Friday, April 24, 2009

APA ITU KAEDAH HIDROPONIK?
HIDROPONIK ialah satu kaedah menanam tumbuhan (sayuran,bunga dll.) yang tidak memerlukan tanah. Hidroponik berasal daripada perkataan GREEK bermaksud air yang bekerja. Mengikut sejarah, kaedah ini telah lama digunakan sejak kurun ke 16 Masihi. Taman Tergantung Babylon (The Hanging Garden of Babylon) dipercayai telah menggunakan hidroponik ini sebagai satu kaedah penanaman tanaman. Pada tahun 1937, W.F.Gericke dari Pusat Penyelidikan Pertanian California, Amerika Syarikat telah memperkenalkan kaedah ini ssecara komersil. Sejak itu sistem hidroponik ini diperkembang dan diperkemaskan dengan pelbagai teknik yang direka khas sesuai untuk tujuan komersil. Dalam kaedah hidroponik ini, keseluruhan keperluan nutrien diberikan kepada akar tanaman dalam bentuk larutan. Pokok sebenarnya boleh hidup tanpa tanah. Pokok tidak menyerap tanah sebagai makanan tetapi mengambil zat makanan/nutrien yang tersembunyi dalam tanah. Hidroponik sebenarnya bertujuan untuk membolehkan zat-zat makanan atau nutrien yang diperlukan oleh tanaman diambil terus melalui larutan nutrien yang tersedia. Hidroponik merupakan kaedah/teknik pengeluaran sayur-sayuran moden yang dianggap baru di Malaysia. Akibat kegawatan ekonomi yang melanda negara sejak pertengahan tahun 1997, berbagai kempen telah dijalankan oleh kerajaan agar rakyat menanam sayuran bagi menampung keperluan harian serta menjimatkan perbelanjaan dapur. Kaedah yang mudah dan berkesan yang disyorkan ialah kaedah Hidroponik. Di Malaysia, pengeluaran hasil hidroponik secara komersil masih diperingkat kecil kecilan. Belum ada lagi pengeluar yang besar yang menguasai pasaran atau industri hidroponik setakat ini. Produk hidroponik masih kurang atau tiada langsung di pasaran di beberapa tempat setakat ini. Hasil keluaran hidroponik sebenarnya dijamin bebas daripada sisa racun kulat atau serangga. Ianya selamat dan menjadi pilihan bagi mereka yang mementingkan kesihatan.
Perkara asas yang diperlukan untuk kaedah hidroponik merangkumi :
1. Takung Hidroponik 2. Penutup Takung (Polystyreen) 3. Cawan penyukat baja 4. Bakul media 5. Media (benang dsb) 6. Benih 7. Baja 8. Air
Semua ini dijelaskan dengan terperinci di laman petua hidroponik
APAKAH KEBAIKAN KAEDAH HIDROPONIK?

RINGKAS,MUDAH,MURAH
Kaedah ini sangat praktikal serta mudah dijalankan. Ia tidak memerlukan tanah walau sedikit pun. Penanaman tumbuhan seperti sayuran serta bungaan boleh dilakukan di kawasan yang tanahnya tidak sesuai untuk tanaman atau kawasan yang tidak mempunyai tanah langsung( contoh: rumah pangsa / pangsapuri)
Kawasan tidak menjadi masalah utama kerana kaedah ini hanya memerlukan perancangan serta penyusunan bekas takungan yang sistematik.
Penjagaan tanaman bagi kaedah ini sangat minima tanpa memerlukan pekerja yang ramai walaupun di komersilkan.
Nutrien dapat dikitar semula - menjimatkan penggunaan baja.
Kerja berat yang membebankan dapat dikurangkan.
Tiada masalah rumput di atas batas tanaman.
Penggunaan air dapat dijimatkan.
Hasil keluaran kaedah ini bermutu tinggi melalui kawalan baja yang sistematik.
Serangga / makhluk perosak / penyakit sangat senang dikawal dan dielakkan tanpa menggunakan racun yang berbahaya.
Tiada racun digunakan, oleh itu pengguna tak perlu bimbang tentang keracunan makanan .
Kalau dikomersilkan, kaedah ini memberi pulangan yang sangat lumayan kerana peningkatan penggunaan serta penerimaan ramai terhadap hasil yang bermutu ini.
Penanaman boleh dilakukan pada bila bila masa tanpa mengira musim.
Masa menanam yang pendek ( 3 minggu sehingga 6 minggu) - lebih pusingan tanaman dalam setahun.
Hasil tanaman adalah dianggap "Value for Money"- sedikit modal dengan keuntungan yang berganda kerana alatan boleh digunakan untuk jangka panjang.
Kemahiran serta pengetahuan dalam bidang pertanian bukan merupakan syarat utama untuk menjalankan kaedah ini.
Semua golongan (kanak-kanak atau dewasa) boleh menjalankan aktiviti penanaman melalui kaedah ini.
Boleh mengeratkan ikatan kekeluargaan jika dilakukan bersama. Setiap ahli keluarga mengerjakan takungan masing masing sambil bersaing untuk mendapatkan hasil terbaik.
Tidak menggunakan tenaga elektrik atau alatan yang mahal.
Tiada bau yang tidak menyenangkan seperti bau najis binatang, baja asli dsbnya. Alam sekitar lebih bersih dan harmoni.
Kaedah ini MESRA ALAM.
Oleh itu, apa tunggu lagi, marilah sama sama kita mulakan kaedah ini. Kalau dah bersedia dan ingin mencuba mari kita ke laman petua hidroponik.

