Monday, April 6, 2009

NOTA KEMAHIRAN HIDUP
Elektrik
MAKSUD ELEKTRIK
Elektrik ialah tenaga
Elektrik ialah pergerakan elektron dalam pengalir
Elektrik boleh didapati dalam dua bentuk arus iaitu arus terus dan arus ulang alik
Elektrik yang dibekalkan kerumah-rumah adalah sebanyak 220-240V dalam bentuk arus ulang alik (AC/AU).
Di Malaysia elektrik dibekalkan oleh TNB (Tenaga Nasional Berhad).
SUMBER ELEKTRIK
i. Sel Kering ii. Sel Basah iii. Dinamo Basikal
Kaedah menghasilkan elektrik:
Melalui proses tindak balas kimia - contoh sel kering dan sel basah
Melalui tindak balas aruhan kemagnetan - contoh dinamo basikal dan janakuasa
Lain-lain seperti:
kuasa solar
tindakan haba
Sel Kering
Sel kering menghasilkan voltan 1.5 volt
Dua sel kering yang disambungkan secara siri akan menghasilkan 3.0 volt
Dua sel kering disambung siri
Arus elektrik yang dihasilkan oleh sel kering ialah arus terus (AT/DC)
Tenaga elektrik yang dihasilkan oleh sel kering adalah daripada hasil tindak balas kimia
Sel kering digunakan pada alatan elektrik mudah alih berkuasa rendah - seperti lampu picit, jam loceng, alatan permainan
Bahagian Sel kering
A = Punca positif , B = Bekas zink , C = elektrolit , D = Batang karbon , E = Punca negatif
Sel Basah
Sel basah biasanya menghasilkan voltan 6.0 volt, 12 Volt dan 24 volt
Sel basah boleh dicas semula dengan alat pengecas bateri
Sel basah lebih dikenali sebagai bateri
Sel basah digunakan di dalam kenderaan seperti motor, kereta, lori dan bas
Bahagian sel basah
A = Plat positif (plumbum peroksida) , B= Terminal positif , C = Penyelang , D = Plat negatif (plumbum) , E = Elektrolit (Asid Sulfurik Cair)
Dinamo Basikal
Dinamo basikal menghasilkan voltan 6 volt - 12 volt
Arus elektrik yang dihasilkan oleh dinamo ialah arus ulang alik (AU/AC)
Tenaga elektrik yang dihasilkan oleh dinamo ialah hasil daripada aruhan kemagnetan
Bahagian Dinamo Basikal
A = Pemutar , B = Magnet kekal , C = Teras besi, D = gegelung dawai , E = punca elektrik
Jenis-jenis sel
Sel Alkali
Sel merkuri
Sel lithium
Sel nikel kadmium
KEGUNAAN ELEKTRIK
i. Pengisar ii. Lampu Pendafluor iii. TV iv. Sterika v. Radio
Untuk menghasilkan :
cahaya
Contoh - lampu pendafluor, lampu pijar, LED
bunyi
Contoh - Radio, siren, buzzer, loceng
haba
Contoh - Pengering rambut, pembakar roti, seterika, cerek, ketuhar
gerakan
Contoh - Kipas angin, pengisar, motor elektrik
isyarat elektronik
Contoh - kalkulator, pad permainan, komputer
WAYAR ELEKTRIK
Wayar kuprum beranemal
Digunakan untuk membuat gegelung elektrik
Teras tunggal
Digunakan dalam bidang elektronik
Mampu mengalirkan elektrik kuasa sangat rendah
Teras kembar
Digunakan untuk alat elektrik kuasa rendah seperti lampu dan peti suara
Untuk membuat sambungan ke punca negatif dan positif atau wayar hidup dan wayar neutral sahaja
Kabel teras tiga
Digunakan untuk menyambung alatan elektrik berkuasa tinggi
Untuk membuat sambungan ke punca hidup, neutral dan bumi
I = Wayar kuprum beranemal , II = Wayar teras tunggal , III = Wayar teras kembar , IV = Kabel teras tiga
JENIS PLAG
Plag 2 pin
Digunakan untuk menyambung bekalan elektrik kepada alatan elektrik berkuasa rendah
Radio , TV, Pencukur
Plag 3 pin
Terdapat 2 jenis, plag 3 pin 13 ampere dan plag 3 pin 15 ampere
Digunakan untuk menyambung bekalan elektrik kepada alatan elektrik berkuasa tinggi
Periuk nasi, ketuhar, peti sejuk, seterika mengunakan plag 3 pin 13 ampere
Pendingin hawa menggunakan plag 3 pin 15 ampere
I = plag 2 pin , II = plag 3 pin
i. Kedudukan tamatan L, N, dan Eii. Pemasangan kod warna yang betuliii. Kabel teras tiga biru, hijau dan coklat
PENDAWAIAN PLAG 3 PIN 13 AMPERE
Alatan
I = Pena Ujian , II = Penjalur wayar , III = Pisau lipat
Bahan
Kabel teras 3
Langkah-langkah

