mengira nilai arus, voltan dan rintangan dalam litar, kita perlu memahami konsep dan ciri-ciri litar perintang siri dan selari.



Rajah 1.7: Litar siri-selari

Merujuk kepada Rajah 1.7, R2 dan R3 adalah bersambung secara selari manakala R1 bersambung sesiri dengan perintang R2 dan R3.

Arus IJ akan mengalir melalui R1 dan akan berbahagi dititik A menghasilkan I1 dan I2.

Bagi menentukan arus I1 adalah bersamaan dengan:




Di mana VAB = IJ × RAB

Gantikan persamaan (ii) ke dalam persamaan (i).

Maka IR2 bersamaan:

Contoh:
Merujuk kepada Rajah 1.7. Jika VS = 30V. R1 = 24 Ω, R2 = 40 Ω, R3 = 60 Ω. Kira:

  1. Jumlah rintangan dalam litar.
  2. Jumlah arus IJ dalam litar
  3. Voltan pada titik AB
  4. Arus pada I1 dan I2.

Penyelesaian:

  1. Kira nilai rintangan titik AB. Maka,



    Oleh itu, RJ bersamaan,

  2. Jumlah arus dalam litar.

  3. Voltan merentas titik AB

Arus I1



Arus I2


Tuesday, April 6, 2010

PERTOLONGAN CEMAS DAN KESELAMATAN DIRI
I Pengenalan I Prinsip PC I Asfiksia I Pendarahan I I Kecederaan Otot, Sendi dan Ligemen I Gigitan Serangga I I Keselematan Diri I Peti Pertolongan Cemas I I Sumber Bantuan Kecemasan I
Pengenalan
Bantumula atau pertolongan cemas adalah bantuan rawatan pertama yang diberikan kepada mangsa yang mengalami kecederaan atau kemalangan atau orang yang diserang oleh penyakit secara tiba-tiba. Setiap orang harus tahu cara memberi pertolongan cemas atau bantu mula. Bantuan yang diberikan mungkin melibatkan pengubahsuaian bahan-bahan yang ada pada masa itu.
Bagi kebanyakan kecederaan kecil, bantuan kecemasan yang diberikan mungkin sudah mencukupi. Kecederaan yang lebih serius pula memerlukan pemerhatian daripada orang yang lebih profesional dan rawatan lebih lanjut. Dengan adanya modul ini diharapkan dapat membantu peserta jika berlakunya sesuatu kemalangan dan kecederaan ketika pendidikan luar dijalankan.

Prinsip-prinsip Pertolongan Cemas

Matlamat Pertolongan Cemas
menyelamat nyawa mengurangkan atau melegakan kesakitan mencegah kecederaan daripada merebak atau menjadi lebih teruk
Memberi Pertolongan Cemas dalam kemalangan
o penilaian (assessment)
o bertenang dan bertindak untuk menyelamat
o jaga keselamatan diri dan mangsa
o hindarkan daripada keadaan yang membahayakan
o minta bantuan daripada orang yang berhampiran
o dianogsa atau pengenalan punca kesakitan (diagnosis)
Rawatan (treatment)
Menentukan mana-mana kecederaan yang lebih tenat atau serius, kemudian rawatan dengan cara yang betul.
Keutamaan
Bila terdapat lebih daripada seorang yang tercedera atau banyak luka pada seseorang, maka pertolongan cemas mestilah segera diambil yang mana keadaan diutamakan semasa memberi rawatan.
Perhatian
Jangan biarkan mangsa dikerumuni oleh orang ramai kerana akan menyebabkan mangsa menjadi rimas, risau, bimbang dan pengedaran udara akan berkurangan.
Tanggal atau longgarkan pakaian yang perlu sahaja.
Elakkan daripada memberi mangsa minum air jika.
· mangsa tidak sedarkan diri
· disyaki mangsa mengalami kecederaan dalaman
· jika memerlukan pembedahan
Dapatkan bantuan
o telefon ambulan - 999
o berikan keterangan tentang tempat kemalangan.

Asfiksia adalah satu keadaan di mana sistem pernafasan terhenti disebabkan oleh kekurangan oksigen di dalam darah dan tisu-tisu badan tidak dapat menerima bekalan oksigen yang mencukupi.
Punca-punca asfiksia.
o lemas
o keracunan gas dan asap yang merbahaya
o tersekat saluran udara - tergantung dan tercekik oleh makanan atau benda-
o benda asing lain.
o tersumbat saluran nafas oleh bantal, karung plastik, lidah tersentak ke dalam
o ketika tidak sedarkan diri.
o disambar petir atau kilat
o terhimpit dada - runtuhan tanah
o serangan penyakit
o termakan racun
Tanda-tanda
o pernafasan adalah pendek-pendek tetapi cepat, susah bernafas dan akhirnya terhenti
o bahagian bibir, jari-jari, muka dan telinga menjadi kebiru-biruan.
o kebanyakannya menyebabkan tidak sedarkan diri.
Peraturan Am Memulihkan asfiksia:
A - Airways (saluran Pernafasan)terbuka atau tersekat keluarkan bendasing seperti gigi palsu, rumput, tanah, bahan mentah daripada mulut jika ada.
B - Breathings (pernafasan) Boleh bernafas atau tidak jika pernafasan terhenti, beri bantuan pemulihan pernafasan dengan segera.
C - Circulation (peredaran darah) pastikan adakah denyutan nadi atau tidak jika tiada, lakukan pemulihan CPR (Cardio-pulmonary Resuscitation) (pemulihan pernafasan dan pemulihan jantung dari luar)
Jenis-jenis Pemulihan Pernafasan
o Pemulihan pernafasan mulut ke mulut
o Pemulihan pernafasan Holgen Nielson
o Pemulihan pernafasan mulut ke hidung
o Pemulihan jantung dari luar atau tekanan dada (External cardiac compression)
o Pemulihan kardio-palmonari (Cardio-Pulmonary Risuscitation) - CPR
Lemas di dalam air
Tindakan untuk menyelamat:
o jaga keselamatan diri
o usahakan menarik mangsa ke darat dengan tali / kayu
o lemparkan sesuatu objek yang boleh terapung seperti pelampung kepada mangsa yang masih sedarkan diri, kemudian tarikh mangsa ke darat dengan menggunakan tali yang terikat kepada objek itu.
o anda boleh juga menyelamat dengan berenang sekiranya anda seorang perenang yang baik.
Rawatan
o keluarkan air daripada perut atau paru-paru
o bersihkan mulut mangsa daripada benda-benda yang mungkin menghalang pernafasan
o mulakan bantuan pernafasan
o periksa pernafasan dan denyutan nadi
o jaga suhu badan mangsa supaya tidak mengalami hipotermia
o apabila bernafas semula, baringkan mangsa ke kedudukan pemulihan, pastikan ia dapat terus bernafas dengan sempurna. Hantar ke rumah sakit secepat mungkin jika keadaannya tidak memuaskan.


Pendarahan
Keluar darah daripada saluran darah yang tercedera. Ia boleh berlaku di bahagian luar atau dalam tubuh.
Jenis-jenis Pendarahan.
Pendarahan boleh dikatakan berpunca daripada arteri, vena kapilari.
Arteri memancut merah terang
kapilari menitis merah
vena meleleh perlahan merah tua
Tanda-tanda dan gejala-gejala
Apabila seseorang kehilangan darah yang banyak sama ada di bahagian luar atau dalam tubuh, ada beberapa tanda atau gejala dapat dikesan:
· denyutan nadi bertambah cepat serta lemah
· kulit sejuk, lembab, pucat dan berpeluh
· muka dan bibir kelihatan pucat
· pernafasan cepat, pendek dan tercungap-cungap
· mangsa berasa pening, pitam dan pengsan
· mangsa mungkin merasa dahaga
· berasa resah dan gelisah
· pendarahan banyak dan mungkin menyebabkan rejatan
Peraturan am bagi merawat luka yang banyak berdarah
o angkat tinggi bahagian yang berdarah untuk melambatkan pengaliran darah dan menolong mengurangkan darah mengalir keluar daripada tubuhnya.
Cara-cara menghentikan pendarahan
Hentikan Pendarahan Secara Langsung (direct pressure)
Bahagian ibu jari / jari-jari tekan dengan kuat di bahagian yang cedera ke atas pelapek atau kain kasa (gauze) selama 10 minit.Kemudian tutuplah pelapik dengan lapisan kapas dan ikat dengan pembalut yang ketat. Ia biasanya akan menahan darah itu daripada mengalir keluar. Jika pendarahan berjalan terus, jangan cabut pelapik tetapi letakkan pelapik tambahan dan balut sekali lagi.
Hentikan Pendarahan Secara Tidak Langsung (Indirect Pressure)
Jika pendarahan tidak dapat dikawal dengan tekanan secara langsung ke atas luka atau dalam keadaan di mana tekanan secara langsung tidak boleh digunakan, anda boleh gunakan tekanan secara tidak langsung pada titik tekanan (pressure point). Titik tekanan adalah satu tempat di mana saluran darah artei boleh ditekan ke tulang dengan rapat untuk menghalang pengaliran darah di kawasan itu.