Sumber:
Era Hijau (2/98).Hidroponik - Ringkas,Mudah dan Murah.Prof.Madya Dr. Mohd Razi Ismail
Agromedia(3/1998).Tanaman Sayur Sistem Hidroponik. Dr.Mahamud Shahid
Kazz Hidroponik Domestik
menu [laman utama] [iqwanhabib][bits and pieces of me] [my room mate and my kids] [selamat datang ke Terengganu][kampung halamanku] [resepi Kak Wan][apa itu hidroponik?][petua hidroponik][ taman suri][motivation and inspiring quotes][corat coret][galeri foto][my favourite links][english corner ][laman seni] [view my guestbook][sign my guestbook]
geovisit();



PETUA HIDROPONIK SURIKU
Kak Wan dengan hasil tanaman hidroponiknya
Untuk para pengunjung Laman Iqwanhabib dihuraikan serba sedikit kaedah hidroponik yang mungkin boleh dimanfaatkan bersama. Semuga kaedah ini akan dapat membantu anda memulakan hobi bercucuk tanam. Kaedah mudah ini tidak memerlukan perbelanjaan yang banyak. Apa yang penting ialah minat, sedikit kesungguhan / ketekunan serta kesabaran. InsyaALLAH hasil akan dapat dinikmati dalam masa sekurang kurangnya 3 minggu mengikut jenis sayur yang ditanam. Kami menamakan kaedah ini sebagai KAEDAH 3 T Kenapa? Senang saja, kerana ianya memerlukan 3 perkara asas:

