Friday, April 17, 2009

INSTITUT PERGURUAN PEREMPUAN MELAYU, MELAKA
NAMA GURU PELATIH :
JABATAN KAJIAN SOSIAL
KUMPULAN / UNIT : BM 1, dan PSV
MATA PELAJARAN : KEMAHIRAN HIDUP
KURSUS KPLI (R)
TARIKH MULA :
TARIKH HANTAR :



KERJA KURSUS PENDEK


Kemahiran dalam matapelajaran kemahiran hidup boleh diperolehi melalui aktiviti dan penyelesaian masaalah. Darinya guru pelatih boleh merasai situasi sebenar dan mendapat ilmu secara terus. Guru pelatih dikehendaki mengenalpasti tugasan, masalah, merancang dan melaksanakan aktiviti tersebut.

Anda dikehendaki :
1. menyediakan Rancangan Pengajaran Tahunan untuk Sukatan pelajaran KHSR tahun 4,5 dan 6.
2. membuat bahan bantu mengajar dari satu topik dalam sukatan pelajaran KHSR Tahun 4,5 dan 6, menggunakan perisian yang bersesuaian.
3. Berdasarkan dari satu topik yang diberi dalam sukatan pelajaran KHSR Tahun 4,5 dan 6. Sediakan satu rancangan pelajaran harian ( RPH ) yang lengkap mengikut format yang diberi. Bersama dengan RPH yang dibina, sediakan juga bahan bantu mengajar ( BBM ) yang bersesuaian dengan topik berserta lembaran kerja aktiviti pengukuhan dan penilaian.
4. Menyediakan Biodata ushawan
5. Menyediakan Rancangan jualan
6. Menghasilkan satu proto taip reka cipta berserta dokumentasi mudah yang merangkumi kerja kayu dan elektronik/elektrik.
7. Penilaian sahsiah dan sikap guru pelatih ( GP ) akan dilihat daripada komitmen dan penglibatan aktif dalam aktiviti P & P yang dirancang.
8. Format untuk melabel folio masing-masing adalah seperti berikut:
Nama Guru Pelatih
Angka Giliran
No. Kad Pengenalan
Kumpulan / Unit
Kod dan Mata Pelajaran
Nama Pensyarah Pembimbing
Tarikh Serahan



JADUAL PENENTUAN TUGASAN


INSTITUT PERGURUAN PEREMPUAN MELAYU, MELAKA
NAMA GURU PELATIH :
JABATAN KAJIAN SOSIAL
KUMPULAN / UNIT : BM 1 dan PSV
MATA PELAJARAN : KEMAHIRAN HIDUP
KURSUS KPLI (R)
Semester : Januari - Jun

Tarikh Mula :
Tarikh Hantar :

Objektif :
Pada akhir semester akan dapat:
menghasilkan Raancangan Pelajaran Tahunan KHSR 4,5,dan 6 yang merangkumi sukatan kemahiran hidup untuk takwim 2009.
menghasilkan bahan bantu mengajar menggunakan perisian yang bersesuaian
menyediakan rancangan pelajaran harian mengikut format berserta dengan alat bantu mengajar yang sesuai.
Biodata ushawan
Rancangan jualan
Reka cipta dan dokumentasi mudah

Tajuk
Tugasan
Wajaran
Catatan
A. Pemerolehan Ilmu
Kemahiran mencari sumber
Isi Kandungan
Kefahaman maklumat

Menyediakan Rancangan Pelajaran Tahunan
Menyediakan Rancangan Pelajaran Harian

25
25


B. Penguasaan Ilmu dan Kemahiran
o Kemahiran merancang, mengorganisasi maklumat secara bermakna
o Kebolehan mengaplikasi ilmu dan kemahiran
o Kebolehan menghubungkait pelbagai unsur dalam perancangan, pelaksanaan dan penghasilan
o Kebolehan membina pemikiran dan makna kendiri

1. Membina bahan bantu mengajar
2. Membina bahan bantu mengajar menggunakan perisian yang bersesuaian dengan murid SR
3. Menyediakan dokumentasi mudah
4. Menyediakan biodata seorang usahawan yang berjaya
5. Menyediakan rancangan jualan untuk simulasi jualan
10
10


10
10



C. Sikap dan Sahsiah
Perkembangan diri dan komitmen

Menunjukkan komitmen yang tinggi dalam melaksanakan kerja
Kolaborasi
Berbincang


10

No comments:

Post a Comment