Kecederaan Otot, sendi dan ligamen
Terseliuh Tanda-tanda dan gejala
o rasa kesakitan pada sendi itu
o bengkak
o lebam atau perubahan warna di bawah kulit sendi yang tercedera
rawatan
o letak beg ais pada sendi yang cedera
o tinggikan bahagian yang tercedera
o letakkan mangsa di dalam keadaan yang selesa
o ampu bahagian yang tercedera
o hantar ke hospital jika keadaan memerlukan
Terkehel
Tanda-tanda dan gejala
o rasa amat kesakitan pada sendi
o berubah kedudukan sendi
o berubah rupa
o bengkak
o lebam
rawatan
o jangan betulkan tulang yang terkehel
o anggota yang cedera tidak boleh digerakkan
o letakkan mangsa di dalam keadaan yang selesa
o ampu dan hantarkan ke hospital jika perlu.
Kejang Otot (cramp)
Sesuatu keadaan yang tidak sengaja datang dengan tiba-tiba dan sakit kerana otot tertarik dan tersimpul. Ia disebabkan oleh
a. kehilangan air yang berlebihan menyebabkan kekurangan garam dan cecair dalam tubuh b. sejuk kerana berenang
Rawatan:
Memanjangkan otot-otot yang kejang
· tangan - luruskan jari-jari dengan cermat
· jika kehilangan air yang berlebihan, berikan air yang bercampur dengan sukatan ¼ sudu the garam dengan satu gelas air

Gigitan dan Sengatan:
Gigitan ular
Tanda-tanda dan gejala
· bengkak dan lebam di bahagian yang digigit
· rasa kesakitan
· mangsa sukar bernafas dan bercakap
· renjatan (shock)
Rawatan
· Untuk menghindarkan terjadinya renjatan, tenangkan mangsa itu.
· baring dan nasihatkan mangsa agar bertenang
· jika pernafaan terhenti, mulakan pemulihan pernafasan
· bersihkan luka gigitan dengan sabun dan air dan keringkan
· ikat dengan ikatan ‘tourniquet’ atau ikatan yang erat di sebelah atas gigitan
· longgarkan ikatan selama 30 saat setiap 15 minit
· balut bekas gigitan dengan pembalut krep dengan ketat
· letakkan tuap dan balut seperti rawatan patah tulang
· hantar ke hospital jika perlu

Keselamatan Diri
Punca Kemalangan
· kelalaian dan kecuaian
· kurang pengetahuan
· kepenatan
Keselamatan di air
· mengetahui cara untuk menyelamatkan diri ketika kecemasan
· jangan berenang secara bersendirian
· hanya di kawasan yang dibenarkan sahaja
· mematuhi arahan dan peraturan yang ada
· tahu bagaimana menggunakan alat-alat bantuan
· menyedari kemampuan diri untuk berenang
· berenang dalam jarak yang selamat
· meminta pertolongan apabila benar-benar memerlukan
· jika dibawa aurs jauh daripada pantai jangan berasa cemas, jangan cuba menentang arus. Berenang selari dengan pantai apabila bebas daripada tarikan arus dan berenang balik ke arah pantai
· menjerit atau melambai meminta pertolongan jika tidak dapat membebaskan diri daripada arus yang kuat

Peti Pertolongan Cemas:
Senarai lengkap alatan dalam peti kecemasan
o plaster - berbagai saiz dan bentuk
o dreassing sterill - berbagai siaz
o kapas
o kasa sterill serta swab kasa
o dressing khas untuk kes terbakar
o bandage 3 segi
o bandage crepe penggulung
o pita lekat
o pad mata
o termometer
o gunting hujung tumpul
o penyepit
o pin penyelamat
o kertas tisu
o losyen antiseptik
o losyen kalamin
o beberapa jenis ubat seperti panadol, pil-pil rawatan
o lampu suluh
o pensil dan kertas



Sumber bantuan kecemasan

polis bomba hospital klinik pasukan sukarela penduduk setempat.

PERTOLONGAN CEMAS A. DEFENASI Bantuan permulaan atau rawatan pertama yang diberikan kepada sesaorang yang tercedera dalam sebarang kemalangan atau mengalami kecemasan atau sakit secara mengejut sebelum ketibaab ambulans, doktor atau pakar perubatan. B. PERINSIP PERTOLoNGAN CEMAS 1. Memastikan bantuan diberikan dalam persekitaran yang selamat. 2. Menyelamatkan nyawa. 3. Mengelakkan keceraan daripada menjadi bertambah teruk/serius. 4. Mempercepatkan pemulihan mangsa. 5. Mengelak mangsa daripad menjadi tidak sedar. 6. Menyakinkan dan menenangkan mangsa. C] PEMBERI PERTOLONGAN CEMAS HARUSLAH 1] Menilai situasi kecemasan a] Nilaikan kemalangan/keadaan yang ebrlaku dengan pantas dan tenang. b] Lihat dan awasi bahaya lain terhadap diri anda dan mangsa kecederaan. c] Jangan letakkan diri anda dalam sebarang bahaya. 2] Memastikan kawasan kecemasan selamat a] Lindungi mangsa kecederaan dari sebarang bahaya. b] Jangan cuba bertindk sendiri lebih dari kemampuan. 3] Meminta Bantuan Pastikan dengan segera pertolongan telah dipanggil/dihubungi dan dalam perjalanan sekiranya diperlukan. KEMALANGAN DI RUMAH a] Kekejangan pada kanak-kanak b] Luka/perdarahan c] Terbakar atau melecur d] Kecederaan Tulang, sendi atau otot e] Hidung berdarah f] Tercekik











FIRST AID KITHere's a checklist you can use for building your own first aid kit.
Plastic bandages
Transpore tape
Alcohol preps
Adhesive bandages
Micropore tape
Gauze
Extra large plastic bandages
Iodine prep pads
Fingertip bandages
Sterile pads
Antiseptic towelettes
Knuckle bandages
Antiseptic ointment
Ammonia inhalant
Sponge packs
Instant ice packs
Sterile eye wash
Elastic bandages
Eye pads
Safety pins
First aid cream
Bandage scissors
Tweezers
Butterfly bandages
Water tight utility box for contents
Burn gel to treat burns
Burn bandages
Adhesive spots
Extra large strips
Surgical tape
Sponges
Pain reliever






peti pertolongan cemas ~ wajib ada M





tanda orang tercekik


terlentangkan dan tekan dada dgn 2 jari


bayi tercekik - tepuk belakang bayi


rawatan orang tercekik

model yg tercedera

balutan tangan yg luka


model kepala yg luka



balutan luka kepala model





balutan sendi lutut


balutan luka kaki

Thursday, March 11, 2010


bergambar bersama sahabat dan guru

Thursday, September 10, 2009

PERTOLONGAN CEMAS / BANTU MULA

Definisi:

Pertolongan segera yang diberikan kepada pesakit dengan tidak mengira bangsa atau keturunan sebelum mendapat rawatan dari doktor atau pihak hospital.

Prinsip-prinsip pertolongan cemas:

  1. Menyelamatakan nyawa
  2. Mengurangkan kesakitan
  3. Mengelakkan daripada keadaan bertambah teruk
  4. Mendapat bantuan doktor atau menghantar pesakit ke hospital
Peraturan Am Pertolongan cemas:
  1. Memberi pertolongan kepada mangsa yang cedera teruk dahulu.
  2. Keutamaan kepada mangsa yang tidak sedar - menjaga, terutamanya pernafasan pesakit itu
  3. Jangan sekali-kali menanggalkan pakaian mangsa hanya sekadar melonggarkannya

  4. sahaja dgn tujuan untuk memudahkan pernafasan mangsa dan pembantu mula
    memerhatikan pergerakan pernafasan mangsa.
  5. Membuat pengurusan bagi menghantar mangsa ke hospital.
Tindakan serta merta pertolongan cemas:
  1. Menentukan pernafasan mangsa berkeadaan baik.
  2. Memberikan rawatan renjatan dengan segera.
  3. Cuba memberhentikan darah jika mangsa berdarah.
  4. Memberikan rawatan yang rapi dan sempurna .