PERTAMA
TANAM
KEDUA
TUNGGU
KETIGA
TUAI


PERALATAN DAN PETUA PENYEDIAAN KAEDAH HIDROPONIK 3T SURIKU
PERALATAN asas HIDROPONIK
Kak Wan serta anak anak sedang menyiapkan bekas takungan hidoponik
1) Takung Hidroponik (43x35x13cm) - samada siap pasang dari kedai alat perkebunan atau dibeli secara berasingan dari kedai alatan plastik. 2) Penutup Takung (Polystyreen) - tebal lebih kurang 2cm 3) Bakul Media - bekas bunga telur plastik 4) Media : Benang/Span/Rockwool 5) Baja Hidroponik - cecair atau ketul 6) Cawan Penyukat Baja (250 ml) 7) Biji Benih - pilihan sendiri
*Alatan seperti takung, polystyrene, bakul media dan media (benang) boleh dibeli secara berasingan. Dengan sedikit usaha (Do-It-Yourself), kita boleh menyiapkan satu takungan yang lengkap dengan hanya membelanjakan sebanyak RM 9.00 sahaja. Kalau dibeli set siap pasang akan memakan belanja 2 kali ganda. Oleh itu, kenapa tidak cuba buat sendiri? Pasti menggembirakan.
PENYEDIAAN BAJA HIDROPONIK DAN CARA MENANAM
Bekas takungan yang siap diisi dengan benih sayuran
Petua Pertama
Masukkan air dalam bekas takungan separas 3 suku bekas atau lebih kurang 18 liter.
Peringatan:* Jika air paip atau air dari tangki yang hendak digunakan untuk penyediaan larutan baja hidroponik, biarkan air tersebut didalam bekas takungan semalaman supaya bebas dari klorin. Air hujan juga boleh digunakan tetapi sebaik baiknya mengambil air itu selepas pertengahan hujan untuk mengelakkan daripada ianya mengandungi bahan-bahan asid /toksid yang boleh membantutkan tanaman.
Baja hidroponik kemudiannya dilarutkan didalam 5 liter air dan kacau hingga sebati.
Petua Kedua
Sediakan 18 liter air dan masukkan kedalam bekas takungan hidroponik.
Ceduk 500 ml larutan baja hidroponik yang dilarutkan tadi dengan cawan penyukat yang bersaiz 250 ml sebanyak 2 cawan dan campurkan kedalam takungan hidroponik yang diisikan dengan 18 liter air tadi.
Kacau hingga sebati.
Tutup takung dengan penutup takung yang disediakan.
*Baki larutan baja yang telah dibancuh tadi hendaklah disimpan dalam bekas bertutup dan ia boleh digunakan untuk tanaman seterusnya. Jangan dedahkan kepada cahaya matahari.
Petua Ketiga
Media: Benang atau bahan yang boleh menyerap air diletakkan didalam bakul semaian sebagai media percambahan biji benih.
Tarik dan juntaikan benang tersebut melalui lubang dibawah bakul supaya menjadi sumbu lebih kurang 5 sm. untuk menyerap larutan baja hidroponik.
Pastikan setengah cawan benang masih terdapat dalam cawan.
Celup atau rendamkan bakul yang berisi media tadi ke dalam air larutan baja untuk melembabkan media bagi memudahkan proses percambahan.
Masukkan bakul media di setiap lubang penutup takungan hidroponik.
Pastikan sumbu benang terendam dalam air larutan baja hidroponik supaya ia dapat menyerap baja.
Petua Keempat
Memasukkan benih sayuran ke dalam bakul media
Masukkan 4 atau 5 biji benih diatas benang dalam setiap bakul media.
Pastikan biji benih basah supaya senang bercambah.
Selepas 3 atau 4 hari, jika tidak berlaku percambahan, tukarkan dengan biji benih yang lain. Jika semua biji benih tersebut bercambah selepas 6 hari, tinggalkan cuma sepokok atau 2 pokok sahaja pada setiap bakul media bagi pertumbuhan seterusnya.
Anda telah sedia untuk memulakan tanaman hidroponik.
Petua Kelima
Letakkan set hidroponik ditempat yang sesuai seperti ditepi rumah(koridor), beranda, patio, porch atau di bawah 'greenhouse' .
Pastikan ia mendapat cahaya matahari yang cukup sekurang-kurangnya separuh hari samada pagi atau petang.
Elakkan daripada air hujan terus masuk kedalam takungan hidroponik kerana ia akan menganggu campuran larutan air dan baja.(Air yang berlebihan akan mengurangkan keberkesanan baja terhadap tumbuhan) .
Perhatian
1. Pastikan lubang bakul media ditutup rapat untuk mengelakkan kemasukan dan pembiakan nyamuk ke dalam bekas takungan.
2. Selepas 3 minggu atau bila air kelihatan berkurangan, tambahkan air (tanpa baja) ke dalam takung. Paras air mestilah tidak melebihi 1/2 daripada takung.
Kak Wan sedang memeriksa paras air dalam takungan
3. Oleh kerana jangkamasa matang bagi setiap jenis sayur berlainan, hanya satu jenis tanaman/benih bagi setiap takungan disyorkan.
Contoh:

Jenis Sayuran
Jangkamasa matang
Kangkong
3 minggu
Sawi
4 minggu
Cili
6 minggu
Bayam
4 minggu

4. Biarkan tanaman anda sehingga 4 ke 5 minggu untuk dipungut hasilnya mengikut jenis tanaman tanpa perlu menambahkan larutan baja dan menyiram.
5. Setelah dipungut hasil, basuh takungan, penutup dan bakul media. Gantikan benang dan gunakan semula baki larutan baja yang disimpan dahulu untuk penanaman baru Air baja yang telah digunakan boleh dicurah / disiram pada pokok bunga atau tanaman lain kerana masih ada lagi saki baki baja .
6. Jika larutan baja terlalu pekat, daun akan menjadi hijau tua, melengkung/kerinting, daun tebal dan rapuh. Jika larutan terlalu cair, pokok akan terencat / bantut dan lambat membesar, daun akan kekuningan nipis dan tidak melengkung.
Bayam, Sawi dan Kailan mudah ditanam
Sayuran ditanam secara berperingkat untuk bekalan yang berterusan