Buangkan penebat kabel kira-kira 4 cm
Jalurkan hujung ketiga-tiga wayar
Pintalkan ketiga-tiga hujung wayar
Buka penutup plag
Pasangkan teras pada tamatan mengikut kod wayar yang betul iaitu
Wayar coklat/hitam ---> tamatan hidup(L)
Wayar biru/merah -----> tamatan neutral (N)
Wayar hijau/hijau-kuning ------>Tamatan bumi (E)
Tutup semula plag dan pasangkan skru
FIUS
i. Simbol fius ii. Fius katrij iii. Fius dawai
Digunakan untuk memutuskan litar sekiranya berlaku litar pintas atau lebihan tenaga elektrik
Memberi perlindungan kepada alatan elektrik daripada rosak dan terbakar
Unit ukuran fius ialah ampere
Terdapat dua jenis fius
Fius katrij - digunakan dalam plag 3 pin dan fius perkhidmatan rumah
Fius 13A
Digunakan dalam plag 3 pin 13 ampere
Fius 30A
Digunakan dalam fius perkhidmatan dalam sistem bekalan elektrik domestik
Fius Dawai - digunakan dalam kotak agihan berfius dalam rumah
Kadar fius yang biasa digunakan ialah 5A, 10A, 13A dan 30A
Fius dibuat daripada aloi timah atau plumbum
LAMPU PIJAR DAN LAMPU PENDAFLUOR
i. Lampu pijar
Kelalang
Filamen
Pin
Sumber elektrik
ii. Lampu Pendaflour
Pemegang
Tiub
Perumah
Suis penghidup
Lampu pijar
Ciri-ciri lampu pijar
Menghasilkan cahaya kuning yang menyilaukan mata
Cahayanya panas
Meninggalkan bayang hitam
Menggunakan kuasa elektrik yang banyak
Bahagian lampu pijar
Filamen = menyala dan mengeluarkan cahaya
Gas argon = mencegah filamen daripada terbakar dan putus
Sesuntuh = menyambung filamen ke punca elektrik
Mentol kaca = melindungi gas argon dan filamen
Lampu pendarfluor
Kelebihan Lampu pendaflour
Warnanya putih terang dan tidak menyilaukan mata
Cahayanya sejuk
Menjimatkan elektrik
Tidak meninggalkan bayang hitam
Bahagian Lampu pendarflour
Tiub pendarfluor = berisi gas argon dan merkuri, menghasilkan cahaya ultra ungu
Pemegang tiub = memegang pin elektrod
Cok = membekalkan voltan tinggi
Suis Penghidup = menghidupkan lampu
Perumah = tapak memegang bahagian-bahagian lampu yang lain


Menu
Hak Cipta © Muhammad Khairi. 2006SMK Bukit Jana, 34600 Kamunting

No comments:

Post a Comment