  5. Arahan am untuk memberi rawatan bantu mula:

    Bertindak dengan cepat dan tenang. Dapatkan bantuan orang yang berhampiran untuk membuat panggilan ke polis, ambulans, keluarga dll.

    Bertindak berdasar DRABC [Danger Response Airways Breathing Circulation] iaitu:

  6. Keluarkan mangsa dari kawasan yang merbahaya [D]
  7. Pastikan mangsa bertindakbalas dengan memanggil mangsa atau bertanya dengannya jika mangsa sedar. [R]
  8. Pastikan mulut dan hidung mangsa tidak tertutup atau tersembut - jika ada keluarkan dan letakkan mangsa dalam kedudukan yang selesa [A]
  9. Pastikan mangsa bernafas dan jika tidak, lakukan EAR - External Air Resuscitation [B]
  10. Pastikan nadi mangsa berfungsi - semak di nadi karotid atau di leher [C], jika tidak lakukan CPR [Cardio Pulmponary Resuscitation].


  11. Teknik-Teknik RAWATAN Pertolongan Cemas

    Luka/Pendarahan

    1. Tekan kawasan yang berdarah dengan kain yang bersih sehingga pendarahan berhenti [darah membeku]
    2. Jika darah masih mengalir balut kawasan yang berdarah atau tambahkan tekanan ke atas kawasan yang luka
    3. Pastikan kawasan yang cedera berada dalam keadaan yang lebih tinggi dari jantung dan otak. Praktikkan teknik RICE.
    4. Tenangkan mangsa.
    5. Hantar mangsa dengan segera ke hospital.

    Keracunan

    Tanda-tanda:

  12. maklumat dari mangsa
  13. mangsa sakit dengan tiba-tiba
  14. kesan terbakar di sekeliling mulut atau bibir
  15. anak mata menguncup ke saiz mata jarum peniti.

  16. Rawatan:
    1. Larutkan racun dengan memberi segelas air atau susu jika mangsa sedar dan tiada tanda-tanda sawan. JANGAN beri minuman jika mangsa muntah.
    2. Simpan bekas racun bagi tujuan analisis.
    3. Segera hubungi hospital
    4. Jangan cuba meneutralkan racun tersebut dengan cuka atau air limau

    Terkejut

    Tanda-tanda:

  17. badan berpeluh
  18. pucat
  19. rasa nak pengsan
  20. resah
  21. nafas kerap tapi tipis
  22. kadar nadi bertambah tapi lemah

  23. Rawatan

  24. Baringkan mangsa
  25. Lembabkan bibir mangsa dengan air jika ia dahaga
  26. Jika tidak sedar, baringkan dalam posisi 'recovery'
  27. Jika sedar, baringkan secara terlentang dengan muka dipusing ke tepi dan kaki ditinggikan
  28. Selimutkan jika suhu badan menurun
  29. Segera hantar ke hospital

  30. Terbakar

    Klasifikasi terbakar
    1. First Degree - dipermukaan kulit sahaja
    a. Kemerah-merahan atau hilang warna
    b. bengkak sedikit dan rasa sakit
    c. cepat sembuh

    2. Second Degree - melibatkan hujung-hujung saraf
    a. merah
    b. ada tanda-tanda gelembung [blisters]
    c. bengkak yang nyata [beberapa hari]
    d. kulit basah akibat lelehan plasma yang keluar dari lapisan kulit yang rosak.

    3. Third Degree
    a. kerosakan tisu lebih dalam
    b. kemusnahan pada lapisan kulit luar
    c. tisu-tisu dalam dapat dilihat.

    Important!!!! Orang dewasa yang 15% permukaan badan dan kanak-kanak 10% permukaan badan terbakar perlu dimasukkan ke hospital

    Rawatan

  31. Sejukkan dengan serta merta dengan air sejuk
  32. tutup bahagian yang terbakar dengan air bersih
  33. baringkan mangsa
  34. jangan gerakkan bahagian yang terbakar
  35. beri minuman sedikit bagi mangsa yang sedar
  36. hantar segera ke hospital

  37. Melecur

    Rawatan

  38. sejukkan dengan air sejuk
  39. jika baju tidak melekat pada kulit dan masih lembab, tanggalkan pakaian
  40. rawat seperti mangsa terbakar

  41. Kejutan Elektrik

  42. putuskan hubungan elektrik
  43. periksa pernafasan, beri pemulihan pernafasan [EAR] jika pernafasan mangsa terhenti
  44. rawat bagi terbakar jika ada

  45. Terseliuh [dislocation]
    Kecederaan di bahagian sendi akibat daya dari luar yang kuat menyebabkan ligamen tertarik atau koyak. Kawasan kecederaan biasa di pergelangan tangan atau kaki serta lutut.

    Rawatan: RICE

  46. Rehatkan kawasan yang cedera [Rest]
  47. Letakkan ais yang telah dibungkus didalam kain ke tempat cedera [Ice]
  48. Balut tempat yang cedera [Compression]
  49. Tinggikan tempat cedera dari paras jantung [Elevation]
  50. Hantar ke hospital

  51. Ketegangan Otot
    Kecederaan apada otot akibat terregang berlebihan, akibat terlebih guna atau mengangkat benda yang berat. Tanda dan alamat - sakit yang tajam di tempat cedera dan diikuti dengan bengkak.

    Rawatan: RICE

    Terkehel
    Kecederaan di sendi yang melibatkan tulang terkeluar dari kedudukan asalnya. Biasanya di bahu, siku, jari dan rahang. Terkehel mungkin diikuti dengan patah tulang. Tanda-tanda: Sakit tidak boleh menggerakkan bahagian yang cedera, cacat bentuk anggota tersebut.

    Rawatan:
    1. Berikan rawatan renjatan.
    2. Jangan sekali-kali cuba memasukkan sendi yang terkeluar itu ke tempat asal.
    3. Jangan lakukan banyak pergerakan.
    4. Balut dengan padding atau anduh di tempat yang cedera.
    5. Hantar segera ke hospital.

Wednesday, August 19, 2009

Sejarah, Pengertian dan Definisi Konservasi

Pada mulanya, usaha pemantapan konservasi di dunia ini telah bermula sejak beribu tahun dahulu. Naluri manusia untuk mempertahankan diri, meneruskan kehidupan dan berinteraksi dengan alam dilakukan dengan pelbagai cara. Salah satu contohnya ialah berburu. Aktiviti ini telah dilakukan sejak sekian lama. Aktiviti berburu merupakan suatu kegiatan yang sihat sebagai alat untuk memenuhi keperluan hidup. Mereka berburu untuk mendapatan makanan, kulit untuk dijadikan pakaian ataupun sebagai satu hobi mahupun hiburan.
Di Asia Timur, konservasi sumber daya alam hidupan (KSDAH) dimulakan semasa pemerintahan Raja Asoka (252 SM). Pada masa itu diumumkan bahawa suatu pihak perlu melakukan sesuatu untuk melindungi hidupan liar. Perlindungan terhadap hidupan liar termasuk ikan dan hutan ini sangat penting. Sedangkan di Inggeris, Raja William I (1804 M) telah pun memerintahkan para pembantunya menyiapkan sebuah buku berjudul Doomsday Book yang berisi inventori dari sumber daya alam milik kerajaan.
Kebijaksanaan kedua raja tersebut dapat disimpulkan sebagai suatu bentuk konservasi sumber daya alam hidupan pada masa tersebut dimana Raja Asoka melakukan konservasi untuk kegiatan pengawetan. Manakala Raja William I melakukan pengelolaan sumber daya alam hayati atas dasar adanya data yang tepat. Namun dari sejarah tersebut, dapat dilihat bahawa sejak zaman dahulu, konsep konservasi telah ada dan diperkenalkan kepada manusia meskipun konsep konservasi tersebut masih bersifat konservatif dan eksklusif (kerajaan). Konsep tersebut adalah konsep kuno konservasi yang merupakan peneraju kepada konsep moden konservasi. Konsep moden konservasi menekankan pada usaha memelihara dan memanfaatkan sumber daya alam secara bijaksana.
Konservasi itu sendiri merupakan perkataan yang berasal daripada Conservation yang terdiri atas kata con (together) dan servare (keep/save) yang memiliki pengertian mengenai usaha memelihara apa yang kita punya (keep/save what you have), namun secara bijaksana (wise use). Idea ini dikemukakan oleh Theodore Roosevelt (1902) yang merupakan orang Amerika pertama yang mengemukakan tentang konsep konservasi.
Menurut Rijksen (1981), konservasi merupakan suatu bentuk evolusi kebudayaan. Pada masa duhulu, usaha konservasi lebih buruk dan sangat lemah daripada sekarang. Konservasi dapat dilihat dari segi ekonomi dan ekologi. Konservasi dari segi ekonomi bererti cuba memperuntukkan sumber daya alam untuk sekarang. Manakala dari segi ekologi, konservasi merupakan peruntukan sumber daya alam untuk sekarang dan masa yang akan datang.
Apabila merujuk pada pengertiannya, konservasi didefinisikan dalam beberapa bahagian, seperti berikut :
1. Konservasi adalah menggunakan sumber daya alam untuk memenuhi keperluan manusia dalam jumlah yang besar untuk satu jangka masa yang lama (American Dictionary).
2. Konservasi adalah peruntukan sumber daya alam antara waktu (generasi) yang terbaik atau menguntungkan (optimum) secara sosial (Randall, 1982).
3. Konservasi merupakan pengurusan udara, air, tanah dan mineral ke organisma hidup termasuk manusia sehingga dapat meningkatkan kualiti kehidupan manusia. Ia termasuk dalam kegiatan pengurusan, tinjauan, penelitian, pentadbiran (administrasi), pengawetan (preservasi), pendidikan, permanfaatan dan latihan (IUCN, 1968).
4. Konservasi adalah pengurusan penggunaan kawasan bumi di mana wujudnya hidupan (biosfera) oleh manusia sehingga dapat memberikan atau memenuhi keuntungan yang besar dan dapat diperbaharui untuk generasi-generasi yang akan datang (WCS, 1980).