MASALAH YANG BIASA DIHADAPI
KEKURANGAN UNSUR PEMAKANAN TUMBUHAN Disebabkan oleh :
Suhu larutan nutrien yang meningkat.
Suhu yang sesuai adalah diantara 25°C - 29°C
Sumbu media tidak mencecah air baja.
GANGGUAN FIZIKAL KEPADA TUMBUHAN Disebabkan oleh :
Kedudukan tanaman yang tidak stabil / seimbang.
Sokongan yang kurang kuat.
Tiupan angin.
Serangan ulat
Kurang mendapat cahaya matahari.
Apa sekali pun, jika anda bertekun dan sering mengambil cakna terhadap tanaman anda, insyaALLAH hasil yang membanggakan akan didapati akhirnya.

Sumber:
Era Hijau (2/98) Hidroponik - Ringkas,Mudah dan Murah.Prof.Madya Dr. Mohhd Razi Ismail
Agromedia(3/1998).Tanaman Sayur Sistem Hidroponik. Dr.Mahamud Shahid
Kazz Hidroponik Domestik
menu [laman utama] [iqwanhabib] [bits and pieces of me] [my room mate and my kids] [selamat datang ke Terengganu] [kampung halamanku] [resepi Kak Wan] [apa itu hidroponik?] [petua hidroponik] [ taman suri] [motivation and inspiring quotes] [corat coret] [galeri foto] [my favourite links] [english corner ] [laman seni] [view my guestbook] [sign my guestbook]
kemaskini: 14 Disember 2000
geovisit();

Hidroponik
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: navigasi, gelintar


Penyelidik NASA memeriksa bawang hidroponik dengan salad Bibb di kirinya dan lobak di kanan


Penyelidik USDA memeriksa strawberi hidroponik


Gambarajah Hidrponik Kaedah Dutch Bucket
Hidroponik adalah kaedah bercucuk tanam dengan meletakkan akar pohon ke dalam air baja (nutrien) tanpa mengunakan tanah sebagai media menanam. Sebaliknya, bahan-bahan seperti bulu mineral, sabut kelapa, pasir, batu bata pecah, habuk kayu dan lain-lain digunakan untuk mengganti tanah.
Penanaman secara hidroponik dilakukan oleh individu-individu sebagai hobi dan juga secara besar-besaran untuk tujuan komersil. Di negara Singapura misalnya, oleh kerana kekurangan tanah, bumbung-bumbung bangunan dijadikan tempat untuk menanam sayur-sayuran seperti bak choy, sawi, kailan dan bayam. Semuanya menggunakan kaedah hidroponik. Begitu juga, untuk penerokaan angkasa lepas, angkasawan-angkasawan boleh bercucuk tanam sayur-sayuran di dalam kapal angkasa. Kaedah yang sama di gunakan oleh tentera-tentera di atas kapal perang, maupun kapal selam. Dengan cara ini mereka tidak perlu membawa bekalan makanan yang banyak, hanya sekadar membawa benih-benih sayur-sayuran dan boleh ditanam semasa dalam perjalanan.
[sunting] Kelebihan
Tidak memerlukan tanah sebagai media tanaman.
Akar pokok boleh dipantau dengan cara mengangkat pasu dan melihat akarnya.
Pembaziran baja tidak berlaku; kerana air baja sentiasa dikitar semula.
Tidak perlu menyiram baja setiap hari.
Hasil tanaman boleh di makan keseluruhanya, sebab akarnya bebas dari kotoran dan penyakit.
Penyakit pokok tanaman dapat dikurangkan kerana banyak penyakit akar/pokok berpunca dari kandungan tanah.
Pengusaha secara komersial tidak memerlukan tenaga pekerja utk tugasan menyiram.
[sunting] Galeri

Pokok Tomato dalam media bulu mineral.

Tomato berbuah - guna media bulu mineral.

Pokok Tomato dalam media pumis.

Tanaman Tomato dalam media bungkah jerami.
[sunting] Pautan luar
KEISTIMEWAAN HIDROPONIK DOMESTIK
Sayuran bersih, enak, berkualiti dan bebas dari sisa baki racun.
Tidak memerlukan kemahiran dan pengetahuan yang tinggi dalam bidang pertanian.
Tidak memerlukan kawasan yang luas.
Tidak menggunakan pam elektrik.
Tidak perlu merumput dan menyiram.
Tidak memerlukan najis haiwan.
Boleh ditanam ditepi rumah, balkoni, porch dan patio.
Penanaman boleh dilakukan pada bila-bila masa - tidak kira musim . (15 kali setahun untuk sayuran berdaun).
Amat mudah untuk mengawal serangga-serangga samada dari tanah atau udara.
Murah serta mudah dikendalikan.
Tenaga kerja yang minima.
Dari golongan muda hingga tua mampu mengendalikannya.
Pulangan modal berganda keuntungannya.
Amat sesuai untuk sekolah-sekolah bagi subjek Kemahiran Hidup dan Sains Pertanian.
TANAMAN YANG SESUAI UNTUK KAEDAH HIDROPONIK
Banyak jenis tanaman boleh ditanam secara hidroponik:
1.Tanaman Sayur-Sayuran seperti Bayam, Kangkong, Kailan, Salat dan sebagainya.
2.Sayuran Jenis Buah dan Kekacang seperti Tomato, Timun, Cili, Terong dan sebagainya.
3.Tanaman Hiasan atau Bunga-Bungaan seperti Ros, Kekwa, Carnation, Puding dan sebagainya.



Baja Hidroponik




Baja Hydroponik
Nutrien (Baja)
Tumbuhan dalam sistem hidroponik adalah sama dengan tanaan yang ditanam atas tanah, masing-masing memerlukan 16 unsur untuk tumbuh dengan baik. ia itu C, H, O, N, P, K, Ca, Mg, S, Zn, Cu, Fe, Mn, B, Mo dan Cl. Dalam sistem hidroponik unsur ini dilarutkan kedalam air bagi diserap oleh sistem akar. Larutan ini dipanggil larutan nutrium atau larutan baja.
Terdapat pelbagai formula larutan nutrien dipasaran. Harga pasaran adalah berasaskan kepada harga bahan mentah yang digunakan. Bahan yang digunakan biasanya dalam bentuk garam mineral atau cecair. Bahan berkenaan mungkin dalam bentuk bahan organik atau bukan organik atau campuran keduanya.
Menggunakan larutan nutrien yang siap dijual di pasaran adalah lebih mudah, cuma ikut sahaja arahan pada lebel yang berkenaan. Walau bagaimanapun menyediakan sendiri larutan nutrien adalah lebih menyoronokkan !. Kekurangan sesuatu unsur akan memberi kesan terus kepada pertubuhan pokok kerana tanaan bergantung sepenuhnya kepada larutan nutrien yang dibekalkan.
PH Larutan Nutrien
PH merujuk samada larutan nutrien berasid atau beralkali. Ukuran yang digunakan ialah nilai 1 hingga 14. Nilai 7 bagi larutan nuteral, jika nilai ph kurang daripada 7 larutan berkenaan adalah berasid. Bagi nilai melebihi 7 larutan berkenaan berasid. Ph yang sesuai untuk pertumbuhan secara umum ialah antara 5.5 hingga 6.5.
Tumbuhan akan menyerap zat makanan dan melepaskan bahan kimia kedalam larutan . Proses ini akan menyebabkan larutan baja akan berubah menjadi lebih berakali. Gunakan pH meter untuk menentukannya. Apabila nilai pH melehi 7, larutan berkenaan adalah beralkali dan perlu diturunkan kepada antara 5.5 hingga 6.5 ia itu nilai yang sesuai untuk pertumbuhan. Untuk mencapai nilai ini campurkan asid sulfrik atau air bateri kedalam larutan nutrien berkenaan. Sekiranya larutan nutrien berasid ia itu nilai pH nya kurang daripada 5.5, ia perlu ditingkatkan sehingga 5.5. Peningkatan pH dapat dilakukan dengan menambah potassium hydroxide (KOH) atau sodium hydroxide (NaOH) atau soda bikarbonat yang digunakan untuk membuat kueh. Gunakan ph meter atau kertas litmus bagi menyukat ph larutan.
PH Untuk Tanaman Terpilih
PH 6.0-6.7
PH 5.5-6.7
PH 5.2-6.7
PH 4.5-6.7
Asparagus
Kekacang
Tomato
Ubi Kentang
Cauliflower
Broccoli
Lobak Merah