Memelihara kemasukan optimum aliran tenaga dari matahari melalui pertumbuhan dan aktiviti haiwan dan tumbuhan

Memelihara kebolehan alam tumbuhan mencapai klimaks/kemuncak

Memaksimumkan aliran tenaga pada iklim dan keadaan fizik tertentu

Memelihara populasi binatang yang telah beradaptasi dengan peringkat kebolehan tumbuhan tertentu

Komuniti terganggu?

Ya

Pengurusan

Tidak

Pengawetan

Kawasan Berlindung/ Menumpang/Suaka Alam

Kawasan Pelestarian/Pemapanan Alam
Rajah 1.1

Secara keseluruhan, Konservasi Sumber daya Alam Hidupan (KSDAH) adalah pengelolaan sumber daya alam hidupan yang dimanfaatkan secara bijaksana untuk menjamin kesinambungan persediaannya dengan tetap agar dapat digunakan untuk masa sekarang dan akan datang. Konsep ini juga memelihara dan meningkatkan kualiti nilai dan kepelbagaiannya. Prinsip dasar konservasi ini dapat digambarkan melalui rajah 1.1.
KSDAH ataupun konservasi biologi pada dasarnya merupakan bahagian ilmu dasar dan ilmu terapan yang berasaskan pada pelestarian kemampuan dan penggunaanya secara serasi dan seimbang. Tujuan konservasi adalah untuk mewujudkan kelestarian sumber daya alam hidupan serta kesinambungan ekosistemnya sehingga dapat lebih menjayakan usaha peningkatan kesejahteraan masyarakat dan mutu kehidupan manusia.
Bagi tujuan tersebut, pelbagai strategi dan juga cara perlaksanaan perlu dilakukan. Kegiatan konservasi mestilah dilaksanakan secara bersama oleh pemerintah dan masyarakat, mencakupi masyarakat umum dan swasta. Strategi konservasi nasional telah dirumuskan ke dalam tiga perkara mengikut kaedah pelaksanaannya, iaitu :

1. Perlindungan sistem penyangga kehidupan (PSPK)
a. Penetapan wilayah PSPK.
b. Penetapan pola dasar pembinaan program PSPK.
c. Peraturan cara permanfaatan wilayah PSPK.
d. Peraturan penggunaan dan pengelolaan tanah dalam wilayah PSPK.
e. Peraturan maksimal perusahaan di perairan dalam wilayah PSPK.
2. Pengawetan pelbagai jenis tumbuhan dan haiwan beserta ekosistemnya
a. Pengawetan pelbagai tumbuhan dan haiwan beserta ekosistemnya
b. Pengawetan jenis tumbuhan dan haiwan (in-situ dan eks-situ konservasi).
3. Penggunaan secara lestari sumber daya alam hayati dan ekosistemnya.
a. Permanfaatan keadaan lingkungan kawasan pelestarian alam.
b. Permanfaatan jenis tumbuhan dan haiwan liar (dalam bentuk : pengkajian, penelitian dan pengembangan, perdagangan, perburuan, peragaan, pertukaran, amalan (budidaya)).
Kawasan pelestarian alam ataupun kawasan dilindungi ditetapkan oleh pemerintah berdasarkan pelbagai kriteria yang sesuai dengan kepentingannya. Hampir di setiap negara mempunyai kriteria/kategori sendiri untuk penetapan kawasan dilindungi. Setiap negara mempunyai tujuan yang berbeza dan cara yang mungkin berbeza juga.
Namun diperingkat antarabangsa seperti Commission on National Park and Protected Areas (CNPPA) iaitu suruhanjaya untuk taman negara dan kawasan dilindungi yang berada di bawah IUCN memiliki tanggungjawab khusus dalam pengelolaan kawasan yang dilindungi secara umum di dunia, sama ada untuk kawasan daratan mahupun perairan.
Sebanyak 124 negara di dunia telah menetapkan sekurang-kurangnya satu kawasan koservasi sebagai taman negara (bentuk kawasan dilindungi yang popular dan dikenali). Walau bagaimanapun dasar penetapan, peringkat perlindungan yang sah dan tujuan pengelolaannya di negara masing-masing adalah berbeza.
Jika suatu negara tidak memiliki kawasan dilindungi yang khusus kerana sukar untuk memenuhi piawai yang ditetapkan, maka mereka boleh mengelola kawasan alternatif seperti hutan produksi/pengeluaran yang diubah sebagai kawasan dilindungi sehingga penurunan/pengurangan plasma nutfah (air mani) dapat ditekan.
Kategori pegelolaan harus dirancang agar manfaatnya seimbang dan tidak lebih mementingkan salah satu fungsi dengan meninggalkan fungsi yang lain. Berikut ialah pertimbangan yang harus dilakukan dalam kategori penetapan kawasan dilindungi:
a. Ciri khas kawasan yang didasarkan pada kajian ciri-ciri biologi dan ciri lain serta tujuan pengelolaan.
b. Kadar perlakuan pengelolaan yang diperlukan sesuai dengan tujuan pelestarian.
c. Kadar toleransi atau kerapuhan ekosistem atau spesies yang terdapat di dalamnya.
d. Kadar penggunaan kawasan yang sesuai dengan tujuan peruntukan kawasan tersebut.
e. Tingkat permintaan pelbagai jenis penggunaan dan mudah melaksanakan pengelolaan.
Secara umum, ciri-ciri suatu kawasan ditetapkan sebagai kawasan dilindungi adalah :
1. Ciri keunikan ekosistem, misalnya ekosistem hutan hujan dataran rendah, fauna endemik, ekosistem pegunungan tropika, dan lain-lain.
2. Spesis khusus yang diminati, mencakupi nilai/potensi dan terancam, misalnya bersabit dengan habitat jenis haiwan seperti badak, harimau, beruang, dan lain-lain.
3. Tempat yang memiliki pelbagai spesies yang bernilai tinggi.
4. Lanskap/ciri geofizik yang bernilai estetik, dan penting untuk ilmu pengetahuan misalnya glasier, mata air panas, kawah gunung berapi dan lain-lain.
5. Tempat yang berfungsi sebagai perlindungan hidrologi, tanah, air dan iklim mikro.
6. Tempat yang berpotensi untuk pengembangan rekreasi alam, penjelajahan dan pelancongan, misalnya danau, pantai, pegunungan, haiwan liar yang menarik, dan lain-lain.
7. Tempat peninggalan budaya / lagenda / sejarah, misalnya candi, galian purbakala, situs, dan lain-lain.
Secara umum, tujuan utama dari pengelolaan kawasan dilindungi adalah :
1. Penelitian ilmiah.
2. Perlindungan daerah liar/rimba.
3. Pelestarian pelbagai spesies dan genetik.
4. Pemeliharaan jasa-jasa lingkungan.
5. Perlindungan fenomena-fenomena alam dan budaya yang khusus.
6. Rekreasi dan penjelajahan alam.
7. Pendidikan (lingkungan).
8. Penggunaan lestari dari sumber daya alam yang berasal dari ekosistem alami.
9. Pemeliharaan ciri budaya dan tradisi.
Berdasarkan tujuan pengurusan tersebut, maka kawasan dilindungi dikelolakan dalam pelbagai kategori pengelolaan kawasan dilindungi. Kategori tersebut ditetapkan oleh IUCN (1994) sebagai berikut :
1. a. Perlindungan alam mutlak (strict nature protection)
b. Daerah liar/rimba (wilderness area)
2. Konservasi ekosistem dan rekreasi, misalnya taman negara.
3. Konservasi fenomena alam, misalnya monumen alam.
4. Konservasi melalui kegiatan pengurusan aktif misalnya kawasan pengelolaan habitat.
5. Konservasi menerangkan / menghuraikan alam, laut dan rekreasi.
6. Permanfaatan lestari ekosistem alam.
Kriteria umum bagi pelbagai kawasan yang dilindungi adalah :
1. Taman Negara, yaitu kawasan luas yang relatif dan tidak terganggu yang mempunyai nilai alam yang menonjol dengan kepentingan pelestarian yang tinggi, potensi rekreasi besar, mudah dikunjungi oleh pengunjung dan terdapat manfaat yang jelas bagi wilayah tersebut.
2. Perlindungan alam, umumnya kecil, dengan habitat rapuh yang tidak terganggu oleh kepentingan pelestarian yang tinggi, memiliki keunikan alam, habitat spesies yang jarang ditemui (langka) tertentu, dan lain-lain. Kawasan ini memerlukan perlindungan mutlak.
3. Haiwan margasatwa, secara umumnya kawasan yang berukuran sedang atau luas dengan habitat stabil yang relatif sempurna serta memiliki kepentingan pelestarian dari peringkat sederhana hingga tinggi.
4. Taman penjelajahan/pelancongan, kawasan alam atau lanskap yang kecil atau tempat yang menarik dan mudah dikunjungi pengunjung. Nilai pengekalan rendah atau tidak akan terganggu oleh kegiatan pengunjung dan pengelolaan yang berorientasikan rekreasi.
5. Taman buru, habitat alam atau semi alami berukuran sederhana sehingga besar, yang memiliki potensi haiwan yang boleh diburu iaitu jenis haiwan besar (babi hutan, rusa, sapi liar, ikan, dan lain-lain) yang populasinya cukup besar. Terdapat minat untuk berburu, kemudahan berburu yang memadai, dan lokasinya mudah dikunjungi oleh pemburu. Keadaan seperti ini mestilah memiliki kepentingan dan nilai pelestarian yang rendah yang tidak akan terancam oleh kegiatan perburuan atau pemancingan.
6. Hutan lindung, kawasan alami atau hutan tanaman berukuran sederhana sehingga besar, di kawasan yang curam, tinggi serta mudah terhakis. Penutup tanah berupa hutan adalah mutlak dan perlu untuk melindungi kawasan tadahan air bagi mencegah hakisan. Keutamaan pelestarian tidak begitu tinggi untuk diberi status perlindungan.

Taman NEGARA

Taman Negara didefinisikan sebagai kawasan pelestarian alam yang mempunyai ekosistem asli, dikelolakan dengan sistem zon/kawasan. Taman negara dimanfaatkan untuk tujuan penelitian, ilmu pengetahuan, pendidikan, menjadi tunjang kepada usaha/amalan yang memberi hasil, pelancongan dan rekreasi (Undang-Undang Nomor 5 Tahun 1990 tentang Konservasi Sumber daya Alam Hidupan dan Ekosistemnya).
Pembahagian zon meliputi zon inti, zon rimba dan zon permanfaatan intensif. Zon inti adalah zon yang paling peka kerana memerlukan perlindungan secara ketat. Pada dasarnya semua kegiatan dilarang dilakukan di dalam zon inti, kecuali penelitian dan usaha yang berbentuk program pendidikan konservasi yang telah diizinkan.
Zon rimba mempunyai tujuan utama sebagai tempat untuk pelestarian, tetapi tidak sekeras pada zon inti. Kegiatan ringan seperti mendaki, penjelajahan alam terbatas, pemulihan (rehabilitasi) dan pembangunan sarana / infrastruktur (jalan setapak, papan petunjuk, shelter, dan lain-lain) secara terbatas dapat dilakukan.
Zon permanfaatan intensif adalah zon yang diperuntukkan bagi kepentingan terutama penjelajahan alam, pendidikan lingkungan/sempadan, penelitian, dan lain-lain. Di dalam zon ini pembangunan sarana dan prasarana dibolehkan. Namun kegiatan yang dimaksudkan adalah dengan merujuk pada peraturan perundangan.
Taman Negara mempunyai kawasan hutan tadahan hujan dan ekosistem hutan alamnya memiliki peranan penting dengan pelbagai fungsi, di antaranya :
1. Sebagai wahana penelitian dan pendidikan lingkungan.
2. Mendukung pengembangan budidaya tumbuhan dan penangkaran haiwan.
3. Sebagai wahana kegiatan rekreasi dan eko-pelancongan.
4. Merupakan habitat bagi ‘plasma nutfah’, pelbagai jenis tumbuhan dan haiwan.
5. Pengatur sistem air dan iklim mikro serta sumber mata air.

Halangan Dalam
1. Pencapaian rendah, iaitu : keadaan fizik lapangan berupa topografi yang bergunung-ganang, jalan menuju kawasan sebahagian besar (berbatu), kemudahan pengangkutan umum sangat terbatas.
2. Sarana dan prasarana terbatas, iaitu meliputi sarana dan prasarana untuk kegiatan penjelajahan alam, pengamanan kawasan, mahupun untuk kepentingan penelitian/penyelidikan dan pengelolaan.
3. Sumber daya manusia (SDM) terbatas, terutama dari segi kualiti dan pembahagian di lapangan.
4. Penyebaran dan promosi kawasan konservasi masih belum optimum, sama ada untuk skala tempatan, negara mahupun antarabangsa. Termasuklah data, informasi dan material promosi belum pun tersedia dengan cukup.
5. Keadaan sistem sempadan di arena konservasi tidak jelas.
6. Peraturan yang bersifat teknik belum lengkap.

Halangan Luar
Taraf pendidikan dan kesadaran masyarakat masih rendah menyebabkan persepsi mereka tentang peranan dan kepentingan konservasi sebagai pelestarian alam masih terbatas.
2. Terbatasnya keterampilan dalam bidang profesional dan berpendidikan tinggi menyebabkan sebahagian besar masyarakat sekitar kawasan tergantung pada sumber daya hutan sebagai sumber ekonomi mereka. Hal ini selalu meningkatkan usaha pengambilan hasil hutan kayu dan bukan kayu secara haram.
3. Terdapat potensi lambang emas di sekitar dan di dalam kawasan perlindungan yang menarik minat masyarakat sekitar kawasan mahupun pendatang luar untuk melakukan kegiatan perlombongan emas secara berleluasa.
4. Secara tradisional, sebagian besar masyarakat di sekitar kawasan melakukan pemburuan haiwan liar di dalam kawasan hutan dan juga melakukan penebangan hutan.
5. Penyelarasan belum dilakukan secara optimum, dibeberapa peringkat terlibat seperti Pegawai Daerah, Jabatan Pelancongan, Pekerja Awam / swasta, Bahagian Perindustrian, Pertanian dan Perkebunan, Koperasi dan lain-lain.

Cara Mengatasi / Pengelolaan
Dengan memperhatikan potensi dan halangan yang ada agar kawasan perlindungan, pengawetan dan permanfaatan dapat diwujudkan dan berfungsi secara optimum maka landasan strategi pengelolaan dan pengembangan diarahkan kepada tiga aspek berikut:
1. Peningkatan Fungsi Ekologi, iaitu bagaimana pengelolaan dan pengembangan kawasan konservasi tetap mempertahankan kelestarian sistem penyangga kehidupan dan pengawetan keanekaragaman hidupan dan ekosistemnya.
2. Peningkatan Fungsi Permanfaatan, iaitu bagaimana pengelolaan dan pengembangan kawasan konservasi mampu mewujudkan kegiatan penjelajahan alam atau eko-pelancongan, kegiatan penyelidikan/penelitian dan pendidikan konservasi. Malah juga mampu mewujudkan amalan bermanfaat yang membawa hasil (budidaya) dengan tetap mempertahankan kelestarian dan ekosistem hutan.
3. Peningkatan Pembudayaan Masyarakat Sekitar, iaitu bagaimana pengelolaan dan pengembangan kawasan konservasi mampu meningkatkan peranan ekosistem yang harmoni dan kesejahteraan masyarakat sekitar.