Tembikai
Cili



Salad


Kepekatan Larutan
Kepekatan larutan nutrien diukur dengan unit ppm (part per million) atau satu bahagian dalam sejuta. Sukatan ini merujuk kepada nisbah bahagian nutrien dilarutkan kedalam air. Jika 1 miligram baja A dilarutkan dalam 1 litter air bersih, kepekakatan larutan di baca sebagai 1 ppm. Air bersih yang belum dicampurkan baja kedalam nya mempunyai nilai ppm kosong.
Anggaran purata keperluan unsur nirojen untuk pertumbuhan ialah 300 ppm, posforos 80 ppm, kalium 250 ppm, salfur 400 ppm, Magnesium 75 ppm, kalsium 400 ppm, Iron 5 ppm, tembaga 0.5 ppm, Mangam 2 ppm, Molbednum 0.001 ppm dan boron 1 ppm. Nilai standard kerja kepekatan larutan baja hidroponik ialah 1280 ppm, dikira setelah semua unsur yang diperlukan oleh pertumbuhan dilarutkan dalam air.
Bagi menjamin pertumbuhan tanaman yang baik nilai ppm hendaklah sentiasa diukur nilai kepekatan standart kerja ialah 1280 ppm, Jika perlu larutan nutrien hendak lah ditambah bagi mencapai nilai standard kerja yang diperlukan.
Limit Pengunaan Unsur Nutrien Oleh Pokok Mengikut Sukatan PPM
Unsur Makro
Kepekatan (ppm)

Unsur Mikro
Kepekatan (ppm)
N
70-1000

Fe
0.5-10
P
30-100

Mn
0.1-5
K
100-400

H
0.16
Ca
80-400

Cu
0.02-0.5
Mg
24-100

Zn
0.02-1
S
35-1000

Mo
0.01-0.1
Kesan Kekurangan Unsur Nutrien Kepada Pokok
Unsur Nutrien
Kesan (symptoms)
Nitrojan
Daun kecil, warna hijau muda,daun mati pada pokok dan daun sukar gugur.
Posforus
Daun hijau tua. Daun bawah bewarna kuning pada bahagian hujung daun.
Potassium
Daun bawah mati.terutama bahagian antara tulang daun.
Kalsium
Pucuk dan daun muda mati. Daun muda berkedut.
Magnesium
Bawah daun kuning akhirnya mati.
Salfur
Pucuk dan daun muda warna hijau muda
Iron
Pucuk dan daun muda warna kuning, akhirnya mati
Mangan
Mata burung atau tompok warna coklat pada daun.
Boron
Tunas dan pucuk mati
CARA MENYEDIAKAN LARUTAN NUTRIEN (BAJA)
Ada beberapa formula baja yang dapat digunakan untuk hidroponik, tapi dari beberapa formula tersebut yang terpenting adalah kandungan unsur-unsurnya sesuai dengan keperluan tanaman. Karena itu secara praktis, kita sebaiknya memahami berapa banyak unsur nutrien yang diperlukan oleh setiap tanaman. Dari sini kita menyusun formulasi campuran sendiri yang mencukupi keperluan tersebut. Hal ini lebih bermanfaat karena kita boleh jimatkan perbelanjaan membeli larutan baja., kita boleh menemukan keperluan unsur dengan bahan yang murah tapi fungsinya tetap mencapai apa yang kita harapkan.
Larutan nutrien hidroponik telah dibangunkan oleh D. R. Hoagland dari University of California. Larutan ini boleh dibuat sendiri (bagi tujuan hobi) dengan mencampur daripada baja dalam bentuk garam mineral yang terdapat dalam pasaran. Mudah disediakan dan dapat memberi hasil yang memuaskan bagi tujuan hobi..
Bagi tujuan komersial ketepatan penggunaan garam mineral amatlah penting dalam kejayaan projek. Formula yang telah dibangunkan oleh Terengganu Hydroponics Society adalah sebagaimana di bawah:-UNSUR MAKRO

Garam Mineral
Gram/1000 liter larutan baja


Nutri Fosfat (P)
18


Nutri Potasium (K)
30


Nutri Nitrat (N)
60


Nutri Magnesium (Mg)
31

Garam mineral mesti dilarutkan dalam air panas secara berasingan dan ditambahkan kedalam tangki larutan. Gunakan bahan grade kimia. Gred baja boleh juga digunakan kerana harganya lebih murah. Garam mineral gred kimia adalah mudah larut berbanding dengan gred baja.
Elemen mikro cuma diperlukan dalam kuantiti yang kecil. Disebabkan sukar untuk disukat kerana keperluan yang kecil, larutan stok perlu perlu dibuat terlebih dahulu. Larutan stok ini kemudiannya untuk ditambah dalam air bagi dijadikan larutan nutrien (baja)

UNSUR MIKRO

Garam Mineral
Gram/1000 liter larutan baja



Nutri Borium (B)
1.7



Nutri Manganes (Mn)
3.2



Nutri Zink (Zn)
0.45



Nutri Cuprum (Cu)
0.28



Nutri Ferrum (Fe)
30




Nutri Molibdenum (Mo)
0.13


Jika air paip digunakan, Nutri zink dan cuprum mungkin tidak diperlukan kerana bahan berkenaan telah hadir dalam air paip.
Elemen mikro cuma diperlukan dalam kuantiti yang kecil. Disebabkan sukar untuk disukat kerana keperluan yang kecil, larutan stok perlu perlu dibuat terlebih dahulu. Larutan stok ini kemudiannya untuk ditambah dalam air bagi dijadikan larutan nutrien (baja)

sumber:

Friday, May 9, 2008
JENIS-JENIS BAJA HIDROPONIK / TYPE OF HYDROPONIC NUTRIENT SOLUTION
Bekalan zat sebagai baja untuk tanaman Hidroponik (termasuk Fertigasi & Aeroponik) boleh didapati dalam beberapa bentuk:
Larutan pati/stok baja yang sudah dibancuh - Ia kemudiannya akan dilarutkan ke dalam air untuk aplikasi pada setiap tanaman. Untuk hidroponik, ia akan didapati dalam 2 bekas berasingan iaitu formula A & Formula B yang bila dicampurkan, mengandungi kesemua elemen-elemen asas zat untuk keperluan tanaman
Serbuk pati baja yang telah dicampur - Ia kemudiannya akan dilarutkan ke dalam air. Kebanyakannya dalam nisbah sukatan campuran 1 sudu teh untuk setiap gelen air. Kebanyakan pengusaha Hidroponik/Fertigasi yang berskala besar serta bagi tujuan komersil, akan membeli kompaun-kompaun zat asas ini secara berasingan dan menyukat serta membancuh sendiri bekalan baja mereka. Ini adalah bertujuan semata-mata untuk mengurangkan kos operasi. Bagi mereka yang menanam tanaman hidroponik secara kecil-kecilan atau untuk hobi, kaedah ini tidak praktikal. Untuk mengetahui formula & nisbah campuran zat2 asas untuk tanaman hidroponik, sila lawati post saya (bulan Oktober 2007) iaitu Di Mana Hendak Mendapat Bekalan Baja Hidroponik/Fertigasi serta post tentang Keperluan Asas Hidroponik/Fertigasi - Baja Hidroponik untuk maklumat asas prinsip baja hidroponik.
Pembahagian Zat-zat Asas Hidroponik:
Makroelemen (atau zat makro iaitu N, P & K untuk tumbesaran pokok) - Selalunya dibeli dalam beg atau bekas 50 lb. Ia dipanggil gred Hortikultur dan ianya perlulah dalam bentuk mudah larut.
Mikroelemen - Ia hanya diperlukan dalam jumlah yang sangat sedikit. Ia boleh didapati dalam bentuk serbuk yang sudah digaul mengikut nisbah bagi keperluan tanaman hidroponik atau boleh dibeli dalam komponen berasingan - Sekurang-kurangnya gred hortikultur dan mestilah dalam bentuk mudah larut.
PERHATIAN: Perhatikan bahawa campuran baja diasingkan kepada 2 bahagian iaitu 'A' & 'B'..Alasannya .. Selalunya, kompaun baja yang mengandungi zat Kalsium diasingkan daripada kompaun Sulfat & Fosfat. Mengapa? Dalam kepekatan yang tinggi, Kalsium akan bergabung dengan Sulfat & Fosfat dan menghasilkan butiran-butiran yang tidak boleh larut.Oleh itu, larutan baja hidroponik lazimnya dibahagikan kepada 3 bekas berasingan;
Tangki untuk zat yang mengandungi Kalsium & Zat Besi (Iron) - Warnanya akan menjadi kemerahan.
Tangki zat yang mengandungi kesemua zat Makro & Mikro (selain Kalsium/zat Besi)
Tangki Asid - Ianya diasingkan untuk persediaan sekiranya perlu mengubah pH larutan baja jika pHnya didapati terlalu tinggi.
___________________________________________________________________