USAHA PENGELOLAAN DI TAMAN NEGARA

Pemantapan Kawasan
Salah satu halangan yang cukup rumit yang dihadapi di kawasan konservasi adalah mengenai sistem sempadan kawasan yang masih belum jelas dan juga mengenai bentuk kawasan yang menyerupai jari-jari tangan manusia. Disebabkan bentuknya yang tidak teratur serta sistem sempadan yang belum jelas, merumitkan lagi usaha pengelolaan. Ketidakjelasan sistem sempadan sering menimbulkan konflik antara petugas pihak konservasi dengan pihak lain, baik dengan masyarakat mahupun dengan pihak swasta. Oleh kerana itu, dalam rangka pemantapan kawasan tersebut, maka dilakukan pelbagai usaha, seperti :
1. Pembinaan semula sistem sempadan, adalah penyusunan sempadan kawasan. Usaha dilakukan melalui kerjasama perhutanan dengan Pegawai Daerah dan melibatkan pula persetujuan masyarakat setempat.
2. Penyusunan Sempadan Zon, adalah penyusunan sempadan berdasarkan fungsi kawasan yang mencakupi zon inti, zon rimba dan zon permanfaatan intensif.
3. Mengkaji penentuan Kawasan Hutan dalam rangka cadangan perluasan kawasan konservasi.

Pengelolaan Sumber daya Alam
Usaha pengelolaan sumber daya alam mencakupi aktiviti penelitian/penyelidikan, inventori/senarai, pengawasan dan evolusi terhadap potensi flora, fauna dan ekosistemnya termasuk sumber daya air. Data potensi yang diperoleh dari kegiatan penelitian atau inventori tersebut dijadikan database untuk menyokong perkembangan Sistem Informasi Management (SIM) dan sekaligus untuk kepentingan dalam penentuan rencana dan kebijaksanaan pengelolaan.
Dalam rangka mengoptimumkan pengurusan sumber daya alam, maka pihak konservasi berusaha melibatkan dan bekerjasama dengan pihak-pihak lain yang bertanggungjawab seperti, Jabatan Perhilitan, Jabatan Perhutanan, Badan Pendidikan, yang berkait dengan kegiatan penyelidikan, cara pembangunan dan pengawasan. Di samping itu, pihak konservasi juga memberikan banyak kemudahan kepada pihak lain ( mahasiswa atau pengkaji ) yang ingin melakukan kegiatan di kawasan yang telah gazetkan sebagai kawasan perlindungan. Saranan dan prasarana untuk menyokong program penyelidikan telah mula dikembangkan, misalnya dengan membangunkan Institut Biodiversiti Jabatan Perhilitan yang dilengkapi dengan pelbagai peralatan makmal dan konservasi yang mencukupi. Demikian juga untuk penyelidikan ekosistem tajuk hutan, telah pelbagai tersedia kelengkapan.

Perlindungan dan Keselamatan
Perlindungan dan keselamatan adalah usaha untuk mencegah dan membasmi kerosakan flora dan fauna serta ekosistemnya akibat daripada gangguan kawasan. Gangguan kawasan konservasi yang disebabkan oleh perbuatan manusia seperti, penambahan kawasan, pencurian kayu, perburuan haram, dan lain-lain. Di samping itu, gangguan kawasan boleh disebabkan kerana hama dan penyakit atau akibat bencana alam.
Usaha pihak yang bertanggungjawab terhadap gangguan kawasan dilakukan dengan pendekatan secara kawalan dan bersifat menekan (menindas). Kawalan yang dilakukan merupakan tindakan pencegahan yang dilakukan melalui kegiatan operasi gabungan, rondaan rutin secara intensif, mengembangkan kawalan keselamatan, dan lain-lain. Manakala secara penindasan/hukuman (represif) pula, dilakukan melalui usaha penafian oleh pihak yang melanggar undang-undang secara langsung berdasarkan peraturan perundangan yang telah ditetapkan.

Pengembangan Penjelajahan Alam
Kawasan konservasi dengan segala potensi keindahan, kekayaan alam, dan budaya masyarakat setempat pada dasarnya memiliki nilai komersial yang tinggi sebagai objek penjelajahan. Dengan kata lain, usaha pengembangan penjelajahan alam konservasi menjanjikan kepuasan dan berpeluang membangun dan berkembang serta mampu menjadi pemacu utama pertumbuhan ekonomi dan sumber pendapatan bagi masyarakat di sekitar kawasan sekitar.
Kesan Buruk Akibat Pengabaian Konservasi ke Atas Alam Sekitar.
Pertanian
Penukaran tanah dari hutan kepada pertanian telah mengakibatkan berlakunya penebangan hutan secara meluas. Selain daripada mengurangkan jumlah hutan asal dan biodiversiti hutan dan hidupan liar, penebangan hutan juga turut menyumbang kepada hakisan tanah, pemendapan, kerosakan cerun dan tanah runtuh di Malaysia
Penebangan hutan yang berterusan dan kemusnahan hutan di kawasan tadahan air akan menjejaskan bekalan air dan kualiti sumber air, menjejaskan kemampuan pengambilan semula air bawah tanah dan menyebabkan lebih banyak banjir di kawasan tanah rendah.
Pembangunan pertanian menyokong US$30 bilion nilai jualan racun makhluk perosak setiap tahun diseluruh dunia. Kira-kira 40% daripada jumlah ini dibelanjakan di negara membangun untuk sebatian toksik seperti DDT, orgonofosfat dan organoklorin.
Menurut Repetto dan Baliga (1996), Malaysia merupakan salah sebuah negara yang paling banyak menggunakan racun makhluk perosak yang paling intensif di Asia. Jumlah racun makhluk perosak yang digunakan bagi setiap hekter tanaman untuk tahun 1992 dilaporkan 9.2 kilogram/hektar iaitu hampir sepuluh kali ganda jumlah yang digunakan di Thailand untuk tempoh yang sama.
Selain menimbulkan masalah pencemaran air akibat penggunaan secara intensif ini, rakyat Malaysia yang menggunakan penyembur serta operator mesin penyembur racun makhluk perosak akan menghadapi risiko akibat pendedahan terutamanya melalui kulit, apabila menggunakan peralatan yang tidak sempurna untuk mencampurkan atau menyembur racun makhluk perosak.


Perlombongan
Kekayaan ekonomi boleh dicapai dari pembangunan industri perlombongan dengan mengurangkan kerosakan kepada alam sekitar, tidak lebih daripada bentuk pembangunan lain. Kebanyakan operasi perlombongan menjalankan penilaian kesan alam sekitar.
Satu dasar berkaitan dengan galian telah pun dirangka untuk mengambil kira faktor alam sekitar melaui penggunaan bon prestasi dan langkah fizikal lain. Bagaimanapun, perlombongan skala kecil dan operasi kuari perlu diperbaiki segera terhadap pengurusan alam sekitar mereka.
Penyelidikan menunjukkan lombong emas skala kecil boleh mengganggu dengan tetap sumber air semula jadi, menyebabkan masalah pemendapan teruk di bahagian hilir operasi dan menyebabkan saliran lombong berasid. Tambahan pula, operasi perlombongan pasir di dataran serta tebusguna tanah dan lain-lain pembangunan di sepanjang pantai meningkatkan ancaman kepada ekologi marin. Terutamanya terumbu karang, hutan bakau dan rumput laut sepanjang pantai yang menjadi sumber perikanan.
Pengembangan kawasan perbandaran dan pembangunan industri secara langsung telah menyebabkan perubahan yang besar kepada ekosistem semula jadi berbanding dengan pembangunan hutan, perlombongan atau pertanian.
Isu alam sekitar berkaitan dengan perbandaran dan pembangunan industri, adalah lebih kompleks dan sering lebih sukar untuk ditangani, Ini termasuklah sisa buangan dan pembetungan, pemuliharan kawasan hijau di dalam perbandaran, maslah haba perbandaran serta pencemaran air dan udara.

Sisa buangan/pembentungan
Perkhidmatan pembentungan dan sisa buangan telah diswastakan di Malaysia untuk memperbaiki pengurusannya. Bagaimanapun, masih terdapat kebimbangan berkaitan dengan kesan alam sekitar daripada kemudahan ini. Di antaranya ialah kemungkinan pencemaran air bawah tanah di kawasan tapak pembuangan sampah lama majlis perbandaran dengan bahagian permukaan yang tidak sesuai serta pencemaran air sungai akibat pembuangan sisa kumbahan daripada penempatan dan kemudahan rawatan kumbahan yang tidak mencukupi.
Ketiadaan dasar untuk mewajibkan kitar semula dan kekurangan insentif untuk menggalakkan penggunaan semula melemahkan usaha majlis perbandaran untuk mengurangkan sisa buangan. Akibatnya beberapa kawasan pembuangan sampah secara terbuka akan meningkat dengan cepat dan risiko pencemaran air dan air bawah tanah mungkn juga akan meningkat.
Pembuangan industri telah menjadikan masalah toksik dan sisa buangan bahaya lebih teruk lagi. Masalah ini dan kesannya yang menjejaskan kesihatan manusia hanya dikenal pasti sejak awal 1990an. Masalah ini termasuklah pencemaran logam berat, nitrogen dan sulfur oksida, hidrokarbon petrolium, bahan partikel, polychlorinated, biphenyls (PCBs), sianida dan arsenik.
Pencemaran tanah dan air bawah tanah akibat pembangunan industri perlu dijelaskan dan diklasifikasikan dengan cara yang lebih sistematik di Malaysia. Dalam usaha untuk mengadakan kawalan sisa bahaya dan toksik yang berkesan, industri seharusnya diwajibkan menyimpan rekod jenis dan jumlah sisa buangan yang dihasilkan oleh mereka serta tarikh dan cara ia dilupuskan. Oleh kerana pembuangan sisa ini menelan belanja yang tinggi, memerlukan kemudahan khas dan kontraktor serta kontraktor kecil mereka seharusnya berhati-hati kerana insentif untuk menipu amat banyak.

Aktiviti lain
Keadaan suhu pada umumnya lebih tinggi di kawasan bandar kerana haba yang dikeluarkan oleh perumahan, pengangkutan dan industri serta termal dari bangunan dan jalan. Suhu pada waktu malam di persimpangan Jalan Ampang-Jalan Tun Razak di Kuala Lumpur di dapati meningkat kira-kira 4 darjah F antara 1972 dan 1980 akibat peningkatan jumlah lalu-lintas.
Suhu pada waktu malam juga berubah dalam 3-4 darjah juga direkodkan di kawasan perumahan. Kawasan perumahan lama dengan lebih banyak kawasan hijau dan pertumbuhan pokok didapati suhunya lebih sederhana berbanding dengan kawasan perumahan baru. Oleh sebab itu kepupusan kawasan hujau di bandar mestilah dihentikan segera.
Keperluan semasa di bawah Akta Perancangan Bandar dan Desa 1970 (Semakan 1995) untuk mengekalkan semua pokok dengan lilitan melebihi 80 cm dalam sebarang perojek pembangunan mungkin boleh menyumbangkan kepada keadaan kecil terhadap pemuliharaan kawasan hijau di bandar dan kawalan terhadap suhu di kawasan bandar.
Pencemaan udara di kawasan bandar merupakan salah satu contoh di Malaysia di mana ia telah melebihi paras kritikal dan dengan itu menjejaskan potensi pembersihan sendiri alam sekitar. Sumber utama pencemaran udara di Lembah Klang ialah kenderaan bermotor yang menyumbangkan kepada partikel karbon (PM-10). Sumber lain termasuklah pembuangan industri dan aktiviti pembinaan (JAS, 1993)
Perbandaran juga mempengaruhi paras jumlah partikel terampai (TSP) dalam udara (JAS, 1993). Selain sumber daripada luar sempadan dalam tempoh tertentu setiap tahun, sumber utama TSP ialah pembakaran secara terbuka daripada pembangunan perumahan dan pertanian. Pencemaran udara di Lembah Klang tidak akan diperbaiki melainkan langkah-langkah kawalan dilaksanakan dengan segera.
Hakisan Tanah
1 . Aktiviti-aktiviti pembinaan , perlombongan dan pembalakan yang tidak terkawal menyebabkan kawasan tanah terdedah . 2 . Kawasan tanah yang terdedah dihakis oleh angin dan air hujan .
Membunuh Haiwan Di Bawah Tanah
1 . Racun serangga yang disembur meresap masuk dan berkumpul dalam tanah . 2 . Haiwan yang hidup di bawah tanah mati akibat pengumpulan racun ini .
Menjejaskan Kesihatan
1 . Sampah-sarap yang dibuang di kawasan-kawasan lapang menjadi tempat pembiakan kuman penyakit. 2 . Tikus, lipas dan lalat tertumpu di kawasan ini dan menyebarkan kuman-kuman penyakit ke tempat-tempat lain. 3 . Jika makanan yang dihinggapi lalat atau dimakan lipas, kita mungkin diserang penyakit .
Kekurangan Tanah Subur
1 . Pembinaan rumah-rumah dan bangunan-bangunan menyebabkan kesusutan tanah. 2 . Manusia menghadapi kekurangan tanah subur untuk pertanian.
LANGKAH-LANGKAH MENGATASI PENCEMARAN ALAM SEKITAR
Untuk menyelamatkan alam sekitar daripada bahaya pencemaran, kita perlu mengambil langkah-langkah untuk mengatasi pencemaran. Di antara langkah-langkah yang diambil ialah :
( a ) mengharamkan pembakaran sampah-sarap di kawasan terbuka
( b ) menguatkuasakan undang-undang untuk mengawal pembebasan gas-gas beracun dari kilang-kilang dan kenderaan.
( c ) membina kilang-kilang jauh dari kawasan perumahan
( d ) mengawal aktiviti pembinaan, perlombongan dan pembalakan
( e ) menyedarkan orang ramai supaya menjaga kebersihan alam sekitar
( f ) menjalankan proses kitar semula bahan-bahan buangan.

Pengolahan Alam Hidupan
Mengolah Alam Hidupan Dengan Bertanggungjawab
1. Manusia mengolah alam sekitar dan hidupan untuk mendapatkan keperluan asas hidupnya (makanan, pakaian dan tempat kediaman) dan mendirikan tempat rekreasi.
2. Dalam usaha memenuhi keperluannya, manusia telah membuka hutan untuk pertanian, perumahan, industri perlombongan, membina empangan dan mengeringkan hutan paya bakau. 3. Aktiviti-aktiviti manusia ini menukar dan mencemarkan alam persekitaran serta menhapuskan habitat semula jadi, banyak spesies tumbuhan dan haiwan. Ini merupakan ancaman yang terbesar terhadap kemandirian hidupan liar.
4. Tumbuhan dan haiwan yang juga diolah untuk keperluan manusia seperti sukan, makanan, ubatan, kulit dan bulu turut susut bilangannya. 5. Beribu-ribu spesies tumbuhan dan haiwan menghadapi kepupusan kerana pupolasi mereka adalah terlampau rendah akibat aktiviti manusia. 6. Spesies tumbuhan atau haiwan yang terpupus akan hilang dari bumi ini selama-lamanya . Contohnya, burung dodo, harimau bali, dan harimau kaspia adalah diantara beribu-ribu hidupan yang telah pupus dari permukaan bumi.
7. Manusia perlu mengolah alam hidupan dengan lebih bertanggung jawab kerana kemandirian manusia juga berkait rapat dengan kemandirian tumbuhan dan haiwan.