1 comment:

  1. As salam dan Salam Sejahtera

    PERHATIAN KEPADA PEMINAT TUMBUHAN

    Go-Grow Chitosan bahan biopolimer semulajadi diperbuat dari kulit udang, ketam dan kerang yang mengandungi keajaiban untuk semua jenis tanaman. Go-Grow Chitosan bukan BAJA atau bahan TOXIC/KIMIA. Bagaimana ia bertindak?

    1. Perangsang Pembesaran Tumbuhan Untuk tanaman, Chitosan berfungsi sebagai perangsang untuk tumbuhan menyerap nutrien dan baja dengan semula jadi dan sempurna serta meningkatkan daya tahan atau imun tanaman itu sendiri. Kesan Chitosan pada tanaman boleh dilihat selepas penggunaan kali kedua (atau 10 hari) sahaja. Pada peringkat permulaan, daun tanaman akan menjadi hijau terang, segar dan putik atau bunga akan mula bercambah dengan banyak.

    2.Membantu Pembajaan Tanah Ia membantu mikrob menguraikan nutrisi bukan organik kepada bentuk organik agar boleh diambil oleh tanaman. Ia membantu membaiki keberkesanan sistem akar untuk lebih cekap menyerap zat makanan dalam tanah untuk dihantar kebahagian lain tanaman. Ia juga bekalkan kalium dan unsur zat-mikro dalam tanah yang sering kekurangan.

    3. Anti Fungal Chitosan menghalang serangan oleh kulat dan ia juga membentuk lapisan kompoun fenolic yang menghalang sebarang kemasukan (penetration) sebarang patogen kulat. Chitosan menghalang reproduksi patogen termasuk menghalang gene yang akan mengeluarkan ‘protease inhibators’ yang menghalang serangan serangga pada tanaman.

    4.Bio Pesticide Apabila chitosan dibubuh pada tanah, ia akan membantu membentuk persekitaran sesuai bagi mengaktifkan bakteria pemakan chitin menghapuskan kulat (fungus) dan telur nematod dan organisma mengandungi chitin yang lain. Kulit kerang juga didapati akan menggalakan pengeluaran(secretion) enzim chitonase yang akan menguraikan chitin pada telur kuutu daun, telur nematod dan patogen lain. Kahadiran chitin pada keling tumbuhan ini sebagai biopestide asli (natural biopesticide) menyebabkan ia tidak memberi kesan toksik kepada haiwan lain seperti ikan, burung, tumbuhan lain dan organisma berfaedah.

    5. Preservatif Lapisan membran Chitosan dapat mengawal buah-buahan dan bunga-bunga ornamental daripada menjadi kuning atau coklat dan buah-buahan menjamin kualiti dengan cara menahan kandungan antosianin, flavonoid, dan semua polifenol dalam buah-buahan dari meningkat. Kajian membuktikan bahawa kitosan filem segar penyimpanan boleh mengelakkan buah-buahan dan sayur-sayuran (termasuk pic, pear, gooseberry Cina, timun, lada, anggur, strawberi, mangga, tomato, dan lain-lain) daripada mendapat reput dan rosak. Ia membantu memanjangkan masa penyimpanan dan jangka hayat. Bagaimana ia berfungsi: Membran Chitosan boleh menghalang kedua-dua penyerapan oksigen dan limpahan Karbon yang disebabkan oleh respirasi buah-buahan. Tetapi ia mendorong gas etilena yang bocor keluar, yang menghasilkan buah-buahan selepas menjadi masak. Melalui cara ini, ia menghalang kulat dari pembiakan dan menangguhkan buah-buahan dari masak.

    (Atikel keberkesanan Kitosan kepada pembesan Okid - http://www.slideshare.net/gatot2811/chitosan-as-plant-growth-promoters)

    Sila kontak saya untuk maklumat lanjut. Pertanyaan agen seluruh Semenanjung dialu-alukan.
    Terima kasih

    Salleh S Mohamed
    019-2288433 (Tel/whatsapp)
    salleh.mohamed@gmail.com
    www.cbs-malaysia.com/index.php/chitosan/

    ReplyDelete