Kepentingan Pemeliharaan dan Pemulihan Haiwan dan Tumbuhan
1. Makanan: manusia bergantung pada tumbuhan dan haiwan untuk makanannya. Masih banyak spesies tumbuhan dan haiwan yang belum diterokai tetapi berpotensi untuk membekalkan makanan kepada populasi manusia dunia yang semakin meningkat.
2. Ubat-ubatan: Semua ubat-ubat tradisi dan sebahagian besar daripada bahan kimia ubat moden diperoleh daripada haiwan dan tumbuhan. Masih terdapat banyak spesies tumbuhan dan haiwan yang belum sempat dikaji tetapi mempunyai potensi untuk merawat penyakit-penyakit seperti barah, AIDS dan sebagainya.
3. Sumber bahan mentah:
( a ) Kayu balak merupakan satu sumber yang sangat penting dalam pembinaan rumah dan perabot serta membuat kertas.
( b ) Hasil keluaran seperti kulit haiwan, madu, rotan, damar dan sebagainya berasal daripada tumbuhan dan haiwan.
4. Keseimbangan alam sekitar :
( a ) Tumbuhan dan haiwan memainkan peranan yang sangat penting dalam siratan makanan dan keseimbangan alam. ( b ) Tumbuhan hijau menolong mengekalkan kandugan gas oksigen dalam atmosfera yang perlu untuk haiwan dan manusia bernafas. Sebaliknya haiwan dan manusia membebaskan gas karbon dioksida yang diperlukan oleh tumbuhan dalam fotosintesis. ( c ) Tumbuhan menapis kebanyakan debu dalam udara serta menyerap gas kasbon dioksida dan dengan itu membantu mengawal pencemaran udara. ( d ) Tumbuhan memperlahankan aliran air hujan dan dengan itu mengelakkan banjir, hakisan tanah dan tanah runtuh daripada berlaku semasa hujan turun. ( e ) Tumbuhan melindungi permukaan bumi daripada sinaran langsung cahaya matahari, langsung mengurangkan penyejatan air dan membantu menyejukkan permukaan bumi.


5. Sumber air: Tumbuhan dalam hutan hujan merupakan kawasan tadahan air yang sangat penting untuk mengisi empangan dan membekalkan keperluan air kepada manusia.
6. Rekreasi: Kepelbagaian haiwan dan tumbuhan mengekalkan keindahan semula jadi alam sekitar untuk aktiviti riadah dan rekreasi manusia . juga ia menjadi satu daya tarikan kepada pelancong dan menyumbang kepada ekonomi negara .
7. Ekonomi: hasil keluaran tumbuhan dan haiwan seperti hasil tanaman, hasil tangkapan ikan, kayu balak, damar, ubat-ubatan, kulit dan sebagainya memberikan pendapatan kepada negara .
KEPUPUSAN HAIWAN DAN TUMBUHAN
1. Di Malaysia, pemusnahan habitat dan pencemaran alam sekitar mengancam banyak spesies hidupan ini adalah seperti : ( a ) Spesies tumbuhan yang dikenali dan belum dikenali dalam hutan hujan tropika (bunga pakma, orkid-orkid liar dan pisang liar). ( b ) Burung-burung (misalnya burung enggang, bangau dan helang bahu hitam). ( c ) Haiwan (misalnya tapir, harimau, badak Sumatera, orang utan, siamang, lutong dan ular sawa). ( d ) Serangga. ( e ) Penyu (misalnya penyu belimbing dan penyu hijau)
2. Contoh hidupan lain di dunia yang menghadapi kepupusan : ( a ) Panda gergasi hanya terdapat di satu kawasan kecil di China. Kini, terdapat kurang 200 ekor yang masih tinggal. ( b ) Gorila gunung Afrika Barat juga terancam dengan kepupusan kerana pemusnahan habitatnya akibat aktiviti pertanian serta diburu untuk bulu dan untuk dijadikan ubat-ubatan. ( c ) Ikan paus biru, haiwan yang terbesar, terancam dengan kepupusan kerana diburu untuk daging dan lemaknya.


Usaha Pemeliharaan dan Pemuliharaan Hidupan Liar 1 . Pemuliharaan hidupan liar ialah usaha pengurusan hidupan liar secara bijaksana supaya hidupan ini dapat dikekalkan untuk generasi yang akan datang. 2 . Sumber Bumi adalah terhad. Dengan penambahan populasi dunia, lebih makanan dan keperluan lain diperlukan daripada sumber hidupan liar. Pada masa yang sama, kita perlu mengekalkan spesies hidupan yang ada. 3 . Usaha-usaha pemuliharaan hidupan liar termasuk : ( a ) Mewujudkan kawasan hutan simpanan untuk memelihara hidupan liar . Contohnya, hutan dara, hutan simpanan, dan taman negara (T.N. Pahang; T.N. Kinabalu di Sabah; T.N. Bako, T.N. Mulu dan T.N. Niah di Sarawak). ( b ) Memindahkan tumbuhan yang diancami kepupusan untuk ditanam di kebun khusus atau aboretum dalam usaha pemeliharaan. ( c ) Melindugi hidupan liar di hutan paya bakau dengan mewujudkan hutan simpanan paya bakau , misalnya di Matang (Perak) dan Pulau Kukup (Johor). ( d ) Mendirikan pusat pembiakan haiwan yang terancam dengan kepupusan, seperti ikan dan penyu (di pantai timur), tuntung (Perak) dan orang utan (Sabah dan Sarawak). Pusat-pusat ini akan membiakkan haiwa -haiwan tersebut untuk dikembalikan kepada habitat asalnya. ( e ) Taman marin didirikan untuk melindungi hidupan laut . Taman-taman marin: Pulau Redang, Pulau Tioman, Pulau Paya, Pulau Perhentian dan Pulau Tinggi. ( f ) Mengisytiharkan hidupan yang terancam dengan kepupusan sebagai spesies terpelihara dan tiada siapa pun dibenarkan menangkap, menembak atau menjualnya. Antara spesies-spesies terpelihara ialah orang utan, siamang, kera, badak Sumatera dan harimau. ( g ) Menguatkuasakan undang-undang untuk melindungi hidupan liar. ( h ) Mengawal aktiviti pembalakan untuk mengurangkan kemusnahan habitat hidupan liar. ( i ) Penghutanan semul, iaitu menanam semula hutan dengan anak benih baru setelah pokok balak ditebang. ( j ) Pendidikan : Mendidik pelajar sekolah dan orang ramai tentang kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan hidupan liar. ( k ) Mengawal pencemaran sungai dan laut , memusnahkan habitat hidupan air.
BAHAGIAN PERUNDANGAN KONSERVASI ALAM
Enakmen Perlindungan Alam Sekitar 2002. Enakmen Perlindungan Alam Sekitar 2002 telah digubal pada 2002. Walaubagaimanapun, Enakmen berkenaan belum lagi dikuatkuasakan. Pada masa ini, Jabatan masih menguatkuasakan Enakmen Konservasi Alam Sekitar, 1996. Pengumuman lanjut akan diberikan kelak ke atas tarikh penguatkuasaan Enakmen Perlindungan Alam Sekitar, 2002
Enakmen Perlindungan Alam Sekitar (Pindaan) 2004. Enakmen ini dinamakan Enakmen Perlindungan Alam Sekitar (Pindaan) 2004 dan hendaklah mula berkuat kuasa pada tarikh yang akan ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta.
Enakmen Konservasi Alam Sekitar,1996. Enakmen Konservasi Alam Sekitar telah digubal pada tahun 1996, dan dikuatkuasakan pada 1 Ogos 1998 secara serentak dengan penubuhan Jabatan. Enakmen tersebut seterusnya dipinda pada bulan April 1998. Pindaan lanjut telah dibuat sekali lagi pada bulan Ogos 1999 untuk memperkukuhkan dan memperkemaskan lagi beberapa peruntukan tertentu Enakmen, antaranya, memperuntukan hukuman yang lebih berat kerana menyebabkan degradasi alam sekitar yang serius.
Kaedah-Kaedah Konservasi Alam Sekitar (Mengkompaun Kesalahan-Kesalahan), 1999. Kaedah-kaedah mengkompaun telah dibuat di bawah Seksyen 22(bb) Enakmen Konservasi Alam Sekitar 1996 dan dikuatkuasakan pada 13 Mei 1999. Peraturan ini memberikan kuasa kepada Pengarah untuk mengkompaun kesalahan-kesalahan tertentu di bawah Enakmen.
Perintah Konservasi Alam Sekitar (Aktiviti-Aktiviti Yang Ditetapkan),1999. Perintah ini dibuat di bawah Seksyen 5 Enakmen Konservasi Alam Sekitar 1996 dan berkuatkuasa pada 1 September 1999. Perintah ini menghendaki EIA sebagai satu keperluan mandatori sebelum aktiviti-aktiviti yang tersenarai di bawah Jadual Pertama dilaksanakan.
Perintah Yuran Alam Sekitar 2002. Perintah ini dinamakan Perintah Yuran Alam Sekitar, 2002 dan hendaklah mula berkuatkuasa pada tarikh penyiarannya dalam Warta (13 Februari, 2003). Versi Bahasa Melayu dan Inggeris adalah dalam satu dokumen.